recent posts

Wednesday, August 24, 2011

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur ya Allah. 
Satu persatu Kau limpahkan kurnia dan rezeki kepadaku,
Kau permudahkan urusanku,

Jauhkan lah aku dari sikap lalai dan alpa,

Yang boleh membuatkan aku jauh dariMu.


Amin.


Alhamdulillah,
Tahun 2011 ini merupakan tahun yang indah buat saya.
Rezeki tidak putus-putus yang Dia kurniakan.



Bermula dengan rezeki dapat kerja,
rezeki untuk mendirikan 'masjid',
seterusnya tawaran menyambung pelajaran,

dan hari ini, tawaran biasiswa pembiayaan pengajian.


Alhamdulillah. Syukur ya Allah.


Alhamdulillah.


Alhamdulillah.


(':

Tuesday, August 23, 2011

Checklist !


Woah 79 days to go ! Soalan cepumas yang selalu kawan-kawan saya tanya,
'Nervous tak ?'
Dan saya selalu jawab,
'Tak pun. Excited lagi ada ! Tak sabaaaaarrr !'
HAHA. Nampok benor gatainye cik anna oiiii. ;ppppp
Ok, since kat blog ni belum ada lagi checklist for the wedding, i guess i need to put it here so that it can remind me of what should i do and what should not. 
CHECKLIST:
Permohonan Kahwin:
1. Kursus kahwin - DONE!
2. Borang nikah - Now waiting for his borang nikah so then i can submit mine.
3. Book Tok Kadi - DONE!
4. HIV Test - DONE!
5. Medical check up - HIV lah kan (?)
Theme/Concept:
1. Solemnization - Silver + Brick red
2. Reception Kluang - White + Turqoise (Am thinking for 'Roses' theme. Baru berangan je. ;p)
3. Reception Puchong - Purple + Pink
Venue:
1. Solemnization - Bride’s house; Kluang
2. Reception Kluang - Dewan Sri Lalang, Kluang
3. Reception Puchong - Groom’s house; Puchong
Hantaran for her:
1. Sirih junjung
2. Kasut - DONE!
3. Beg + Purse - DONE!
4. Buah-buahan
5. Telekung + Sejadah - DONE!
6. Kek / Kuih
7. Perfume & bodycare - DONE!
8. Cincin + gelang - DONE!
9.
10.
11.
Hantaran for him:
1. Sirih junjung
2. Kasut - DONE!
3. Wallet + belt - DONE!
4. Perfume & bodycare - DONE!
5. Al-Quran - DONE!
6. Baju + seluar - DONE!
7. Buah-buahan
8. Puding
9. Kek
10. Coklat
11. Sejadah + songkok - DONE!
12.
13.
Wedding Planner:
1. Pelamin sanding - Karisma, haven't finalize the concept & design.
2. Pelamin nikah - Karisma, haven't finalize the concept & design.
3. Arch/walking aisle/red carpet
4. Set renjis - Provided by Karisma
5. Bunga pahar - Sewa dulang Karisma, bunga telur tak beli lagi.
6. Bunga manggar
7. Centerpiece for VIP & guests
8. Deco present table
9. Deco Guestbook
10. Deco Bride’s room - by Ummi
11. Deco High Table - by Karisma
12. Deco dulang hantaran - DIY
13. Entrance deco
14. Flower arrangement
15. PA system: sound & light
Wedding Stationeries:
1. Guestbook - DONE! (DIY)
2. Road signage
3. Thank you tag - DIY. Belum print.
Make-up:
1. Solemnization - Karisma. DONE depo.
2. Reception Kluang - Karisma
3. Reception Puchong - Makeupfreak. DONE depo.
Bilik Pengantin:
1. Set cadar - DONE!
2. Langsir tingkap/pintu - DONE!
3. Hiasan - DONE! (thinking to add DIY flower frame ;p)
Solemnization:
1. Bride’s outfit - 2nd fitting lepas raya.
2. Groom’s outfit - Siap sulam lepas raya.
3. Bride’s veil/hijab
4. Groom’s songkok - DONE!
5. Bride’s shoe - DONE! (amik kasut hantaran je nanti ;p)
6. Groom’s shoe
7. Family’s outfit - DONE! (family kecik saje.)
8. Family’s in law outfit
9. Bridesmaid outfit
10. Hand bouquet
Reception Kluang:
1. Bride’s outfit
2. Groom’s outfit
3. Bride’s veil, scarf
4. Bride’s shoe - DONE!
5. Groom’s shoe - DONE!
6. Family outfit - DONE! (turqoise)
7. Family in law outfit
8. Bridesmaid outfit
9. Hand bouquet
Reception Puchong:
1. Bride’s outfit
2. Groom’s outfit
3. Bride’s veil, scarf
4. Bride’s shoe
5. Groom’s shoe
6. Family outfit
7. Family in law outfit
8. Bridesmaid outfit
9. Hand bouquet  
Foods & Beverages:
1. Majlis nikah - Masak sendiri. Jemputan around 100 pax. For family and close friends.
2. Reception - Zul Catering (need to confirm no. of guests a week before)
Catering:
1. Reception Kluang - DONE! Zul Catering
2. Reception Puchong - Rewang
Kad Undangan:
1. Kluang - DONE!
2. Puchong - DONE!
Doorgift:
1. Reception Kluang - DIY paper bag DONE. not yet finalize nak isi ape. ;D
2. Reception Puchong - Minyak gamat + candy.
Official Photographer:
1. Kluang - Nodee
2. Puchong - Nodee
Official Videographer:
1. Kluang
2. Puchong 
Honeymoon - DONE. Flight ticket booked! Hotel booked! (can't wait!~~ XD)


p/s: Err banyak lagi yang tak scratch. Ini baru boleh bikin saya nervous! 





Tuesday, August 16, 2011

Raya.

Raya 1:


Hari ni boss announce nak bagi cuti raya seminggu ! Yeay!


Boss 1: So you nak balik raya bila?
Me: Maybe on 27th or 28th.
Boss 2: Or you balik raya Puchong first?
Me: -____-' (tak sempat nak jawab, boss lagi sorang dah jawabkan)
Boss 1: Mestilaa balik Kluang maa. This year is the last raya before get married !
Me: Tehehehe ;p


Raya 2:


Dapat sms dari ayah semalam,


'Baju raya dah siap. Semua sekali RM370.'


Petang semalam jugak saya bank in kan duit dalam bank ayah. Wah pertama kali bayar baju raya sendiri neh! Heee.


Pagi ni ayah call,


Ayah: Baju raya 6 pasang kan?
Me: Alamak. Ce tanya ummi. Eh tapi rasanya betul 6 pasang ummi bagitau hari tu.
Ayah: Ok ok. Ayah dah kat kedai ni nak amik baju raya.
Me: OK ! :D


Sebenarnya bukan semua pun nak buat baju raya actually. My mom yang pilih & hantar kat tailor. My mom cakap,


" Takpe buat lebih-lebih. Nanti nak pergi melawat sedara-mara cik abang bolehlah pakai baju baru."


Tehehehehe (':

Monday, August 15, 2011

Shopping spree !


How’s your weekend peeps?!

As for me, dua hari berturut-turut saya berjalan seharian. Hari sabtu lepas saya ke Jualan Terus dari Kilang di Presint 2, Putrajaya. Jualan ni start pukul 10 pagi tapi pukul 9.30 pagi lagi kitorang dah terpacak kat situ. Excited sangat nak masuk sampai kena tahan dengan pakcik guard sebab belum pukul 10 lagi. Tehehehe ;p


So apa yang ada masa jualan promosi raya ni? MACAM-MACAM ADAAA ! Dari baju, seluar, kasut, beg, set cadar, langsir, perabot, tv, sampailah ke tupperware, kuih raya, rempah adabi segala. Saya sempat merembat seluar jeans GOGGLES untuk diri sendiri & tshirt brand SNAILS untuk adik saya while cik abang bukan main lagi merembat sakan! Dia beli seluar SNAILS untuk diri dia, tshirt POLO untuk adik dia, tshirt CROCODILE untuk ayah dia. Eh bukan tu je, kitorang sempat jugak merembat set bantal dari AKEMI untuk rumah baru nanti. *ehem*.

Dari pukul 10 pagi sampailah pukul 1.30 petang kitorang kat dalam tu.HAHA. Lama gila kan? Yang buat lama tu sebab kitorang nak memilih langsir. Rata-rata langsir yang ada tak cukup panjang untuk rumah baru nanti. Dah lah booth langsir tu satu kat utara, satu kat selatan dalam ekspo tu. So setiap kali kitorang nak compare, memang kena meredah lah lautan manusia di segenap ruang kat situ. Huhu. And finally, 
kitorang tak beli pun langsir kat situ. Sabor je lah. :D

Lepas solat Zuhur kat Masjid Putrajaya, kitorang ke PWTC pulak sebab nak cuci-cuci mata kat MATTA Fair. Kat sini pun tak payah cakaplah kan, memang lagi ramai lah manusia. Ni first time kitorang pergi MATTA Fair ni. Tak tau pulak kena bayar tiket masuk – RM3. Heee. Nasib baik murah. Kalau mahal, memang kitorang tak masuklah kot. Sebab pergi situ pun nak tengok-tengok je. Almaklum, tiket honeymoon sudah beli dong. Wuuu~ Excited sangat sampai terbeli awal. XD 



Actually, masa kat MATTA Fair ni, kitorang macam terpengaruh jugak dengan offer-offer yang ada sampai ter-plan untuk 2nd honeymoon. HAHA. Kemain lagi kan? Tapi lepas dah fikir-fikir panjang sikit, kitorang tak jadi nak book sebab taknak rush-rush sangat buat keputusan. InsyaAllah nanti, ada rezeki, ada lah kan? J

Bila jam dah tunjuk pukul 5 petang, kitorang cepat-cepat solat Asar kat PWTC tu and then gigih redah hujan sebab nak pecut ke Kg. Baru untuk berbuka. Hajat hati cik abang teringin nak makan steak kat situ, tapi masa kitorang sampai tu meja dah full L . Sedih. Dah lah nak dapat parking tu bukan main susah lagi. So end up kitorang berbuka seafood je. But still, Alhamdulillah. J

Lepas makan & solat maghrib, kitorang terusss ke IKEA! Cuci-cuci mata tengok perabot and sempat memborong kuih raya untuk family masing-masing. Kalau sedap nanti nak beli lagi! RM10 je untuk sekotak kuih raya tu. Memang berbaloi-baloi ! Then kitorang beli lampu tidur untuk rumah baru nanti. Auwww~ :DD

See! Memang we really fully utilised our Saturday together. Walaupun tengah berpuasa, memang bukan halangan! Ewah. Tapi bila sampai rumah, masing-masing dah lunyai. HAHAHA

Apa cerita hari Ahad pulak? Ok tungguuu. :DDD


Thursday, August 11, 2011

Alkisah kad kahwin.


Nak suka ke nak cuak eh? hihi

Howdy peeps! Ok this time nak story pasal kad kahwin. Bab-bab melipat kad kahwin ni saya baru je siapkan weekend lepas. Phewww buat sorang-sorang tu u olls. Kad belah majlis saya and separuh kad dari majlis belah cik abang sekali. Memang letih pinggang duduk lama-lama nak mengadap benda tu kan. Huu. Nasib baik ada drama Korea tolong jadi penyegar mata saya sambil-sambil lipat kad tu. :D

Anyway, kad kahwin ni saya dah tempah sejak bulan Jun lagi. Mulanya berangan nak DIY sendiri kad kahwin ni sebab dalam kepala dah ada design simple yang saya nak, dan yang paling utamanya adalah JIMAT ! Tapiiii, lepas dah banyak kali hold design kad tu disebabkan kekangan masa sibuk dengan hal kerja, saya redha tempah je untuk kad kahwin kat kedai. *sigh* So kepada yang banyak masa lagi tu and ada bakat nak DIY kad kadwin, better buat awal-awal. Memang jimat kot kalau tau cari tempat print yang murah.

So back to the track, saya dan cik abang ke Pameran Pengantin kat PICC Putrajaya bulan Jun tu. Kat sanalah kami usha-usha kad kahwin and terus deal dengan satu vendor kad kahwin ni. Masa Pameran Pengantin ni memang banyak vendor yang buat promosi kad kahwin ni. Murah-murah belaka ! Ni kata diorang lah. So kitorang pun dah ter-'makan' dengan promosi pakej yang diorang buat. We decided to take the package yang kitorang rasa murah dan berbaloi which is:

Pakej 1000kad x RM0.68, with FREE 1000 pcs giftbox (small size) + 2 bunting + 1200 pcs printed envelope.


Kitorang pilih pakej ni sebab rasa dapat jimat bab giftbox tu. Sebab kalau kat kedai, mahu RM0.30 jugak sebiji kotak tu kan? So lepas dah deal segala, dekat Pameran Pengantin tu jugak kena bayar deposit minimum RM50 and boleh redeem bila-bila pun asalkan ada resit deposit tu. Plus for your info, this vendor ada few branches - Bangi, Pertama Complex, Pudu, & Shah Alam. So boleh pilih nak pergi tempah kat mana-mana branch pun.

Masa bayar deposit tu, kitorang tak finalize pun design mana yang kitorang nak sebab vendor tu cakap, "nanti kalau datang kedai diorang ada baaaaaaanyakkkkk lagi design kad sampai awak pun pening nak pilih!". So okay, kitorang reserve dulu bab design kad tu sebab kononnya nak tengok design-design yang baaaanyaaakk sangattt tu.

So a few weeks later, tiba hari nak pergi menempah and pilih kad tu, kitorang berkira-kira nak pergi branch yang mana satu. Sepatutnya kitorang lebih mudah nak pergi branch yang kat Bangi, but unfortunately saya tertinggal resit kat rumah :( . So kena balik rumah saya semula untuk ambil resit. Rumah saya dah dekat dengan area KL, so lepas dah pening-pening nak pergi mana, we decided to go to Pertama Complex je walaupun hati macam berat nak pergi Bangi. Tapi cik abang dah merungut sebab jauh nak patah balik. Wuuu~

Sampai-sampai kat kedai, terus tunjuk resit deposit and diorang tunjuk kad mana yang boleh dipilih untuk pakej yang saya pilih tu. Start dari situ je saya dah kecewa sikit. Kenapa?

1. Kad yang boleh dipilih tu tak lah banyak mana pun macam yang digambarkan oleh vendor tu. Limited ! So tak banyak sebenarnya design yang berkenan kat hati saya ni. Tsk !

2. Kitorang dilayan dengan seorang girl ni. Biasalah kalau tengah deal, macam-macam lah kan kitorang nak tanya. But setiap kali kitorang soal budak ni, dia mesti tak tau nak jawab. And setiap kali tu jugak dia kena tanya senior dia - staf lelaki. Yang staf lelaki neh elok je duduk mengadap komputer depan kitorang sambil mengunyah. Kitorang jadi sangat annoying bila setiap kali kitorang tanya and nak deal, budak tu kena tanya staff lelaki tu dulu. Apalah salahnya staf lelaki tu datang kat kitorang and deal dengan kitorang terus, kan? Agak sakit hati jugaklah masa tu. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan nak marah-marah. So sabar je lah dengan kerenah vendor ni. Macam tak appreciate customer! *sigh* (sakit hati bila ingat balik).

Actually, ada few other things yang buat kitorang tak puas hati. Tapi cukuplah setakat tu yang saya boleh share cerita. But if i can turn back the time, and got a way more better package from the same vendor, i should say NO rather than dealing with unprofesional people.

And yes, life must go on! Alhamdulillah we manage to get our cards, BUT with some flaw here and there. T__T Kecewaaaa lagi. Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak memang kena terima jugak. Membazir pulak kalau tempah kad yang baru. Dugaan tuhan tu, insyaAllah ada hikmahnya. Hmm

p/s: Dengar cerita setem untuk pos kad kahwin kena guna setem 80 sen eh? Say whatttt? Lagi mahal setem tu dari kad kahwin okaaayyy. *sigh*

Saturday, August 6, 2011

Lafaz nikah negeri Johor

Salam 6 Ramadhan ! Pagi ni boleh pulak terfikir camne lah gayanya bakal suami nak melafaz nikah nanti. Menggigil tak dia nanti? Haha

So saya pun cepat-cepat google 'Lafaz nikah negeri Johor'. Terus dapat link satu entry dari blog kepunyaan seorang kadi di Kluang! Elok sangatlah tu kan. Hehe

Nama tok kadi ni adalah Ustaz Mohd Khalil. Berdasarkan dari entry beliau ini, lafaz qabul untuk negeri Johor;

'Aku terima nikah (Nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai..'

Nampak macam ringkas je kan? Tapi tak taulah kalau dah campur nervous gemuruh risau semua, ayat pendek tu pun boleh jadi panjang. Harap-harap cik abang dapat lafazkan qabul ni dengan lancar lah nanti. Aminn aminnn :D

Friday, August 5, 2011

Wedding dress?

Actually salah satu benda yang sangat-sangat saya risaukan adalah baju pengantin - nikah & bersanding. And as i mentioned before, baju nikah tu saya tempah. Still in progress nak siapkan. Tailor pulak sekarang ni tengah bertungkus-lumus nak menyiapkan tempahan baju raya. Jadi memang siap lepas raya je lah baju nikah saya tu nampaknya.. Sepatutnya boleh siap lebih awal, tapi hari tu masa first fitting, tak ngam pulak dengan badan saya. So nak kena alter sana-sini sikit, then baru boleh jahit manik and details pada baju tu.

Baju bersanding pulak saya sewa je kat mak andam. Tapi mak andam akan buat baju yang baru untuk saya sebab pakej yang saya ambil tu. Untuk baju sanding ni pulak memang tak nampak bayang apa pun lagi. Hari tu tanya tailor, diorang cakap lepas raya baru start buat. Sebulan je nak siapkan katanya. Hmm. Memang tak tau nak cakap apa lah kan. Either nak risau ke nak buat dek je. Masalahnya kalau risau pun memang tak boleh nak buat apa-apa pun since bukan kita yang menjahitnya kan?

So tadi masa kat ofis saya terfikir nak buat scrap book untuk design-design wedding dress yang diidamkan. Lepas dah siap scrap book tu, nak pass kat mak andam. Bukan tak percaya kat mak andam, cuma masa bincang-bincang dengan mak andam hari tu, dia tengah sarat mengandung. Takut lah kot-kot dia dah terlupa ke apa kan.

Malam ni habis saya belek koleksi majalah Pengantin. Mana-mana design baju yang menepati citarasa, saya gunting untuk ditampal kat scrap book untuk rujukan mak andam nanti.

Cerita pasal wedding dress ni, banyak design yang saya berkenan. Tapi untuk majlis saya nanti, saya pilih untuk pakai wedding dress yang simple and sweet je. Tak nak sarat sangat. Oh serta design yang sopan ye. Memandangkan ayah saya dah ingatkan saya supaya tak pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh saya nanti. Hehe. Tapi kalau ayah saya tak cakap pun, memang saya pun tak nak pakai baju yang melekat kat badan ni. Segala macam spare tyre boleh nampak. Haha!

Ok. Antara design-design yang menarik perhatian saya;

Love the simplicity! <3
Credit: Idaman Jelita

Design macam ni yang saya request kat mak andam. Including the colour! Tehehe :D
Cuma mungkin tak nak kain kat bawah tu berjahit tebal sebab saya nak kain tu ringan so boleh nampak effect flowy. ;)
Credit: Idaman Jelita


Sangat cantik kannnnn ! Design nya lebih kurang dengan gambar kat atas tu. Baju ni pun ada kat dalam majalah Pengantin bulan berapa saya tak ingat dah. And saya dah pun tunjuk kat mak andam yang saya berkenan dengan design macam ni. ;)
Credit: Idaman Jelita

Saya sukaa sangat design baju pengantin yang simple macam gambar-gambar kat atas ni. Kena dengan citarasa dan bentuk badan saya kot. Hehe. Kalau badan kurus macam model, lama dah saya pilih je mana-mana design yang saya berkenan. Tapi disebabkan bentuk badan yang agak berisi ni, kena betul-betul fikir design yang sesuai supaya tak nampak 'tak kena' di hari bahagia nanti. Ewahhh ! :D





Thursday, August 4, 2011

Prosedur kahwin - almost done !

Phewwww, dah lama tak menjenguk ke blog yang suam-suam kuku ni. Haha. Kesian blog ni. Baru buat dah kena tinggal. Keke. Busy memanjang lah lately ni.

-_____________-'

Apapun, syukur alhamdulillah dah settle-kan beberapa prosedur untuk permohonan perkahwinan. Meh saya nak share macam mana prosedur permohonan perkahwinan ni especially untuk bakal-bakal pengantin dari negeri Johor. Sebelum ni saya selalu dengar prosedur negeri Johor ni leceh sikit compare dengan negeri lain. But so far, okay lah kot. Takde yang complicated lagi. 

Alkisahnya hari Selasa lepas pergi ke Pejabat Agama Kluang untuk ambil borang permohonan perkahwinan & borang laporan kesihatan bakal pengantin aka borang HIV test. Sebelum ni saya pernah terbaca, yang kadang-kadang kena interview kat pejabat agama ni. Tapi tak pasti pulak masa nak ambil borang atau masa nak submit borang. Tapi haritu masa pergi ambil borang takdelah kena interview. Phewwwww lega. Padahal malam sebelum tu duk gigih jugak menghafal rukun nikah segala. HAHAHA

So sampai-sampai kaunter pejabat agama tu terus je cakap nak beli borang permohonan perkahwinan. Then kena bagitau nak beli untuk pengantin lelaki ke perempuan ke dua-dua. Meaning to say, kalau orang lain nak belikan borang ni pun takpelah kan instead bakal pengantin tu sendiri kena datang. 

But in my case, saya beli untuk saya je lah since cik abang bukan orang johor. Satu set borang kena bayar RM5.00 yeeeee. Selain borang permohonan kebenaran bernikah & borang HIV test, diorang provide jugak checklist dokumen yang kena sediakan untuk prosedur permohonan tu. Bagusss. Sonang ye tak? Nak harap semua ingat dalam kepala memang kirim salam je lah kan. 

Borang permohonan + Borang HIV test + Envelope + Checklist

Envelope khas untuk HIV test result.

So dokumen yang diperlukan untuk bakal pengantin perempuan negeri Johor:

1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Sijil kursus pra-perkahwinan.
4. Laporan HIV test dari hospital/klinik kerajaan.
5. Salinan kad pengenalan wali/surat kematian bapa.
6. Surat akuan status diri.
7. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi borang yang bukan ahli keluarga.

Kalau nak bernikah di luar kawasan, ada beberapa dokumen tambahan yang perlu disediakan ye. Please refer to pejabat agama. 

Anyway, dah alang-alang saya sendiri yang pergi beli tu sempat jugak saya tanya beberapa soalan kat pegawai pejabat agama ni, antaranya:

1. Berapa lama tempoh kena submit borang permohonan perkahwinan?
- Paling awal, 3 bulan sebelum bernikah. Paling lewat seminggu (7 hari) sebelum bernikah.

2. HIV test boleh buat dekat mana-mana klinik ke?
- Senarai klinik panel ada dekat belakang borang HIV test tu. Siap dengan hari yang available & no. telefon klinik. Boleh call untuk tanya lebih lanjut.

Klinik panel HIV test Kluang.

3. HIV test valid berapa lama? (sebab confuse ada yang cakap 3 bulan, ada yang cakap 6 bulan)
- 6 bulan !

4. Surat akuan status diri tu nak mintak pengesahan dari majikan yang beragama Islam atau ketua kampung kan? Kalau majikan bukan Islam, and duduk dekat taman perumahan macam mana ye?
- Sila ke pejabat daerah dan dapatkan pengesahan daripada penghulu mukim.

Then lepas dah bersoal-jawab tu, saya pun zassss terus pergi ke klinik untuk buat HIV test. Kat klinik ni pulak kena bayar seringgit okey. First time woo amik darah. Sakit ke tak? Sakit la sikit macam kena gigit semut api. Keputusan HIV test tu dapat masa tu jugak. Oh syukur, selesai dah satu benda penting! Scratch that!

NEGATIF yawww. Alhamdulillah.

Lepas selesai HIV test, saya ke Pejabat Daerah pulak berjumpa dengan tok penghulu untuk dapatkan surat akuan status diri. Mujur saya ke sana dengan ayah saya. Bolehlah ayah saya berborak sakan dengan tok penghulu cerita politik tanpa rasa awkward. Cuba bayangkan kalau saya pergi sorang-sorang. Mahu tak kaku sementara nak menunggu surat pengesahan status tu siap? O.o

Untuk berjumpa tok penghulu ni saya memang suggest pergi dengan ayah/ibu atau keluarga terdekat. Sebab selain tok penghulu nak tengok IC bakal pengantin, dia nak tengok jugak IC ayah/ibu atau keluarga sebagai orang terdekat yang mengesahkan status bakal pengantin tu BUJANG atau JANDA atau DUDA.

Selesai dah tiga benda penting ni - ambil borang, HIV test, surat akuan status. Now kena completekan borang & dokumen-dokumen yang diperlukan. Tapi lepas dah complete still tak boleh submit dulu tahu. Kena tunggu permohonan kebenaran bernikah pengantin lelaki lulus dulu, baru pengantin perempuan boleh submit borang permohonannya beserta sekali dengan borang permohonan pengantin lelaki yang dah diluluskan tu.

HAI CIK ABANG, CEPAT-CEPAT PI BUAT HIV TEST YE. SAYA NAK SUBMIT BORANG SAYA PULAK NI. KE AWAK TAKUT JARUM ??? :P

Ok, till then. Harap dapat jadikan sedikit panduan untuk bakal-bakal pengantin kat luar sana !

p/s: Oh oh oh 99 days to go !