recent posts

Wednesday, September 23, 2015

Pengalaman melahirkan anak kedua di Denmark

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam Affan & Afeef dapat sepupu baru, sepupu pertama diorang, memandangkan Affan & Afeef ni cucu pertama dan kedua kat dua-dua belah keluarga saya dan suami. Bila tahu biras saya tu dah masuk hospital sebab pecah air ketuban, kami pun tertunggu-tunggu berita dari Malaysia. Kejap-kejap saya dan suami tanya, "Dah bersalin ke belum ek?". Saya tanya dia, dia tanya saya balik. Hehe. Sebab kami jauh kan, so hanya harapkan whatsapp & facebook je lah kalau nak tahu berita. Suami pun ada call abah jugak tanya perkembangan semasa. Dan alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 1 petang waktu Malaysia, bertambah cucu mak abah mertua saya kepada tiga orang. Alhamdulillah..

Masa tunggu berita semalam, macam-macam flashback masa saya nak bersalinkan anak-anak.  Hehe. Orang lain yang nak bersalin, orang lain plak yang sibuk nak throwback throwback kan. So insyaAllah harini saya nak kongsikan pengalaman saya melahirkan Afeef Fikri, anak kedua saya dan suami. Hopefully dapat ingat every single moment lah. Sebab nak masuk 9 bulan dah pun. Fuhh how time flies.. Rasa macam baru semalam je beranak. Hehe

Pengalaman bersalin Afeef ni mungkin pendek je tak macam pengalaman masa bersalinkan Affan dulu. Boleh check kat sini dan sini untuk story masa bersalinkan Affan Hafiy. :)
------------------------------------------------

13 Januari 2015

4.00 pagi
Perut saya tiba-tiba sakit. Sakit macam cramp. Mild contraction. Saya jadi tak boleh nak tidur. Sampai kena berdiri, bertahan kat baby cot sebelah katil. Brixton hicks kot?

Mengadu kat suami. Tapi cakap kat suami, takkan nak bersalin dah kan. Due date ada lagi 2 minggu. EDD bersalinkan Afeef sebenarnya 29 Januari 2015. Disebabkan masa bersalinkan Affan dulu memang tepat on the expected date, jadi saya expect Afeef ni pun saya bersalin on the EDD lah kan. Hehe

But still, boleh tahan lagi. Takdelah sakit sangat-sangat, cuma sakit dia buat tak boleh tidur. Risau pun ada jugak sebenarnya. Sampai saya tak larat nak tahan, saya pun tertidur agaknya.

7.00 pagi
Pagi tu bila nak mandi, saya perasan ada spot. Wow. New experience ni, getus hati saya. Sebab masa Affan dulu saya pecah air ketuban. Kali ni ada spot pulak.

Memang tak boleh nak elak dari compare experience masa Affan dulu, sebab itu je lah source yang saya ada untuk be calm, and feel, "no worries, kau dah pernah hadapi benda ni dulu". Tapi kali ni, lain pulak. Ada spot. Terus teringat orang-orang cakap, yang kalau turun darah ni, you have to wait longer sebelum boleh bersalin. In other words, lagi sakit, lagi susah dari kalau pecah air ketuban.

8.00 pagi
Sakit masih terasa lagi. So this is it. Mild contraction. Boleh lagi layan Affan main, sambil jalan-jalan pusing keliling rumah. Makan kurma, makan apa yang boleh dimakan supaya ada tenaga nanti. Oh membuang siap-siap jugak. Supaya tragedi macam masa bersalinkan Affan tu tak berulang kembali. Hihihihi *tutup muka*.

Kalau kat Denmark ni, nak bersalin kena buat appointment tau. Haha. Sounds weird kan? Nak bersalin pun kena appointment ke? Yes. Memang kena. Kena call, bagitau nak bersalin sekian sekian. Then dia akan kata ok, kalau betul sakit nak bersalin baru datang hospital. Kalau korang pergi hospital saja-saja sebab sakit sikit, tapi sebenarnya belum nak bersalin lagi, memang diorang akan suruh korang balik rumah dulu. Huu

12 tengahari
Bagitahu keluarga di Malaysia yang saya mungkin dah nak bersalin. Minta maaf, dan minta mereka doakan semoga dipermudahkan.

Saya call midwife di hospital. Bagitahu keadaan saya masa tu. Dia tanya boleh tahan lagi tak? Saya kata boleh. Ok dia kata kalau boleh tahan, tahan dulu. Betul dah sakit, call dia semula. See? Rileks je diorang ni kan? Hee

Kitorang pun memang tak nak pergi hospital dulu. Sebabnya kitorang kat sini bukan ada kereta macam orang lain. Boleh pergi balik senang-senang. Kitorang kat sini naik bas je. Dah plan, kalau nak bersalin kitorang nak amik teksi. Sebab takut kalau naik bas lambat sampai sebab banyak stop kan. Mahal memang mahal lah teksi tu tak payah cakap lah. Huu. So takut kalau dah naik teksi bagai pi hospital, sekali midwife suruh kau balik, memang tak lah nak balik kan. Baik stay je kat lobby hospital. Tu yang kitorang pun tak nak pergi hospital awal-awal tu.

5.00 petang
Lebih kurang pukul 5 petang, sakit makin kuat. Mulanya, perancangan kami nak bawak je Affan pergi hospital. Biar suami jaga. Takpelah kalau tak dapat masuk tengok sekali. Bukan tak ada kawan kat sini, tapi entah.. macam tak nak susahkan orang. Lagi pulak kesian kalau nak tinggalkan Affan kat rumah orang sebab dia tak biasa.. macam-macam kitorang fikir.

Tapi lepas suami dah maklumkan yang saya mungkin nak bersalin dah kat group Facebook komuniti melayu kat Denmark ni, salah sorang kawan kami terus contact kami tanya pasal Affan. Dan offer nak jagakan Affan.

Saya tengah sakit-sakit tu setuju je terus, walaupun berat hati sebenarnya. Terus kitorang bersiap-siap nak hantar Affan dulu lepas tu baru ke hospital.

Saya call midwife, bagitahu nak datang lebih kurang pukul 6.00 petang.

5.30 petang
Nak hantar Affan ke rumah kawan kami kat Virum, kami jalan kaki 400m ke bus stop, dan naik bas kat situ. Ya Allah, masa tu dah terasa sakit sangat contraction yang kejap-kejap datang. Dengan keadaan sakit tu masa naik bas, memang tak terkata dah. Dengan suami pun tak bercakap. Sampai kat depan rumah kawan kami tu, saya suruh suami bawak Affan masuk dulu dalam rumah. Saya duduk sekejap menahan sakit kat bus stop. Mengalir air mata saya menahan sakit. Sayu jugak dalam keadaan sakit tu kena mengharung perjalanan naik bas. Memang sedih.

Bila sakit dah reda, saya naik ke rumah kawan, dengan mata berair tu. Peluk cium Affan sekejap, bagi dia leka dengan mainan, dan kami pun terus turun bawah. Suami dah call teksi masa tu. Sedih, masa nak tinggal Affan tu. Ummi nak pergi bersabung nyawa ni. Ummi harap ummi panjang umur nak jumpa Affan lagi.. macam tu lah lebih kurang perasaannya. (Bergenang pulak air mata masa menaip ni).

6.00 petang
Naik teksi lambang Mercedes. Walaupun Mercedes, terasa macam jauhnyaaa perjalanan. Jarak ke hospital lebih kurang 12 km, dalam 20 minit perjalanan. Saya terjenguk-jenguk ke luar.. dalam hati, bila nak sampai ni.. takut terberanak je dalam teksi ni. Huuu. Dah sampai hospital, bayar teksi lebih kurang DKK200 untuk 20 minit perjalanan yang panjang tu. Mental memang dah ready dengan harga gitu. Huhu

Oh by the way, kat sini memang teksi semua kereta mewah. Takde kereta kecik-kecik yang kau boleh request untuk 2 orang gitu. Bukan kitorang memilih okeh. Huu

6.30 petang
Sampai di Herlev Hospital, terus menuju ke wad bersalin. Muka saya maintain aje walaupun menahan sakit. Sorang pelatih midwife sambut kami. Bila dah bagitau keadaan camne, dia kata nak check bukaan di labour room.

Terkejut dia bila bukaan dah 8 cm. Dia kata dia tengok muka saya masa awal sampai tu dia ingat baru 3 cm ke. Terror jugak saya cover sakit ek? :P

Masa tu lah baru dia nak prepare apa semua peralatan. Tak ramai pun midwife yang datang attend masa tu. Ada 2 orang je, pelatih tu dengan supervisor dia, the real midwife lah yang saya boleh agak. Muda orangnya. Dan dia pun tengah pregnant jugak. Huu.. Yang lain tu macam cuma datang jenguk, tanya khabar je. Hehe

Sambil midwife pelatih tu siapkan barang, dia kata kalau rasa nak meneran bagitahu. Saya pun tak senang duduk dah dalam labour room tu.

Antara keadaan saya tengah menahan sakit.. 


7.30 malam
Suami suruh saya solat maghrib, sebab kami belum solat lagi. Saya solat sambil duduk atas katil, halfway je, sebab sakit datang yang amat sangat.

2-3 minit lepas tu, saya tiba-tiba cakap kat dia,

"I have the urge to push now !"

Dia terkejut. Ok dia terus suruh saya tukar baju, lepas tu naik katil.

Midwife tu sangat lah rileks ok. Dah lah dia pelatih kan. Dia suruh saya rileks. Huu dah habis rileks dah saya masa tu. Hee

Allahu, bila sakit datang, saya genggam tangan suami sekuat mungkin. Agaknya midwife tu tengok saya tak tahan sakit sangat, dia tanya nak gas tak? Saya ok je dah tak fikir apa. Ye lah tengah sakit kan. Hehe. Tapi sedut punya sedut gas tu macam tak de rasa beza pun. Sakit je jugak. Last-last malas sedut. Hehe. Midwife kata bila rasa nak push, push je. Dia tunggu kat bawah tu. Memang dia sorang je ada dalam labour room tu nak sambut baby. Power tak power midwife kat sini. Hehe

Berkali-kali jugak saya push. Tak dapat keluar lagi. Dah nampak kepala kata suami. Midwife duk puji-puji ok good job good job. Push more. Hehe. So push lah lagi. Sesekali datang real midwife tu tengak keadaan saya, bagi sokongan.

Midwife tu suruh saya hembus nafas pendek-pendek tanpa henti masa tengah push. Supaya baby tak masuk semula. Saya ikut teknik yang dia ajar tu dan usaha lagi push sekuat mungkin.

Push punya push,akhir sekali push, memang terasa kat bawah tu panas aje.. Alhamdulillah lebih kurang jam 8.15 malam, lahirlah putera kedua kami, Afeef Fikri bin Mohd Hafis. Midwife terus letak baby atas badan saya. Saya pun peluk baby sambil mulut tak berhenti, "Allah..Allah..Allah..". Hadiah pertama yang Afeef bagi kat ummi dia ni, dia kencing atas saya masa baru keluar tu. Lepas tu dia bersin. Hehehe. Sejuk ye nak.. Yelah, masa dia lahir ni musim sejuk. Dalam perut ummi panas je ye dak?

Ni lah dia midwife pelatih yang sambut Afeef. Gambar kiri tu dah bersiap-siap nak balik rumah.

Lepas dah selesai keluar uri semua, midwife tu bagitau baby keluar elok semua ok, & takde koyak. Tapi still, dia nak jahit 1 jahitan just untuk secure sikit luka. Saya masa tu dah tak berasa apa dah. Rasa overwhelmed sangat dengan baby. 

Tak lama tu, midwife serve kami dengan roti with butter, jam, & cheese, air ribena, & hot coffee. Siap ada bendera Denmark lagi. Gittew kekdahnya. Diorang mana ada nak pantang-pantang ni kan? Hehe

Hidangan lepas bersalin. Hehe


Malam tu jugak, lebih kurang pukul 10.30 malam, kami dibenarkan bawak baby balik rumah. Macam tercengang lah jugak. Hah, dah boleh balik? Yes, memang dah boleh balik sebab baby & ummi dia semuanya ok. Huu kalau kat Malaysia kan nak kena tunggu baby & ibu nya kencing or membuang dulu kan baru boleh balik. 

Malam tu terasa nak ambil Affan terus, tapi kawan kami bagitau Affan dah tidur. Dah lewat malam lagipun. Esoknya baru suami ambil Affan dari rumah kawan kami. 

------------------------------------------------

Syukur sangat-sangat. Masa lahirkan Afeef ni lah saya boleh rasa betul-betul how the process is going. Sebab masa lahirkan Affan dulu, dengan takde pengalamannya, memang kelam kelibut saya rasa. Masa tu fikir kau buatlah apa pun asal anak aku keluar. Dengan teknik menerannya yang entah ke mana.. Huu.

Alhamdulillah, banyak kemungkinan jugak yang sebabkan bersalinkan Afeef ni lebih mudah selain rezeki Allah nak bagi.. Antaranya mungkin sebab bersalin anak kedua, jadi dah ada laluan. Kedua, mungkin sebab saiz Afeef kecik je kalau nak banding dengan abang dia. Affan lahir 3.67kg, tapi Afeef cuma 2.7kg je. Ye lah, masa mengandungkan Affan tu, makin nak bersalin makin kuat selera makan saya. Bila turn Afeef ni, saya dah beringat-ingat tang makan tu. Hehe. Ketiga, mungkin sebab sejak datang Denmark ni, dengan takde kereta, saya banyak berjalan kaki nak kemana-mana pun. Mungkin itu jugak salah satu faktor mudah nak lahirkan Afeef.

Apapun, itu semua saya anggap rezeki Allah nak bagi.. dan tak semestinya orang lain yang susah bersalin tu, Allah tak nak bagi rezeki kat dia. Tapi mungkin, dia ada rezeki tang lain. Macam saya, ada je ujian Allah bagi. Tak semuanya lancar macam yang dirancang pun dalam kehidupan kami. Saya anggap ujian Allah tu sebab Dia sayang kat saya, dia nak saya ingat Dia, jadi Dia uji saya.

Begitulah resam kehidupan kan. Takkan nak senang aje setiap masa. Tak berencah lah kehidupan macam tu ye tak? Hehe.

Oklah, panjang jugak rupanya cerita pasal kelahiran Afeef ni. Ingatkan pendek je sebab sakit tak sampai sehari. Hehe.

Apapun, semoga post ni kalau tak banyak pun, sedikit dapatlah kiranya bermanfaat untuk korang, insyaAllah.

p/s: Salam Aidiladha ! :)

Resepi Ayam Masak Merah Tomato

Assalamualaikum.

Mulai hari ni , saya akan masukkan post resepi masakan yang saya buat menjadi dalam blog ni. Sebenarnya saya ni bukan pandai masak pun. Lepas bernikah baru lah masuk dapur, masak sikit-sikit untuk suami makan. Masa tu lah baru nak belajar masak. Tapi tak pandai-pandai pun sebab boleh kira berapa kali je masak kat rumah. Sebab selalunya, lepas balik dari school, kami selalu tapau je makanan untuk makan malam. Makan tengahari, masing-masing makan dengan kawan kat school je memandangkan jarak antara school kami tak lah dekat. So memang tak berasah lah skill memasak saya tu. Duk takat tu je. Hehe

Tapi sejak merantau, duduk kat tempat orang ni, nak tak nak, malas ke rajin, penat ke tak, kena masak jugak. Satu, sebab susah nak dapat makanan halal sini. Kedua, kalau ada kedai makanan halal pun, banyak kedai kebab. Ketiga, ada je jual nasi briyani sebagai contoh kat kedai kebab halal, tapi harga dia mak aih. Sorang makan 1 set nasi briyani tu boleh cecah DKK90 paling murah pun saya jumpa kat sini. Tu kalau convert duit RM tu, boleh buat kenduri KFC makan dengan family lagi. Hehe. Jadi dah lebih kurang setahun saya memasak hari-hari kat rumah, untuk sarapan, makan tengahari, makan malam, kudap-kudapan.. Fuh. Tapi takde lah expert pun lagi memasak sekarang ni, cuma suami kata dah improve banyak. Alhamdulillah.. Ada hikmahnya bersusah-susah nak dapat makanan halal kat sini, & masak untuk keluarga ni. Kan?

Sampai sekarang ni pun, hampir setiap kali nak masak, saya masih lagi tanya bestfriend saya, which is Mr. Google. Cari dan cuba resepi yang banyak di website & blog. Terima kasih lah banyak-banyak kepada sesiapa yang banyak share resepi kat blog tu. Semoga jasa anda semua diberkati Allah swt.. Jadi saya terfikir, saya nak catat resepi-resepi yang saya buat menjadi kat dalam blog sendiri. Insyaallah lepas ni nak masak, cuma perlu bukak blog sendiri je cari resepi. Taklah hilang bila nak cari balik. Hehe. Dan untuk resepi pertama yang saya nak catat dalam blog ni, adalah antara masakan favourite suami. Yay.

Resepi ni saya ambil dari blog Dari Dapur MaDiHaA. Terima kasih ya! :)

Resepi ni ada saya ubah sikit-sikit sebab nak sesuaikan dengan selera suami yang tak kuat makan pedas tu. Walaupun saya asal dari nogori, kuat makan pedas, tapi kesian tengok suami berasap telinga sampai pijar jari-jemari kalau makan pedas. Jadi terpaksalah mengalah, so masak pun pedas ala-ala aje. Hehe

Ok, straight to our bussiness! :P


Bahan-bahan:
750g ayam dipotong sederhana
Cili kering (ikut selera anda nak pedas banyak ke pedas sikit) - Kisar
1 biji bawang besar - Kisar
3 biji bawang putih - Kisar
3 biji tomato - Kisar
1 biji bawang besar - Hiris kasar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ayam sikit secukup rasa

Cara masakan:
1. Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
2. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang & pelaga sehingga wangi dan naik minyak.
3. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, garam, gula, dan kiub ayam.
4. Tambah air ikut keperluan dan biar hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar
6. Kacau sehingga kuah pekat sedikit.
7. Siap !

Harini insyaAllah saya nak masak nasi tomato dan ayam masak merah ni untuk juadah berbuka puasa. Kepada awak-awak yang berpuasa hari ni, saya ucapkan selamat berpuasa & selamat berbuka!

Semoga amalan kita semua diterima Allah swt, insyaAllah.

Salam!



Friday, September 11, 2015

Autumn di Sophienholm

Salam.

Sophienholm ni antara tempat tarikan pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi yang tak jauh dari rumah kami di sini. Generally, Sophienholm ni macam taman rekreasi, yang banyak pokok-pokok besar, kawasan yang sedikit berbukit, dan terletak kat tepi tasik. Tu yang buat pemandangan kat sini cantik. Specifically, Sophienholm ni sebenarnya sebuah rumah lama yang cantik dibina pada tahun 1967. Kemudian tempat ni dijadikan tempat untuk pameran dan kebudayaan Danish dan pelbagai budaya lain. (Info dicedok dari Wikipedia.). Itu lah sebabnya tempat ni famous agaknya di samping tempatnya yang strategik berhadapan dengan Tasik Bagsværd. Lagi pun tak jauh dari bandar Copenhagen, dalam 15km je. :)

Masa kami ke sini musim autumn, jadi banyaklah daun-daun berguguran menutupi bumi. Daun kering pun nampak cantik bagi kami yang pertama kali merasa musim luruh ni. Hehe. Sempat makan mee goreng, bekal yang Sham dan Kak Siti bawa dari rumah. Makan laju-laju sebab sejuk hehe. Affan pun masa tu tak sabar dah nak turun stroller. Memang taklah nak bagi dia main sorang-sorang, takut dia pi terjun pulak kat dalam tasik tu. Hehehe. Masa kami datang sini ni tak ramai pun orang. Adalah terjumpa sorang dua jogging kat sini. Kalau summer, memang ramailah orang bersantai, ber-picnic, ber-BBQ kat sini sambil menadah muka bawah sinaran matahari. :D

Daun-daun menguning, tunggu masa nak gugur..

Cun sangat dah meja tu boleh duduk nak makan mee goreng. Hehe

Port budak-budak suka memanjat kat pokok ni masa musim panas.



One happy family; Sham, Kak Siti & Hakeem. 

Diorang ni antara yang banyak bantu kami masa kami baru sampai Denmark. Sempat kami tumpang berteduh kat rumah diorang beberapa hari sebelum kami memulakan kehidupan kat Denmark ni. Sobs sedih pulak sebab diorang dah nak balik Malaysia dah hujung tahun ni. :')

Bergambar sikit dengan rumah yang famous kat belakang tu. Hehe

Penat kejar budak kecik ni sambil bawa perut. Hehe. Masa ni tengah mengandungkan Afeef 6 bulan. 

Our little family

OK, till next entry, insyaAllah.

Salam!

Wednesday, September 9, 2015

Sebelum terbang ke bumi Viking.

Sebelum boleh terbang ke Denmark, banyak urusan yang kena diselesaikan dulu. Antaranya memohon resident permit (RP) di kedutaan Denmark di Kuala Lumpur. Bukan tak boleh pos je ke sana, tapi kalau bagi dokumen-dokumen yang diorang perlukan tu by hand, boleh lah diorang check masa tu jugak kalau ada yang tak lengkap ke apa. Sebab nak menunggu permohonan tu diproses dan keputusan permohonan tu samada berjaya atau tak bukannya sekejap. Untung nasib baik bolehlah dapat sekejap. Tapi kalau nasib tak berapa baik, memang lama nak tunggu siap. Macam kes kami lah, tak sampai seminggu sebelum sepatutnya kami kena terbang sebab nak kejar tarikh husband daftar di universiti, baru lah permohonan RP kami siap. Mana tak nya kelam kabut masa tu lah nak book tiket flight, masa tu lah nak kemas barang, nak kosongkan rumah sewa, bertolak dari Perlis ke KL. Mujur jugak suami dapat mintak postpone seminggu untuk daftar di universiti. Dapatlah bertenang sikit, jumpa saudara-mara, tapi sedih jugak sebab tak sempat nak balik rumah parents di Kluang. Kami hanya berjumpa di kampung nenek di Negeri Sembilan je. Takpelah alhamdulillah ada jugak rezeki nak spend masa 2-3 hari dengan keluarga di sana.

Di Kedutaan Denmark di KL. Kecik je pejabat diorang ni. Sewa kat bangunan orang. Sebelum sampai sampai kitorang expect besarlah macam kedutaan negara lain. Hehe

Satu daripada berkotak-kotak yang kami pos ke Denmark lepas dah dapat rumah sewa di sana. 

Kalau tak silap kami mula pos barang-barang macam rempah-ratus, pakaian, dan barang-barang nak menyambut baby baru tu dua bulan sebelum kami terbang. Pos melalui kapal laut, jadi ambil masa 3 bulan ke atas untuk sampai. Banyak jugak kos kitorang pos barang ni. Tapi atas nasihat kawan-kawan yang ada di Denmark yang dah bagitau mana yang ada, mana yang tak ada di Denmark, kami pos jugaklah. Antaranya, ikan bilis, cili kering, belacan, kerisik, set gunting rambut (sebab kos gunting rambut kat Denmark mahal, untuk budak je boleh cecah 100DKK sorang, itu baru budak. Huu), dan lain-lain. Lagi satu, sebab kitorang pun tak pernah ke sana kan, jadi rasa macam semua benda pun nak pos. Hehehe. Tapi bila dah sampai Denmark ni, ada je barang yang kitorang rasa tak payah pos pun takpe. Sebab boleh dapat di kedai Asia. Walaupun harga memang mahal sikit (semua barang pun mahal sini), tapi mudah lagi rasanya beli je kat sini, dari pos berkoyan-koyan dari Malaysia, sudahnya tak dapat pakai sebab dah rosak, beli banyak sangat. Takpelah, lepas dah tahu ni tak payah lah susah payah nak import semua barang dari Malaysia lagi. Yang tak pernah jumpa lagi kat sini macam belacan, kerisik. Itu bolehlah import dari Malaysia. Hehe. Jangan tak tahu, petai, tempe, pun ada kat sini tau. Kalau sesekali teringin memang boleh je beli kat kedai Asia. Lagi mudah.

Oklah, till next post, insyaAllah.

Salam!

Tuesday, September 8, 2015

Setahun di bumi Viking.

Sekarang ni di Denmark dah masuk musim luruh / autumn. Maksudnya, sudah hampir genap setahun kami di bumi Viking ni. To be exact, 3 Oktober nanti genaplah setahun kami di sini. Pantas sungguh masa berlalu. Sungguh, rasa sekejapnyaaa dah setahun ! Rasa macam tak percaya. Saya dan suami of course lah nervous bila mengingatkan tuntutan perjalanan PhD kitorang. Eh apa aku dah buat dalam masa setahun ni? Macam takde pape je? Hehe. Begitulah dalam kotak fikiran kitorang. Memang cuak beb!

Teringat lagi masa awal kitorang sampai di airport Kastrup, Copenhagen, masa tengah beratur check kastam tu, rasa macam, "Eh panasnya! Kata negara sejuk?". Berpeluh-peluh kitorang dengan mengangkut hand luggage nya, melayan Affan yang masa tu umur 1 tahun 7 bulan. Tengah aktif sangat nak berlari ke sana sini. Padahal sebenarnya dalam airport tu diorang pasang heater. Mana lah kita nak tahu kan sebab tak pernah sampai negara orang kecuali Singapura. Hehe.

Kitorang disambut oleh supervisor suami kat airport. So bila dah perkenalkan diri kitorang pun terus menuju ke parking kereta. Masa tu barulah rasa sejuk. Masa tu suhu dalam 15 degree celcius kot. Syok je dingin. Dalam hati, "Best camni. Tak lah sejuk sangat'". Sekali bila angin bertiup, perghhhh sejuk gila ! Affan yang tengah tidur berdukung pun boleh terjaga sebab angin kuat sangat-sangat. Gigil-gigil sekejap. Hehe

Kat rumah sewa, sorang student Malaysia, Sham, dah standby tunggu kami untuk pass kunci dan tolong load barang. Alhamdulillah, kedatangan kitorang ke Denmark ni memang dapat banyak sangat pertolongan oleh student Malaysia kat sini. Tak lah terkontang-kanting kitorang bila sampai sini. Lepas dah load barang, kitorang terus ke rumah Sham & Kak Siti. Tumpang tinggal untuk beberapa hari sementara nak beli few basic furniture dan barang dapur.

Esoknya, terus join Malaysian sambut hari raya Aidiladha kat rumah Kak Zana & Arif di Rodovre. Meriah memang meriah. Masa tu lah kitorang perkenalkan diri kat Malaysian yang lain.. Gambar pun tak amik masa tu.. Almaklum lah, malu-malu kucing lagi. Hikhikhik. Penat toksah cakap lah, dengan jetlagged lagi after 17 hours journey with 3 hours transit kat Dubai. Lepas balik dari majlis hari raya tu, terus tergolek kitorang anak-beranak, tidur sampai esoknya. Hehe. Oh ya, sekarang ni beza waktu Malaysia dengan Denmark 6 jam. Denmark lewat 6 jam dari Malaysia.

Gambar kat bawah ni sekitar Denmark Technical Univ (DTU), masa first time kitorang sampai sini sebab suami nak jumpa SV dia. Thanks to Kak Sazuan & Kamarul bawak kitorang tour Lyngby & DTU. :)

Pokok-pokok hijau dah bertukar warna ke kuning / merah / coklat.

Sementara tunggu suami jumpa SV dia, kami stay kat pantri bangunan Mechanical Engineering.

Pantri dia macam wowww bestnya. Complete semua ada. Fridge, microwave, coffee maker, 3 in 1 hot chocolate, buah-buahan.

Nak micowave, kettle? Haa semua ada.

Sorang amik satu je okayyy. Kalau tak letak rules camni memang cepatlah habis agaknya, Hehe

Kalau nak cerita pasal currency pulak. Di Denmark ni guna currency diorang sendiri, which is Danish kroner (DKK). Masa kitorang sampai tu, 10DKK lebih kurang RM5 kita. Tapi sekarang ni of course lah dah lain sebab currency kita jatuh kan. So sekarang ni 10DKK sama dengan RM6.49. Kalau orang dengar ni still orang ingat duit kita besar kan? Memang besar, tapi real value 10DKK diorang tu macam 10sen kita je sebenarnya. Ok over, mungkin macam RM2 kita. Hehehe. Sebagai contoh nak bagi korang imagine dan mudah digest, antara harga barang kat sini; contoh bawah ni harga purata;

Ayam 1kg: 50DKK
Colgate: 30DKK
Aiskrim 1L: 40DKK
Mineral water: 20DKK

Haaa begitulah. Telan air liur kami nak membeli barang sebab awal-awal tu tak biasa lagi kan. Asal nak beli barang je, dalam kepala mesti duk kira-kira convert ke RM. Hehe. Sekarang ni dah imun dah. Pejam mata je beli barang. Itupun cari mana yang tengah ada diskaun atau offer. Huuu. Living cost diorang memang tinggi. Tax diorang pun kalau nak compare dengan GST kita yang 6% tu, diorang punya VAT 25%! Tapi diorang tak kisah pun sebab apa? Sebab gaji diorang tinggi, kebajikan diorang terjaga, infrastuktur kemudahan diorang lengkap from A to Z. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya akan ceritakan serba sedikit..
Oklah, till next entry, insyaAllah. Cuba juga curi masa sebelum terlupa satu-persatu. Hehe

Salam!

Monday, September 7, 2015

Janji tinggal janji :P

Kononnya nak aktif semula berblogging, tapi janji tinggal janji. Ya Allah, susah betul nak cari masa yang betul-betul free tak de buat apa-apa sekarang ni. Maklumlah, jadi surirumah + student sepenuh masa, dengan dua anak, kat tempat orang pulak tu memang menuntut masa dan kesabaran yang banyak sangat. Hari-hari buat semua benda from A to Z, dari bangun siapkan anak, prepare breakfast & bekal untuk suami & Affan ke sekolah. Lepas diorang dah pergi sekolah, kena melayan si adik pulak, sambil fikir nak masak apa untuk makan malam (biasanya makan tengahari apa yang mudah je sebab untuk makan sendiri). Lepas tu prepare pulak makanan si adik (puri, puri, dan puri). Kalau rajin kemas rumah sikit, kalau tak rajin, paksa diri rajin untuk mengadap paper & thesis writing pulak. Dalam pukul 3pm dah kena start masak untuk makan malam & biasanya masak lebih so boleh buat makan untuk dua hari. Petang dalam pukul 5pm Affan & suami balik sekolah, so memang tutup buku, tutup laptop, spend masa dengan diorang pulak. Layan sampai jam 8.30 malam, sedia nak tidurkan anak-anak pulak. Dan selalunya, bila tidurkan anak-anak, saya pun layan tidur sekali. Entah rasa letih sangat padahal duduk rumah je 24 jam. Huhu. Kalau terjaga malam, bangun untuk sambung kerja writing sampai lah tak larat. Then tidur, sampai bangun pagi esoknya buat rutin yang sama setiap hari.

Awal-awal dulu memang stress macam ya Allah, letihnya.. rasa tak larat nak buat semua benda. Kerja-kerja study pun banyak tertangguh. Tapi lama-lama dah biasa dengan rutin macam ni. Tapi still rasa tak cukup hard work mengadap kerja study. Rasa macam sikit nya lah progress. Semoga Allah permudahkan.. 

Macam tu lah serba sikit life kat sini. Adat duduk tempat orang, negara bukan majoriti Muslim pulak tu, jadi bab makan memang susah sikitlah. Semua nak makan kena masak je. Tak boleh lah buat macam kat Malaysia, balik school rasa tak larat pergi tapau aje untuk makan malam. Kat sini, macam mana penat, tak larat pun kena gagahkan diri masak lah jugak. Bukan untuk perut sendiri. Tu, ada tiga lagi perut nak kena berisi. Mujur sekarang ni Affan dah boleh makan pedas sikit-sikit. Takde lah ummi pening nak menyiapkan tiga jenis makanan berlainan setiap hari. Makanan orang dewasa dia dah boleh makan, makanan adik dia pun dia sebat. Hehe. Suami pulak alhamdulillah tak cerewet bab-bab makan ni. Satu, dia faham isteri dia ni bukan pro bab-bab masak ni. Datang Denmark ni baru belajar masak hehe. Kedua, dia pun banyak bantu serba-serbi kerja kat rumah. Alhamdulillah bolehlah ringankan sikit mana yang boleh.

Sesekali hujung minggu, baru lah dapur tak berasap kadang-kadang kalau keluar berjalan ke bandar. Dapatlah merasa makanan kedai, tapi menu kebab aje lah. Tak dapatlah nak nasi ayam, nasi paprik. Hehe. Dan kadang-kadang kami pergi ke rumah kawan untuk majlis usrah atau majlis makan-makan potluck. Masa tu lah dapat makan macam-macam menu Malaysia yang sodap-sodap. Hehe

Oklah, Afeef dah berbunyi. Mengantuk dah la tu. Till next entry..

Salam !