Thursday, May 31, 2012

DIY - Thank you tag

Untuk wedding saya, saya buat sendiri thank you tag untuk diletakkan pada doorgift. Saya buat pun simple-simple je. Meh nak share sikit some steps untuk buat thank you tag macam saya. Mudah dan menjimatkan. Tapi awas, haruslah rajin dan kuat semangat! Heeee :D

1. Mula-mula design thank you tag ikut citarasa sendiri. Google je senang. Banyak design thank you tag yang boleh jadi reference.Dulu saya banyak jugak bukak website martha stewart cuci-cuci mata. Korang boleh klik sini : http://www.marthastewartweddings.com/

Ehem. Ini design thank you tag from yours truly. ;p Terpilih daripada beberapa design yang saya buat sebelum tu.




2. Then, anda perlukan doily paper. Macam mana nak dapatkan doily paper? Ni saya beli di kedai 2Ply di Klang. Tapi sekarang ni jual online pun dah banyak kot. Haaa ce google. Ce google. ;p

Masa saya beli doily paper ni, harganya RM3.90 sepaket kalau tak silap saya. Satu paket tu ada lebih kurang 250 keping doily. So satu keping harganya tak sampai 2 sen pun. Kalau kira matematik, 1 keping doily 0.0156 sen! Haha. Sangat berbaloi kan kan?


3. Oh ya Sebelum terlupa. Masa design thank you tag tu, sebaiknya dah beli lah doily paper nya okay. Sebab nanti boleh ambil ukuran diameter doily tu, then masa design boleh guna the real measurement. So nanti senang, lepas dah siap boleh terus print je. Plus, nak print colour ni mahal kot kalau kat kedai. So lebih baik print sendiri. Colour pun tak payah nak meriah-meriah sangat macam design saya tu. Nanti ink colour cepat habis. So pandai-pandai lah kamu-kamu adjust colour tu bagi less intense ke apa kan? Semua ni mesti dah hebat-hebat bab-bab edit gambar, ye tak? ;)


4. Bila dah siap print, lekat kan tag yang kita print tu atas doily. Mudah sangat kan? Selamat mencuba ! :)

Tadaaa ! Siap dah. :)

Kat bawah ni gambar thank you tag yang saya curi-curi siapkan kat tempat kerja. Penuh drawer kat meja tu dengan thank you tag. Mudah memang mudah, tapi bila buat sorang-sorang nak cukupkan sampai 1000 keping, memang letih jugak lah pinggang, tengkuk semua. Heee. Mujur ada kawan kat office and classmate kat uni dulu tolong buatkan sikit. Ringanlah jugak kerja-kerja ni sekurang-kurangnya, kan?


Honestly, memang remeh sebenarnya kalau nak DIY untuk wedding sendiri. Nampak memang mudah. Buat sekeping memanglah mudah. Tapi kalau sampai nak kena buat benda yang sama sampai beribu, nak give up jugaklah kalau tak kuat semangat. Haha. So kalau nak DIY untuk wedding ni, dinasihatkan kena azam yang tinggi, and yang penting dah plan apa nak buat awal-awal, then start buat awal-awal, so that takdelah esok dah nak majlis, hari ni duk letak gam kat thank you tag lagi. Heee. Just my two cents. ;p

Kalau korang nak dapatkan doily paper tu, korang boleh usha kat sini;

30-42, 
Jalan Pasar Baru 3, 
41050 Klang, Selangor.
Tel:+603-3344 4222

Bussiness hour:
Monday - Saturday : 6.30am - 5.30pm
Sunday                       : 6.30am - 1.00pm



5 comments:

pelangi chenta said...

thanx sebab share info nie
sy baru nak diy utk goodies e-day nanti

imymemine said...

sama-sama cik pelangi.
& all the best ya ! :)

Bie Cimbelang :) said...

tq for this post, suka lah tgk org buat DIY.. rasa cam nk buat jugak hehe :)) sy follow sini ye, snang nk tgk update hihi

Hanana said...

hi mommy to be. :) congrats on ur wed n d bby. hope everything goes well. anyway, what is the size of that doily paper?how about ur DIY sticker tag? thanks!:)

Sha My heart said...

rajinnya.

Sha ni ada masa saja berkobar-kobar nak buat. Tapi kadang-kala rasa letih. Baru sikit. Aigoo, banyak lagi nak kena siapkan. Banyak sangat tunda ni.