Wednesday, November 23, 2016

Hari pertama kelas bahasa Danish

Hari ini dalam sejarah, hari ni hari pertama saya menghadiri kelas bahasa Danish. Dah dua tahun tinggal di Denmark ni baru berkesempatan nak belajar bahasa Danish secara formal. Almaklum, sebab saya baru habiskan pengajian di universiti, jadi baru lah ada masa nak luangkan untuk mengadap benda-benda lain. Pendek kata, baru betul-betul nak menikmati keistimewaan duduk di negara Denmark ni. Hehehe.

Kelas bahasa Danish ni dibuka secara percuma untuk sesiapa yang baru datang ke Denmark ni. Kalau macam kes saya, saya hanya register online di website, lepas tu dapat email tanya kenapa saya nak join kelas ni, dan tak lama lepas tu terus dapat confirmation untuk kelas Danish ni. Ada jugak kawan-kawan lain yang perlu pergi interview dulu sebelum diterima masuk kelas.

Kenapa saya nak join kelas Danish? Padahal kurang setahun je lagi tempoh nak duduk di Denmark ni.

Sebab utamanya sebab anak-anak di sekolah dah mula pandai berbahasa Danish, jadi seronok nak tahu bahasa Danish ni juga. Dapat cakap Danish yang basic-basic pun jadilah. Hehe. Keduanya, sebab kelas ni percuma je. Jadi saya fikir, ni salah satu peluang nak dapat pengalaman baru tanpa kena bayar apa-apa pun. Cuma kena ada usaha dan kesungguhan lah. Sebab macam saya ni, kelas dua kali seminggu, jam 5.30 petang sampai 7.45 malam.





Musim sekarang ni pukul 4 petang dah Maghrib. Jadi nak ke kelas tu, walaupun baru pukul 5.30 petang, tapi dah malam. Gelap-gelap, sejuk-sejuk tu kena mengayuh basikal nak ke kelas. Mujur kelas yang saya dapat ni dibuat di bangunan universiti suami di Denmark Technical Universiti (DTU). Lebih kurang 2km je dari rumah. Kayuh basikal dari rumah tu lebih kurang 15 min juga lah.

Jadi untuk hari pertama ni, belajar benda yang paling basic dalam bahasa Danish. Macam abjad dalam Danish, perkataan-perkataan dan ayat-ayat mudah. Seronok jugalah sebenarnya walaupun berbelit lidah nak menyebutnya. Sebab bahasa Danish ni memang agak pelik sikit. Tak macam English langsung. Lain yang dibaca, lain bunyinya. Ada huruf, tapi tak payah bunyikan bunyi huruf tu. Haa macam tu lah lebih kurang. Itu memang cabaran terbesar lah dalam bahasa Danish ni. So, memang banyak nak kena ingat dalam kepala.





Contoh-contoh perkataan yang saya tahu sebelum ke kelas Danish ni antaranya:

Hej = Hai
Hej hej = Bye bye
Vi ses = Jumpa lagi
God morgen = Selamat pagi
Brød = Roti
Skole = Sekolah
Unskyld = Maaf
Sko = Kasut
Bukser = Seluar
Tak = Terima kasih
Nej = Tidak
Ja = Ya
Æble = Epal
Pære = Pear

Dan beberapa lagi perkataan Danish yang lain. Kalau tengok kat atas tu, apa yang kita eja tu sebutnya serius tak sama dengan apa yang kita rasa kita sebut betul.

Contohnya Ja, cara nak sebutnya [Ya], Nej tu [Nai], Unskyld tu [Onskud], Brød tu [Bghol]. 


Haaa macam tu lah gambarannya. Abjad dalam bahasa Danish pun ada ekstra beberapa abjad; å, æ, dan ø. Dan sebutan abjad pun ada yang lain dengan abjad ABC biasa yang kita baca. Contohnya;

G tu sebutannya [Gi], bukan [Ji] macam yang kita biasa sebut, K tu [Ko], H tu [Ho]. Ada lagi huruf lain, tapi susah nak explain melalui penulisan macam ni. Kalau kita jumpa depan-depan boleh saya ajarkan nanti. Hehehe.

Dan tadi ada belajar jugak ayat asas macam;

Siapa nama awak ? = Hvad hedder du?
Nama saya Anna = Jeg hedder Anna.

Apa khabar? = Hvordan går det?
Khabar baik = Det går godt.

Terima kasih untuk hari ini = Tak for i dag.

Belit-belit lidah iolls. Hehehe.

So, setakat hari pertama ni oklah seronok juga. Harapnya berterusan seronok macam ni. Sebenarnya cuak jugak sebab bila tengok kawan-kawan lain yang dah lama join kelas Danish ni, macam busy sungguh dengan assignment, test & exam. Jangan yang join kelas Danish ni lebih busy dari suami yang tengah buat PhD ni dah laaa. Hehe.

Oklah, till next post. Vi ses !

No comments: