recent posts

Saturday, November 19, 2016

Semangat Malaysia Boleh! di Yonex Denmark Open, Odense.

Assalamualaikum!

Pertengahan bulan Oktober yang lalu telah diadakan pertandingan badminton Yonex Denmark Open di Odense. Odense ni agak jauh jugak dari Copenhagen, lebih kurang 3 jam perjalanan naik kereta. 

Saya dan kawan-kawan, ada 3 kereta dari Copenhagen telah pun hadir menonton pertandingan tesebut. Tapi bukan datang saja-saja percuma ya. Kami beli tiket separuh akhir bila tahu yang Dato' Lee Chong Wei ada bermain di pertandingan ni. Dengan yakin dan penuh harapan yang Dato LCW akan masuk pertandingan separuh akhir, maka kami pun beramai-ramai beli tiket. Mengharap sangat dapat jumpa Dato LCW. Hehehe

Bila duduk di perantauan ni bagi saya memang ada satu perasaan lain macam sikit dia punya patriotik dia. Contohnya kalau terjumpa gambar bendera Malaysia, atau signage bahasa Malaysia, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia, automatik akan rasa seronok dan semangat sangat.

Macam pertandingan badminton ni jugaklah, masa kat Malaysia tu takde pulak terfikir sanggup beli tiket, nak bersesak-sesak kat stadium, boleh tengok kat TV aje. Tapi kat Denmark ni, semangat habis sanggup beli tiket, lepas tu sewa kereta beramai-ramai. Hehehe.

Alkisahnya, 2 hari sebelum kami ke sana, dapat berita yang Dato LCW kalah di suku akhir, dengan pemain dari Perancis. Kecewanya tak terkata, aduhaiiii. Sedihnyaaaa alahai. Tapi mujur juga pasangan beregu kita dapat masuk ke separuh akhir; Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Ahaa ! Mujur sangat ! Kalau tak, datang saja-saja je nak support pemain negara lain. Heee. 


Apa-apa hal, kita bergambar dulu. 





Wajah Dato LCW di mana-mana, selaku duta Yonex. Dalam hati tu, masih lagi berharap dapat terjumpa ke terserempak ke dengan Dato LCW kat sini. Sebab tengok kat Instagram, sehari sebelum tu Yonex celebrate birthday Dato LCW kat sini. Itu yang mengharap kot boleh terjumpa ke, boleh mengopi sama-sama ke. Hehe


Awal-awal kami sampai tu, badminton single wanita sedang berlangsung. Starstruck sekejap bila dapat tengok pemain dari Spain nama Marin ni depan mata. Sebelum ni kan tengok dalam TV je masa Thomas Cup hari tu. Hehe. Tapi kali ni nasib dia kurang baik sebab kalah dengan pemain Jepun tu. Tapi jeritan dia tu memang tak kalah, bingit satu stadium tu dengan jeritan si Marin ni. Hehehe. 


Okay, tak lama lepas tengok single wanita ni, sampailah turn pemain beregu kita, V Shem & Wee Kiong. Lawannya pulak dengan pemain dari Denmark. Haaa bayangkan lah macam mana supporter Malaysia yang seciput ni nak lawan sorak dengan supporter dari Denmark. Hehehe. 


Tinggi betul pemain-pemain Denmark ni. Tapi kecil-kecil cili padi.. V Shem & Wee Kiong walaupun nampak 'comel', tapi tetap power ! Kitorang ni sekuat hati lah menjerit bagi sokongan. Siap ada yang jerit 'nasi lemak!' lagi. Hehehe. Tapi supporter Malaysia ni bukan kitorang je tau, tapi orang-orang Denmark pun ada yang bagi sokongan kat pemain kita ni. Terbaikkk.

Kalau tengok kat dalam TV pun rasa macam nak pecah jantung kan, tengok live ni lagi lah hai dia punya nervous tu. Jerit sekuat hati 'Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!' seboleh-bolehnya nak bagi semangat kat diorang main. Sebab first round tu diorang kalah tipis. So bila dapat masuk 3rd round tu memang doa sangat supaya kita menang malam tu.

Dan ternyata pasangan beregu kita ni memang hebat bila menang kalahkan pemain tinggi lampai dari Denmark ni. Hebat memang hebat ! Puas hati kitorang ni yang datang jauh-jauh, walaupun tak dapat jumpa Dato LCW. Hehehe


Habis main tu V Shem & Wee Kiong siap melambai ke arah supporter Malaysia ni mungkin sebagai gesture terima kasih kat kami. Seronok hoi perasaannya masa ni. Nak nangis rasa. Emosi pulak makcik ni. Hehehe. 




Kitorang sampai agai lewat dalam pukul 2 petang lebih macam tu. Sampai-sampai terus masuk stadium, tak lunch pun walaupun masing-masing dah bawak bekal. Takut ter-miss match punya pasal. So lepas habis je match beregu tadi, semua pun kelaparan bukak bekal masing-masing. Terbaik dapat makan nasi lemak lepas tengok Malaysia menang. Dia punya feeling tu, perghhhh. Speechless. Kekeke.


Sebelum balik, terserempak dengan sorang pemain Denmark yang Malaysia kalahkan tadi, ajak bergambar. Hai lah nasib, tak dapat bergambar dengan pemain Malaysia, dengan pemain Denmark ni pun cukup happy dah. Jadilah.. Hehehe.

Malaysia Boleh !

No comments: