recent posts

Sunday, October 7, 2012

Kurang darah.

This morning, me and husband pergi routine check up 18 weeks kat KK. Kena datang sebab nak check HB sebab 2 minggu lepas pergi klinik, HB turun dari 11.5 to 11.3. Hari tu nurse advise saya banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi macam ikan, sotong, kerang, ikan bilis, hati, sayur-sayuran hijau. So, memang saya banyak ambil kerang, sayur etc etc. And luckily, parents in law datang rumah duduk sini seminggu sebab ada kenduri kawan diorang. So memang syok lah sebab mak mertua masakkan hari-hari kat rumah. Sayur, ikan memang wajib tersedia dah kat rumah tu bila balik dari lab & fakulti.

So tadi check berat, naik 1 kg since last week. Lepas tu buat urine test, check HB amik darah kat hujung jari, resultnya sangat memeranjatkan. Darah turun sampai dari 11.3 ke 9.6. Banyak tu turun. Then nurse suruh ambil darah sekali lagi, kali ni kat lengan pulak sebab lebih accurate. Naik sikit je pun, 9.8. T_T

Rasa terkejut + sedih + risau. Sebab tak expect bacaan HB turun lagi sebab rasanya dah banyak makanan-makan yang tinggi zat besi tu. Susu pun minum at least sekali sehari. Then, nurse pulak bagitau kalau kurang darah banyak or kena anemia, takut effect pada baby. Sebab bila darah kurang, takut baby tak cukup dapat oksigen. Bila kurang oksigen, boleh effect kepada pembesaran baby dalam perut, or pre-mature, and berisiko untuk keguguran. Ya Allah, takut sangat bila nurse cakap macam tu.

So now nurse advise naikkan dos ambil iron pill dari sekali sehari kepada 2 kali. Lagi 2 minggu kena check lagi HB. Hope tak turun lagi la. Bila fikir kekadang confuse jugak, sebab rasa dah makan banyak, cukup pun boleh kurang darah lagi. Tak tau now nak buat macam mana lagi, except doa banyak-banyak pada Dia, minta semuanya ok. *sigh*

Lil' munchkin is on the way.


Alhamdulillah, i'm 17 weeks pregnant. Tak dapat nak describe macam mana perasaan bila dapat tahu ada bakal khalifah Allah dalam perut sendiri. Lagi-lagi bila first time dapat tengok baby bergerak dengan denyutan jantung yang kuat masa scan 16 weeks hari tu. Rasa nak menangis masa tu jugak, cuma takde air mata je. Memang indescribable. Next scan doktor cakap masa week 28 nanti. Ada jugak niat nak buat 4D scan nanti, insyaAllah.



Dah nampak dah tu kepala, tulang belakang, kaki dia. Lepas tu nampak baby bergerak-gerak dengan degupan jantung dia. Subhanallah. (':

At 17 weeks ni, loya-loya semua dah takde since masuk 2nd trimester hari tu. Selera makan, ya ampun memang naik lah tak boleh nak cakap apa. Asyik nak mengunyah je mulut ni. Lepas tu perut pun dah start rasa gatal. Suamy tak bagi garu takut ada kesan nanti. Hihi. But saya dah start sapu bio oil kat perut since 12th weeks hari tu untuk elak stretch mark. Until now belum nampak lagi apa-apa stretch mark. Perut pun baru je nak menampakkan diri. And one more thing, setiap kali jumpa doktor mesti doktor tanya, 'Dah rasa baby gerak?'. Dan setiap kali kena tanya tu jugak saya jawab 'Takde doc'.  Actually tak tau macam mana rasanya baby bergerak. So jawab je takde. Dalam hati ni memang nak tau sesangat macam mana rasanya. Insyaallah, soon. ;)



Ni gambar scan masa kandungan usia 10 minggu. Halus je lagi masa ni & tak bergerak pun. Tapi masa tengah scan tu, once doktor kata 'Ada', memang legaaa yang amat. Ye lah, sebab selalu duk risau baby ok ke tak dalam perut ni. Sebab tak rasa apa-apa pun masa ni except morning sickness lah kan. Tapi biasalah, selagi tak tengok dengan mata sendiri & dapat confirmation doktor yang kandungan ok, memang kadang-kadang tu jadi risau. 

Hopefully semuanya dipermudahkan sepanjang kehamilan ni. Now i'm in the middle of thesis writing time. Kena submit end of this month. Memang stress, but so far i can control myself. Thanks to lovely husband sebab selalu tolong and bagi support no matter what. Dah lepas submit thesis nanti boleh tarik nafas panjang-panjaaaang sebelum kecut perut untuk VIVA pulak. ;p

Ok, till then ! ;)