Saturday, November 19, 2016

Ada Apa Dengan Denmark ?

Denmark merupakan negara yang terkecil di antara negara-negara Scandinavia yang lain. Kalau nak compare dengan negara kita Malaysia, Denmark ni lebih kecil dari Malaysia, besar sikit je dari negeri Pahang dari segi keluasan. Haaa, kecik je kan?

Dan ramai yang tak tahu, yang mana pada kurun ke 16, Denmark ni merupakan negara terbesar di Scandinavia disebabkan Denmark pada masa tu memerintah seluruh negara Norway, dan tiga daerah di selatan Sweden. Seperti Norway dan Sweden, Denmark juga terkenal sebagai 'Home of Vikings'. Pahlawan Viking ni terkenal sebagai pahlawan yang  gagah berani yang hebat membina kapal-kapal yang besar untuk belayar.

Kat bawah ni gambar kapal Viking yang kami rakamkan di muzium Viking di Oslo, Norway. Kat Copenhagen pun ada sebenarnya Muzium Viking ni, tapi kami belum pernah pergi pun lagi. Kat Norway jugak yang kami pergi dulu. Hehe.






Denmark sebenarnya terdiri daripada beberapa pulau; Jutland, Zealand, dan Funen. Ibu kota Denmark, Copenhagen terletak di pulau Zealand. Dan kalau datang ke Denmark ni, memang akan perasan yang Denmark ni tanahnya rata je. Takde bukit-bukau apatah lagi gunung-ganang. Itu satu benda yang agak boring sikit lah. Sebab kalau kat Norway, Oslo contohnya; boleh tengok kawasan berbukit di mana tempat diorang boleh main ski. Dan Norway jugak ada fjord-fjord yang cantik kat tepi laut. Kalau naik cruise memang akan tunggu-tunggu nak sampai fjord di Norway sebab pemandangan cantik sangat dengan rumah-rumah comel kat fjord tu.

Salah satu pemandangan fjord ni Oslo, Norway. Masa ni kami dalam cruise dari Copenhagen. Denmark takde view macam ni. So kalau nak tengok view macam ni kena datang Norway ya. 

Rasanya ramai dah tahu yang rakyat di Denmark ni merupakan antara rakyat yang paling gembira dalam dunia kan? Ada terfikir tak kenapa rakyat Denmark ni happy sangat duduk Denmark ni? Ahaa. Apa yang saya boleh katakan, dari pengalaman dua tahun tinggal di Denmark ni, mereka ni gembira sebab kehidupan mereka ni selesa sangat tinggal di negara sendiri. Kebajikan mereka ni kerajaan Denmark jaga sungguh-sungguh. Walaupun cukai di negara ni antara yang tertinggi di dunia, tapi mereka diberikan pendidikan percuma, subsidi kesihatan dan perubatan yang tinggi, cuti bersalin bukan saja untuk si ibu, malah juga untuk si ayah, dan macam-macam lagi kalau nak disebut satu persatu. Pendek kata, walaupun cukai diorang tinggi, kalau Malaysia GST-nya 6%, di sini dipanggil MOMS nya 25%! Tapi takde lah pulak diorang berdemo bagai. Sebab apa? Sebab diorang nampak ke mana cukai-cukai yang diorang bayar tu disalurkan.

Kemudahan pengangkutan awam yang sangat efisyen, sebut je lah kat ceruk mana pun, mana-mana ada bas dan jugak train. Bantuan perumahan, bantuan sekolah, bantuan anak-anak, bantuan pekerjaan semua ada, setiap bulan, bukan masa nak pilihanraya sahaja. Ehem. Seorang pun rakyat tak ada yang tercicir. Sistematik sangat pengkalan data penduduk di sini. Mungkin ada yang menganggap, 'Alah, semua pun nak bantuan, naik lemak lah'. Ya, memang tak dinafikan, mungkin ada rakyat yang naik lemak dengan segala macam kebajikan yang diberikan. Tapi tak berhak kah setiap rakyat tu merasai kehidupan selesa macam tu? Denmark ni bukan ada hasil minyak ke, hasil tanaman yang lumayan macam negara kita. Tapi rakyatnya dapat merasai kehidupan selesa, tak semua pun hidup mewah di Denmark ni, tapi cukup untuk hidup. Hampir tidak ada langsung rakyat yang hidup terdesak sampai nak kena merompak, menyamun.

Itu sebab, sangatlah jarang berlaku jenayah di negara Denmark ni dari pengalaman saya tinggal di sini. Nak ke mana-mana pun rasa selamat. Nak bawak anak-anak main di mana-mana pun tak risau. Sedih. Pedih bila mengenangkan yang bila saya balik negara saya sendiri, saya rasa tak selamat berbanding di negara orang. Pahit, Memang pahit, tapi itulah realitinya sekarang.

Hmm, macam dah lari tajuk pulak post saya ni. Sebenarnya nak buat post pasal tempat menarik kat Denmark ni, tapi dah melencong pulak. InsyaAllah nanti saya buat post lain pasal tempat-tempat menarik di Denmark.

Luahan perasaan kat atas tu ikhlas ya. Bukan tak bersyukur, tapi bila ada pengalaman duduk di tempat orang ni, secara tak langsung memang kita akan bandingkan dengan negara kita sendiri. Saya rasa mana-mana orang yang ada pengalaman macam saya ni pun akan terfikir benda yang sama. Apapun, saya berharap sangat satu hari nanti, negara kita akan dapat setanding dengan negara-negara di sini seperti Denmark, dari segi kebajikannya.

Kita tak nafikan KLCC, KL Tower, Sepang Circuit, sedikit sebanyak membantu memperkenalkan Malaysia di mata dunia, tapi pada pendapat saya, lebih eloklah lagi kalau dana-dana negara diuruskan dengan lebih baik, jujur & amanah, dan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Kalau tak sempat rasa di zaman saya ni pun, harap-harapnya zaman anak cucu kita nanti boleh merasa apa yang rakyat di Denmark ni rasa, nikmatnya tinggal di negara tanah tumpah sendiri. Sebab kita sayangkan negara Malaysia lah, yang kita risau dan mahukan yang terbaik untuk negara kita, bukan sebab ada perasaan benci. Kalau benci, mungkin kita tidak akan ambil kisah langsung pun, apa nak jadi, jadilah. Kan?

No comments: