recent posts

Saturday, November 19, 2016

Disneyland Part 3

Assalamualaikum!

Ok, sambung cerita Disneyland. Bila nak habis ni? Haha.


Route 66? Anak-anak siapa yang die hard fan movie Cars mesti tahu kat mana Route 66 ni. Hehehe

Disebabkan dua-dua hero kami ni memang peminat movie Cars, jadi memang tak sah lah kalau tak main kat sini. Walaupun macam so-so aje tengok duduk dalam kereta tu. Dah lah sekejap je mainnya. Beratur lagi lama okay. Hehehe. Layan kan aje lah anak-anak..




Gigih sangat para mak-ayah layan anak-anak kat Disneyland ni sebenarnya tau. Termasuklah yours truly ni. Hehehe. Tapi tak tipu, walaupun dah berusia (tua dalam kurungan), lol, adalah perasaan excited tu sebenarnya walaupun nampak macam tak sesuai sangat. Hehehe.


Ni salah satu contohnya. Mak pegi layan anak beratur, ayahnya jaga sorang lagi anak tidur kat luar. Mujurlah boleh main handphone tu agaknya. Jenuh jugak nak menunggu lama panas-panas tu. Hee


Yang ni pulak memang tumpang excited anak-anak. Excited sebab selama ni tengok movie & baca buku je kan, bila dah sampai sini memang seronok bila tengok anak-anak seronok dapat tengok dengan mata sendiri watak-watak favourite diorang.

Anak-anak memang tak duduk diam, nak berlari aje ke sana-sini. Bukan kisah nak ambil gambar pun. Mak nya lah yang lebih nak bergambar. Hehe. Bukan apa, nak buat kenangan. Belum tentu budak-budak ni ingat yang diorang dah sampai sini. So kena ada simpan bukti siap-siap nak tunjuk diorang bila diorang dah besar nanti.

Ada rezeki nanti bawak abah & ummi datang Paris lagi ye anak-anak. Tapi ummi tak nak pergi Disneyland, bawak ummi pergi La Vallee Village outlet je dah cukup. Hehehehe. 



Tak puas hati betul naik ni sebab kejap sangat. Anak-anak baru nak excited, eh dah habis. Hehe. Lambat sikit anak-anak nak excited sebab mula-mula diorang macam cuak kereta tu pusing laju. Hmmm *sigh*

Ok next, kitorang pergi naik studio tram tour ni. Setelah penat menapak ukur jalan + beratur dalam Disneyland tu, dapatlah jugak berehat duduk dalam tram ni. Masa ni pun actually si adik tu dah tertidur.



Tram ni panjang dan tak ramai sangat orang masa ni kat sini. Jadi tak lah lama sangat beratur macam kat tempat lain. Tram ni akan bawak tengok antara props yang digunakan dalam movie Disney. Dan highlight train ni antaranya dia bawak ke set macam gambar kat bawah ni.


Masa ni diorang nak tunjuk macam mana suatu scene extreme tu dibuat bagi nampak real dalam movie. So masa ni, diorang tunjuk lori tangki tu meletup then air yang banyak tiba-tiba turun, nak hanyutkan lori tu. Memang air tiba-tiba turun banyak sangat macam nak masuk kat dalam tram kitorang naik tu. Siap tiba-tiba ada air turun banyak sangat dari atas tram tu. Memang real sangat diorang buat. Level of excitement memang naik tiba-tiba setelah bersantai-santai duduk dalam tram tu. 





See. Memang real sangat rasa. So boleh tahulah macam mana scene tu dibuat sebenarnya. Kat belakang set tu ada tangki air yang sangat besar. Dan kat bawah set tu ada takungan air yang akan sedut semula air tu masuk tangki. Memang best. Mula-mula ingatkan boring je tram tour ni. Hehe

Okayyy, till next post ya !


No comments: