recent posts

Friday, November 18, 2016

Bercuti di Disneyland Paris: Part 2

Salam !

Ok, so bila dah masuk Walt Disney Studios tu kita akan lalu dalam Disney Studios dulu untuk ke tempat lain. Dalam ni ada kedai souvenirs dan restoran. 


Sebelum sampai sini lagi memang dah plan nak pergi mana dulu, & mana yang nak pergi kemudian. Bila dan ada plan macam tu senang sikit lah nak berjalan dalam ni. Sebab tempat ni besar, nak cover semua dalam satu hari memang tak cukup masa. So dah highlight siap-siap mana yang paling best nak pergi. So pit stop kami yang pertama hari tu adalah Rattatouile Adventure !


Sampai-sampai kat situ je pergh dia punya barisan bukan main panjang berlingkar-lingkar ! Hehe. Mental memang dah prepared for that. Lagipun on the way nak sampai kat Rattotouile ni kitorang ada nampak barisan yang laagi panjang dari kat sini. So tabah je lah beratur hampir sejam jugak nak sampai turn kitorang. 

Basically, kat dalam ni kita akan duduk kat dalam replika tikus & akan diberikan cermin mata 3D. Tikus ni akan bawak kita bergerak & berlari ke sana-sini. So kita akan rasa macam kita ni seekor tikus yang dikejar oleh manusia macam dalam movie ni. 

Duduk dalam tikus tu, sambil pakai cermin mata 3D. So memang akan rasa real jadi tikus lari ke sana sini. 

Si abang bergaya dengan cermin mata 3D dia hehe.

Restaurant Chef Gusteau !


Kitorang memang dah tengok movie ni sebelum ni, so memang kenal setiap watak dalam movie ni. Memang seronok sangat rasa nak repeat lagi, tapi bila tengok barisan panjang tu, memang tak lah nak repeat. Lebih baik beratur kat tempat lain pulak. Hehe.

Kaunter Fastpass Ticket untuk Rattatouile.

Ok, apa itu Fastpass Tickets?

Fastpass Ticket ni kalau korang tak nak tunggu lama & beratur panjang, bolehlah ambil fastpass ticket ni. So bila dah ambil Fastpass tickets ni, dia akan bagi waktu spesifik yang korang boleh datang main kat situ. Tak payah beratur, terus masuk je. 

Tapi haritu kitorang tak ambil pun fastpass ticket ni. Memandangkan kitorang sehari je nak cover dua theme park, so rasa macam tak sempat nak ulang alik ke sana ke mari. Dah lah tempat tu besar, silap-silap sesat tak jumpa balik tempat tu. Hehehe. So memang hadap je kena beratur panjang pun, lepas main tak payah datang situ dah, boleh proceed kat tempat lain.

Ok, till next post ! 


No comments: