recent posts

Monday, April 15, 2013

Pengalaman diseluk. Oops ;p

Sebelum bersalin hari tu duk google pengalaman orang kena seluk. Sekarang ni turn sendiri pulak nak cerita macam mana rasa kena seluk tu.

3 Mac 2013

Terjaga tengah-tengah malam. Perut rasa semacam. Mengeras. Bila pejam mata nak tidur memang tak boleh lelap langsung. Terkebil-kebil je lah sorang diri. Nak kejut suami kat sebelah tak sampai hati sebab suami baru sampai from KL petang tu.

Lebih kurang sejam jugaklah terjaga baru tergerak nak tengok jam. Ingatkan dah nak subuh, rupanya baru pukul 2.30 pagi! Tsk. Lambat lagi nak siang. Baby/perut still mengeras masa tu kerap sangat. Rasa sakit. Tapi still bearable. Terfikir jugak ni sakit dah nak bersalin ke apa ni. Ikutkan tarikh due, ada lagi 4 hari. Serius konfius dan cuak.Tapi tahan je sakit sebab dalam kepala fikir kalau nak bersalin mesti sakit sampai nak jerit-jerit kot(?). And kalau dah sakit sangat baru plan nak kejut satu rumah. Huhu.

Lepas tu entah pukul berapa saya terlelap..

Pagi tu dah kurang rasa sakit. Baby mengeras jugak tapi tak kerap macam malam tu. So ignore aje. Since suami baru sampai Kluang, ayah suggest ajak suami pergi Hospital Kluang. Tunjuk jalan and tengok wad bersalin. So senang suami nak hantar bila-bila emergency kan.

Dah sampai Hospital Kluang, kitorang masuk wad bersalin. Niat asal memang nak tengok-tengok je. So pegilah kaunter kononnya nak bermesra-mesra dengan nurse, tanya prosedur camne kalau in case nak bersalin nanti.

Nurse kat kaunter tu tanya dah turun tanda ke. Saya jawab la belum, and bagitau malam tadi baby ada mengeras dengan kerap. Terusla nurse tu suggest pergi jumpa doktor. Erkkk masa tu belum bersedia kottttt. Duk fikir-fikir, tanya suami nak masuk ke tak ni. And finally, saya pun menyerah diri. Jumpa doktor.

Sebelum jumpa doktor diorang buat CTG dulu nak tengok jantung baby and check if ada contraction. Ada lah dalam 20 minit terbaring terlentang masa buat CTG. Serius tak berapa nak selesa sebab perut dah besar, baring terlentang memang tak best.

Lepas selesai buat CTG, nurse bagitau jantung baby ok. Contraction pun belum ada lagi. Pheww lega. Dan sampailah saat yang digerunkan, kena seluk ! Kena seluk dengan doktor lelaki plak tu. Huwaaaaa. Tarik nafas hembus nafas. Puh kiri puh kanan mintak-mintak tak sakit.

Then bila doktor tu nak masukkan tangan je, automatik badan ni mengeras! Huhu. Doktor and nurse marah tak bagi keraskan badan. Waaa bukan sengaja pun nak keraskan badan, dah automatik cenggitu. Huu. Doktor suruh tarik nafas dalam-dalam. Then bila dia seluk je, perghhhhh SAKITTTTT ok ! Mungkin sebab tangan doktor tu besar la kott. Huuu. Doktor kata bukaan baru 1 cm. Then dia tanya nak masuk wad ke nak balik. Of course lah nak balik kan.

So tu lah first experience serah diri nak kena seluk. Memang perit. Tapi bila 2nd time kena seluk masa hari nak bersalin tu tak pulak rasa sakitnya. 2nd time kena seluk dengan doktor perempuan. Kecik molek je orangnya. Dia seluk pun lembut je. Sebab tu tak rasa sakit kot. Lain betul rasa dia masa kena seluk dengan doktor lelaki tu.

So lepas dah selesai check semua, sempat meronda-ronda bandar Kluang dengan suami. Dan masih menunggu bilaaaa lah baby nak keluar neh. Masa tu lah kan.. Heee. Till then! ;)

Saturday, April 13, 2013

Our little caliph. ♡

Alhamdulillah dah sebulan bergelar ummi. I'm loving my new status. And still adapting to it.

Dah sebulan bersalin baru lah tergerak hati nak bukak blogger ni. So first and foremost, nak introduce our bundle of joy, Affan Hafiy b. Mohd Hafis!



Alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Kluang secara normal pada 7 Mac 2013, jam 5.30 pagi. Baby sihat dan semangat. Berat baby 3.66kg. Pheww. Ada kisah di sebalik kelahiran Affan Hafiy ni. Hihi. InsyaAllah akan dikongsikan nanti dalam next next next entry bila ada kekuatan nak ingat satu persatu detik cemas dalam labour room tu.

Apapun, syukur alhamdulillah semuanya selamat. :)