recent posts

Wednesday, December 21, 2011

Hantaran.

Hello readers ! Since banyak jugak yang sampai kat blog ni sebab nak cari info pasal pinggan hantaran, so let me share lil bit about my hantaran. 

Remember this entry? Saya memang tercari-cari pinggan yang sesuai untuk buat hantaran since saya fikir boleh guna semula pinggan tu lepas guna untuk hantaran ni. Kalau guna bakul or whatsoever, confirm akan dibiar berhabuk je. Yelah, kalau 1 or 2 bakul je boleh lah buat letak kunci ke, jam ke. Tapi kalau dah sampai 13 bakul? Alamatnya memang ke dalam stor je lah jawabnya. Hihi

So masa saya masih stay di Kepong dulu, saya cari pinggan di Tesco Kepong. Memang ada pinggan putih dan hitam yang berbentuk bulat dan segi empat. Harganya lebih kurang 7.90 - 8.90 sebiji. Saya tak puas hati, so saya ke Jusco Kepong pulak untuk survey pinggan ni.

Alhamdulillah saya jumpa pinggan putih bentuk bulat dengan harga yang lebih murah! RM4.90 kalau tak silap saya. Murah kan? Kalau beli bakul kecik kat Nilai 3 pun belum tentu dapat harga murah macam ni. Tak tahu lah kalau masa tu Jusco tengah nak habiskan stok ke apa kan. Kira dah rezeki jumpa pinggan murah macam tu di Jusco. Hee.

 Kasut, jeruk, kek.

 Set bodywash & perfume, buah, set wallet + belt + long sleeve t-shirt.

 Al-Quran & tafsir, sejadah, chocs

Towel, kemeja & seluar, bunga rampai

Ada lagi satu hantaran takde dalam gambar - sirih junjung. Sirih junjung tu makcik-makcik saya bertungkus lumus siapkan pagi tu. Hehe. Kalau dah dapat semua gambar dari OP nanti saya share kat sini ya, insyaAllah. Semua hantaran di alas dengan pinggan putih. Saya suka sebab nampak suci putih bersih je. Hee.

Gubahan hantaran ni kawan sekolah saya dengan murah hati nak tolong buatkan. Oh memang sangat rezeki kan? Kalau hantar gubah kat kedai, satu hantaran pun nak sampai harga RM50. Kalau 13 hantaran? Peh kira sendiri lah kan. Memang tak mampu. Nak buat sendiri? Kalau saya buat sendiri, mungkin tak secantik hasil tangan kawan saya ni. Tangan saya kerasssss. Hihihi

Pinggan-pinggan ni sekarang dah selamat kat rumah mertua saya. See. Boleh buat hidang makanan pulak lepas ni ! ;)




Photos credit to Nodee Ghani Pictures.

Hadiah kahwin.

Malam lepas kenduri kahwin kat tempat saya tu kitorang buat sesi buka hadiah. Semua ahli keluarga duduk mengadap saya dan suami buka hadiah. Kitorang dapat banyaaaak sangat hadiah. Lengkap untuk masuk rumah baru dari A sampai Z ! Hihi alhamdulillah.




Terima kasih semuaaa saudara-mara & rakan-rakan yang menyumbang hadiah. Sangat-sangat membantu kami yang nak penuhkan rumah kosong kami ni. Heee


Dari cutting board, jam dinding, rice cooker, blender, oven, microwave oven, pinggan mangkuk, set cawan & gelas, set sudu garpu, lampu tidur, thermopot, vacuum, mixer, cadar, buku-buku agama & doa, album gambar, set perfume and bodycare, frame ayat-ayat alquran, LCD tv, roaster set, uhhhh macam-macam lagi. 

Macam saya cakap, memang lengkap rumah kami ni. Terharu sangat-sangat. Alhamdulillah murah rezeki kami. Kami pun tak ada nak mintak-mintak hadiah, tapi tu lah, dah rezeki. Alhamdulillah. (':

Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki kalian, insyaAllah. Ameen. :)

Thursday, December 15, 2011

Majlis Bertandang

Kita skip majlis bersanding di Kluang punya gambar sebab tak dapat lagi. Gambar majlis bertandang ni pun baru dapat tengok beberapa keping kat Facebook OP. Heee. So meh saya nak share sikit gambar dari OP & kamera saya sendiri.

Alhamdulillah majlis bertandang selamat sempurna dijalankan kat rumah keluarga suami di Puchong. Pagi tu saya bersiap di rumah makcik saya di Shah Alam. Then dalam pukul 11 lebih suami datang ke rumah makcik dan bergerak sama-sama ke Puchong.

Untuk majlis bertandang ni majlis kami simple saja. Tak ada pelamin untuk bersanding. Just makan beradab. Baju pengantin untuk majlis ni pun saya bawa pinjam mak andam di Kluang punya. Sebab ikut pakej yang saya ambil, saya dapat 3 pasang baju & saya cuma guna 2 pasang baju di Kluang. Mujur mak andam murah hati nak buatkan baju & bagi bawak sampai ke Puchong. Hihi

Make up saya was done by Ms Adlyana dari makeupfreak.net. Sangat-sangat puas hati sebab make up tak terlalu tebal & sweet2 je nampak. *perasan kejap*. Hee. Dia datang pun awal, tepat pukul 10 pagi macam yang dijanjikan.

Ok, now let the photos do the talking ;)

Bergambar dengan makcik & sepupu perempuan. Sebelum bertolak ke Puchong.

With pakcik-pakcik & sepupu lelaki.

 (':

Look at my baju. So simple, aite? =)

 3 orang kanak-kanak ni sangatlah comelnye lepas tu asyik ikutttt je pengantin pegi mana pun. Hihi

 Kawan-kawan matriks; from left - Ain, Ema, Ain lagi, Niah :)

 Classmate UTM; from left- Nizam, the triplets; Ira, Arah, Nadi; Mia & Dill :)

Hubby's friends from UTM too :)

 Sisters :)

 With Syeda & Ila :)

 Hujan turun sangat lebat petang tu. Pengantin kena lap kerusi sendiri. Hihi ;p

 & again, with Mia. She sponsored beautiful bunga telur masa majlis kat Kluang. Dah dapat gambar nanti saya review ya, InsyaAllah. :)

Wednesday, December 14, 2011

#WW : Thank you, husband.



Tuesday, December 13, 2011

Majlis Berinai

Sebenarnya sampai ke tarikh 11.11.11 tu, saya masih lagi berkira-kira nak buat ke taknak majlis berinai tu. Baju semua dah ada, tapi entah. Alasannya sebab malam tu family saya nak buat barbeque kat rumah. So saya risau nanti orang semua sibuk bakar-membakar, so tak peduli kat pengantin. Hehehehe. 

Mujur ramai yang request adakan je malam berinai tu sebab tak puas bergambar kat pelamin masa nikah petang tu. Almaklum, majlis nikah pun selesai dalam pukul 6.30 petang, so tak dapat nak bergambar sakan sebab maghrib pun masuk awal. 

So lepas solat maghrib, saya dan suami pun terus mula bersiap. Malam tu tak ada photographer & mak andam. Saya sendiri yang cakap kat mak andam tak perlu datang sebab tak confirm lagi ada ke tak majlis tu. Plus, mak andam tengah serabut risaukan hal-hal pelamin kat dewan. So saya cakap kat mak andam, takpe kalau tak datang malam berinai tu, pelamin tu lagi penting. Heee. 

Alasan yang sama jugak saya cakap kat Nodee aka OP saya, takut majlis berinai tu tak jadi. Nanti penat je diorang datang. Lagipun, Nodee nak cari camera lens kat Kluang Mall. So saya cakap kat dia tak datang pun takpe. 

Tapi, last-last saya menyesal cakap macam tu. Hehe. Bab mak andam tu saya tak menyesal mana pun, tapi bab photographer tu, saya menyesal suruh diorang tak payah datang sebab majlis berinai tu menjadi jugak walaupun simple-se-simple-simple-nyaaaa. Hihi. Sebabnya, alhamdulillah majlis berinai tu sangat meriah dengan riuh rendah ahli keluarga saya. Huu.

Make up? Haha saya just calit sikit-sikit je kat muka sendiri. Nak make up lebih-lebih saya tak pandai. So pasrah dengan wajah semulajadi ni kononnya. Mujur ada jugak yang memuji cantik walaupun takde makeup. Kembang semangkuk sekejap. Kekekekeke 

Ok, joms layan gambar yang saya ambil dari kamera kawan comel saya, Nana & sepupu. Mujur sangat diorang ni ambil gambar malam tu! Terima kasih koranggg ! :)

 Terima kasih maklong jadi tukang pegang payung malam tu! Hee

 Nenek tersenyum simpul kat belakang tu. Seronok gamaknya cucu pertama dah kahwin ye? :D

 Makcik-makcik semua bagi full support kat belakang. Hehehe.
Pssst, tengok samping pengantin lelaki tu. Hihihi sempoi gilaaaa kan? Heee

 Seronok benaaarrrr. Heee. Sebenarnya semua orang pun tergelak sebab ayah tetiba suluh spotlight dari dalam rumah. Sempoiiii :P

Kenapa cik abang berkerut tetiba neh? Orang lain semuaaa nak gelak. 

 Naked face. Tambah eyeliner sikittt je. Heee

Sesi merenjis.

Last, but not least..



Actly, mak andam tinggalkan baju songket tu takda tudung taw. Mujurlaaaa saya ada tudung bawal yang matching dengan baju ni. Haha serius bidan terjun laaa semuanya pun. Ngeeee. Tapi apa pun, seronok sangat bila saya tengok-tengok balik gambar masa malam berinai ni. Semua orang pun muka happyyyyy aje. Tu pasal menyesal tu tak suruh OP datang. Huhu. ;p



13.12.11

Tarikh cantik ! Alhamdulillah, genap 24 tahun saya dilahirkan ke muka bumi ini. Terima kasih ayah ummi yang menjaga Anna selama ini. Dan tahun ini tahun pertama sambut hari lahir sebagai isteri. Auwww. ;p

p/s: Tengah kumpul-kumpul gambar majlis berinai untuk next entry. Hihi ;p

Thursday, December 8, 2011

11.11.11 moments.

Alhamdulillah, i have become a wife to my lovely husband on that day. Syukur. Sejurus kami ditunangkan, tok imam pun sampai rumah tepat jam 5.30 petang. Bakal suami (at that moment) pun masuk ke rumah dan terus duduk di atas bantal nikah. Masa tu saya dah siap-siap ambil tempat di hadapan ummi saya selepas ditunangkan. Bila nampak bakal suami masuk ke rumah, terdetik di hati sendiri, 'Ya Allah betul ke ni nak jadi isteri Hafis dah?'. Rasa macam tak percaya je. And i believe, semua orang yang nak bernikah akan terfikir benda yang sama. 

Now, let the pictures speak thousand words..





 Wajah-wajah sebelum diijabkabulkan. Berdebar hati tuhan saja yang tahu.


 Tandatangan surat nikah & tok imam pulangkan semula sijil kursus nikah untuk disimpan.

Kami dinikahkan oleh ayahanda yang tercinta.

 Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada si dia.

Suami tersenyum lega.



Syukur, ya Allah.

Syahdu. Tiada kata tergambar.

Terima kasih ayah dan ummi kerana menjaga Ana selama ini.

Sayangi mereka seperti mana mereka menyayangiku, ya Allah..

Lafaz taklik dari suami & isteri.

Ini adik saya yang tersayang. Our precious.

Kak Na dah selamat jadi isteri orang, Adib. Adib jangan nakal-nakal duduk dengan ayah ummi ya.


note: All photos credit to Nodee Ghani Pictures.

Sebelum menjadi tunangan & isteri orang.

Heeee pengantin yang tak berapa nak baru ni memang tenggelam timbul je. :P Now insyaallah akan dapat selalu update blog sebab rumah baru masuk streamyx ! Yey! Terima kasih, suami ! Heee. Kenyang internet je la isteri awak ni hari-hari kat rumah. :D

Hampir sebulan dah jadi isteri orang. Hampir sebulan jugak dah duduk jauh dari keluarga. So far so good. Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni memang jadi surirumah sepenuh masa je. Been enjoying myself at home sebelum dapat tanggungjawab lain insyaallah bulan Januari nanti.

Actually untuk entry ni saya nak share gambar-gambar sebelum nikah hari tu. Tak dapat semua gambar lagi dari kawan saya merangkap OP hari tu. But it's okay, saya share mana yang ada dulu kay?

So tanggal 11.11.11 tu majlis bermula pukul 4.30 petang untuk majlis bertunang. Saya dah bersiap dari pukul 2.30 ptg lagi. Make up yang amik masa 2 jam tu terasa macam cepaat je berlalu. Tak siap lagi tiba-tiba dapat sms dari suami yang diorang dah on the way ke rumah. Pergh masa tu laaaa baru jantung ni berdegup kuat & tangan dah mula sejukkkkk. Hihi

Tepat jam 4.30 ptg, ahli keluarga pun mula berbincang. Memang kami rancang untuk bertunang sebelum nikah je. So dalam pukul 5 ptg, baru lah saya dipanggil turun bawah untuk sarung cincin tunang. Deborrrr bukan main! Heee. Masa sesi sarung cincin tunang oleh mak mentua tu saya nampak cik abang saya tu tunggu kat luar. Kesian dia sorang-sorang. Nasib boleh nampak dalam dari luar ye? Heee. Kitorang sempat curi-curi pandang taw! Kekekekeke :P

Okay, ni gambar-gambar yang saya ada sebelum nikah. Cuci-cuci mata dulu la ekkk. ;)


 Make up by Nisah from Karisma.

 Wajah-wajah sebelum jadi tunang & suami orang. :P

 Nampak nervous di situ. Hihi


 Posing-posing sorang dulu sebelum dipanggil turun bawah.

 Paklang merangkap ketua pihak pengantin perempuan.


 Handbouquet yang baru siap 2 jam sebelum majlis. :P

My bestfriend + bridesmaid yang banyak tolong hari tu.
Thank you for everything, Eli !

Okay, more pictures will come out in the next entry ye kawan-kawan ! ;)