Wednesday, July 5, 2017

Tahun ketiga Aidilfitri di Copenhagen, Denmark...(Part 1)

...dan mungkin yang terakhir kali menyambut lebaran di bumi Scandinavia ni. *tsktsk*

Dan seperti tahun-tahun yang lepas, kami sekeluarga akan menyambut Aidilfitri dengan rakan-rakan Malaysian, Singaporean, dan Indonesian di sini. Sebelum raya lagi dah create whatsapp group untuk bincang dan bahagikan tugas untuk sambutan hari raya ni. Macam potluck lah lebih kurang. Tapi untuk menu utama, iaitu sate, 2 hari sebelum raya tu kami gotong-royong beli barang dan cucuk sate. 

Pagi 1 Syawal tu lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke rumah Kak Pekjah, host untuk sambutan Aidilfitri kami kat sini untuk kali kedua. Rumah Kak Pekjah ni besar, ada laman yang luas, so memang sesuailah kitorang gelarkan sebagai Malaysian Embassy kami kat sini memandangkan di Denmark ni tak ada Kedutaan Malaysia. 

Tahun ni, saya ditugaskan untuk masak rendang daging, dan setiap keluarga kena bawa sekurang-kurangnya sejenis kuih raya. Macam-macam lagi menu lain yang ada.Wajiblah kan, menu banyak-banyak barulah raya. Sekurang-kurangnya terubat lah rindu nak makan makanan-makanan raya ni macam raya kat kampung halaman sendiri. 

So, hari tu, selain sate, ada rendang daging 3kg by yours truly, ada nasi impit, ketupat palas, kuah kacang, serunding ikan/ayam/daging, ayam masak merah, nasi minyak selamat pemgantin baru (haha), laksa sarawak, soto, lontong, dan macam-macam jenis kuih raya dan kek. 

Gemuk-gemuk punya sate. Pueh hati den makan ! Hehe




Sambil bakar sate, sambil borak, sambil makan sate. :P


Si kecik ni beraya sakan sungguh tahun ni. Tahun lepas dia kecik lagi, tahun ni pulun dia makan sate. Baju raya pun berlemoih habis tapi berbaloi sebab pakai dari pagi sampai ke malam! 

Kawan baru kami, Irma & suami.

Tengok, walau jauh di perantauan, complete set serunding kami ada tau! Serunding ayam, rendang, ikan, & kelapa. Hehe

Gigih tuan rumah sediakan label makanan untuk kemudahan tetamu-tetami dari luar negara. International sungguh raya kami kat sini! ;D

Makan-makan sambil streaming TV3 tengok drama raya. Raya kat Malaysia sangat nih. Hee.

Cuaca cantik hari tu. Tak panas sangat, tak sejuk sangat. Pakai baju melayu ke kurta sampai ke malam memang no hal. ;p

Alhamdulillah, memang meriah. Disebabkan masa berbincang pasal makanan, nak masak apa dan berapa banyak tu guna rujukan kuantiti macam sambutan raya tahun lepas, jadinya kuantiti makanan tahun ni sangatlah banyak. Sebab, tahun ni banyak keluarga dah balik Malaysia for good, dan tak ada keluarga baru yang datang ke sini disebabkan polisi baru kementerian yang dah tak hantar student buat PhD kat luar negara lagi kan. Tak terfikir masa bincang tu, excited masing-masing. Hehe. Itupun, Kak Pekjah dah jemput jiran-jiran orang Danish dan kawan satu office, makanan still lagi banyak. So bila balik rumah masing-masing tapau semua makanan sorang sedikit. Alhamdulillah, memang boleh makan sampai 2 dan 3 hari raya lagi. Gantung kuali 3 hari. Hehe.


Love,
Anna
040717
Munich, Germany

No comments: