recent posts

Tuesday, June 12, 2012

DIY : Wedding Doorgift

So, for the wedding doorgift, saya decide untuk DIY the doorgift from A to Z ! I used the recycle brown paper bag for the doorgift bag, as what i wrote in my previous post HERE. Mind you, the decision to make all the doorgift memang sangat renyahhh ! Renyah tu maksudnya sangat remeh, leceh, dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi ! 

Untuk kes saya ni, saya berikan makanan-makan seperti kerepek, kekacang, & makanan ringan sebagai doorgift. So saya perlu bahagikan kerepek dalam small packaging yang muat masuk dalam brown paper bag ni, then masukkan pulak makanan-makanan yang lain, lepas tu stapler sampai habis 1000 set doorgift! Just imagine kalau buat sendiri. Memang macam nak patah pinggang macam saya cerita kat my previous post HERE. Less than 10 days nak majlis pun still gigih siapkan doorgift. Haha. Itupun ummi, pengasuh adik saya dan adik saya dah tolong saya buat semua tu. Ringanlah sikit kerja tu. But still, memang remeh. Nak jimat punya pasal, kan? Hihi ;p

Oh, lupa satu perkara, sebelum masukkan makanan dalam paper bag, kenalah lekatkan dulu thank you tag, kalau ada.You can read my post about the Thank You Tag HERE. :) Lepas dah lekatkan thank you tag, and dah pack-kan 1000 set doorgift tu, kena lekatkan the ribbons. Ahaaaa, before that, kena lah siap-siap prepare the ribbons ye. Muehehe, i told  you memang banyak kerja kalau nak buat semuanya sendiri. Yang penting, kuatkan semangat ! :D

Anti-clockwise from top: 1-Doorgift yang dah siap, Kerepek & makanan ringan before packaging, Doorgift yang dah siap masukkan makanan sebelum letak ribbons.

And kat bawah ni saya sharekan the photos of the doorgift on the big day ;).

 Si gadis ayu, cik miah menyorok belakang doorgift. ;p



Cerita pasal kos pulak; saya beli recycle brown paper bag tu di sebuah pasaraya di Puchong Perdana. Sorry, terlupa pulak nama pasaraya tu. Tapi ikut kata cerita suami, pasaraya tu pernah terbakar. Hihi. Tu je lah info yang saya ada. ;p

So saya beli 1000 keping brown paper bag tu, total price = RM35.00. So sekeping brown paper, dalam RM0.035. Weee, tak sampai 10 sen pun ! Hee. Then the ribbons, saya estimate lebih kurang 10 sen untuk satu set doorgift. Ribbon satin biru ni saya beli di kedai barang pengantin di ground level di SEMUA HOUSE, KL. 

Untuk doily paper pulak, macam yang saya dah cerita dalam post sebelum ni, harga untuk sekeping doily paper lebih kurang RM0.0156.

So total gross untuk doorgift packaging ni lebih kurang 15 sen sekeping! 1000 paper bag jumlahnya lebih kurang RM150 ! Sangat banyak dah dapat jimat kat situ, kan kan! :D


So, kepada sesiapa bride-to-be yang sedang membaca entry ni dan berniat nak DIY jugak, macam biasa saya nasihatkan, plan and start gerak kerja awal-awal kayyy. Jangan jadi macam saya, seminggu nak majlis nikah pun macam-macam tak siap lagi. Hihi. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan majlis pun selamat sempurna. :)


17 comments:

pelangi chenta said...

bila nak ber-DIY nie memang bnyk masa diperlukan.tp bila dah berjaya mmg terasa puas dgn hasil kerja tgn sendiri

vera rahman~ said...

Hi Anna,

Tq for the reply :)

Btw, cantiknye ur DIY goodies bag. Dulu sy pun kononnya nak DIY guna brown paper bag ni jugak. Dah pegi beli dah pun, tapi last2 ke laut.Huhu. So sekarang tinggallah brown paper bag tu berhabuk kt atas almari :)

lovelyadibah said...

cantik la :)

Boo said...

Assalamualaikum..
syok gila baca DIY yang ex B2B buat..
kredit kat awak, sanggup usaha lebih untuk berjimat! Me too :)
salam perkenalan dari saya.

Fathiah Rosdi said...

kt mne nk dptkan brown pper bag tu?? leh x anna cuba ingt blik..ehehe..

Anna R. said...

pelangi chenta;

betul3. buat mana yg termampu. serius berbeza rasanya kalau buat sendiri dengan beli dah siap. cuma renyah je la nak buat benda2 ni sendiri.

vera;

takpe, boleh isi pisang goreng nanti. ;p

adibah;

thanks dear :)

boo;

salam perkenalan juga. thanks for dropping by. :)

fathiah;

alamak sangat dah lupa apa nama pasaraya tu. tp fathiah try cari kat supermarket, then tanya pekerja kat situ ada tak brown paper untuk letak pisang goreng tu. hee. dulu pun sy tanye macam tu bila dah puas pusing supermarket, tp tak jumpe. ;p

orked violet said...

cantek sangat!!!!!

da few brides gune kaLEr biru which makes me pon rs cam nk join jugak..owh..my LaLang mode da datang..huhuhu

BTW, saye foLLower br awk
free, visit/foLLow La ye
sya-orked.blogspot.com

♡ izzah ♡ said...

woahh.gigihnya.dulu xde masa nak buat semua tu.busy yg amat.eventho dah buat preparation awl tahun,tp sampai ujung tahun nak dekat majlis pun still kelamkabut.haha..sgt fail dgn time-management!

Yann Mulyani said...

Hi.. 1st of all congrats for ur effort! Anyway need your advise where to get/ buy this brown paper.. Coz i jumpa ade jual online tp looks like mcm mahal then yg u beli ni.. Its cost Rm13 for 100pcs. So sekeping Rm0.13 sen. If nak beli 1000pcs.. Rm130 -/+.. Thanks..

CiK CaBiLLa said...

hi... salam perkenalan.. jln2 cari cmne nak DIY byk2 benda untuk mjlis saya nnt.. ha pasal paper bag tuh.. nak share..sy beli kt mydin je.. murah doily paper pun same :)

Cik Mashi said...

Peh.. Rajiiiiinyee men-diy kn? Nti nk tiru la.. Bole x? :D
brown bag tu ade tapak x dear??

Anna R. said...

orked;

hihi thank you dear ! :)

izzah;

nak sekat budget punye pasal, sanggup kan aje. memang nak patah pinggang nak buat semua tu sorang2. huhu


yann;

hi there. thanks! hmm try cari kat supermarket, or kedai runcit, or kedai borong. then tanye staff die ade tak jual kertas coklat yg org biasa buat jual pisang goreng. heee. kalau jumpe, memang murah sekotak diorang jual. good luck! ;)

cabilla;

oh mydin pun ade ek? baguslah kalau dah jumpa. all the best in DIY ya! ;)

Anna R. said...

cik mashi;

hee feel free to be inspired. coz i was inspired by other too. oh yang sy beli ni takde tapak. kalau jumpa yg ada tapak maybe lebih kemas & cantik, and the price should be higher lil bit la kan? ;)

nadiah said...

Assalam. Sgt teruja dgn projek DIY doorgift ni. Bley x emailkan sy contoh design circle tu. sgt cantek. Sesuai klu tampal pd kertas brown. (nadiahmanan@gmail.com). Time kasih.

cik yah said...

Salam....
Hi...seronok baca post pasal DIY awak nih. nak try buat, tapi taktau la larat ke tidak. thanks neway, sebab post ni sangat2 memberi idea. n comel!! heee....

Anonymous said...

Macam mana nak buat paper bag tu?

cardbymyan said...

Salam

Kami jual printed paperbag & sticker (plain/custom nk letak nma pn ada), boleh google: cardbymyan or click HERE

Tq tuan tanah