Friday, September 9, 2011

Gubahan Hantaran

Dah dua hari dah kepala ni asyik berpusing je memikirkan gubahan hantaran saya nanti.


Alhamdulillah, ada seorang teman sejak sekolah dah offer diri nak tolong buatkan gubahan hantaran. Gembira tak terkata. Hihi. Sekarang ni dia masih lagi study di Indonesia dalam jurusan perubatan. Insyaallah akan pulang ke Malaysia bulan Oktober nanti. 


So, hari tu kami ada chat di YM dan bincang-bincang tentang gubahan hantaran saya nanti. Kawan saya ni dah ada pengalaman gubah hantaran untuk abang dia bertunang sebelum ni. Jadi saya pun tanya-tanya soalan tentang apa yang perlu di beli dan berapa kos untuk barang.


Bila dia jawab dalam RM300-RM400, terkedu sekejap. Hihi. Saya budget dalam RM200 dah cukup. Mulalah saya fikir-fikir apa barang yang perlu dibeli and apa bentuk rupa gubahan yang saya nak supaya tak melebihi budget saya tu. Bukan apa, saya ni dah lah 'pengantin budget' gamaknya. So nak spend sampai RM300 - RM400 untuk gubahan hantaran saja, saya rasa tak berbaloi.


Pertama sekali, bunga. Ada 3 pilihan, fresh flower, artificial flower, or DIY flower. Ikut hati memang sukaaaa kalau guna fresh flower. Tapi orang-orang tua ada kata, 'Ikut hati mati, ikut rasa binasa' kan? Jadi saya pun ukur baju di badan sendiri lah. Fresh flower tu memang potong siap-siap. Heee. Menurut kawan-kawan saya harga fresh flower sekuntum paling murah pun RM1++. Yeke? Saya tak sempat lagi nak survey harga fresh flower di Kluang. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah kongsi-kongsi ye? ;)


Artificial flower pulak. Saya ada survey beberapa kedai macam SSF, KK Home Deco etc. Harga sekuntum bunga jatuh RM0.80 - RM1.00. Boleh tahan jugak harganya tu kan. Mulanya saya memang macam dah decide untuk guna artificial flower yang jenis span tu. Nampak macam bunga real. So saya pun KIV dulu bunga ni.


Bila dah fikir-fikir-fikir, kalau saya DIY sendiri bunga tu ok tak? Cantik tak? Murah tak? Hihi. 


So saya pun cuba try test buat bunga dari crepe paper. Crepe paper tu saya beli di kedai buku Popular. Sebungkus 80 sen. Bila saya dah buat bunga tu, dapat 6 kuntum bunga. So satu kuntum bunga harganya dalam 13 sen lebih je. Murahnyeeee. Cepat-cepat saya cadangkan pada kawan saya tu yang saya nak DIY je bunga untuk hantaran nanti. Dan dia pun setuju. Dia kata nanti perlu beli barang lain sikit-sikit macam aksesori dan riben.


Nak tengok hasil bunga DIY saya?


Ok tak? Hihi

Ok, kedua bakul hantaran. Lepas dah survey-survey, harga bakul hantaran ni dalam lingkungan RM7 - RM10. Yang murah-murah je lah saya survey. Yang mahal-mahal tu telan air liur je tengok. Hihi.

Tapi kepala saya ni kan asyik berpusing je kan. Saya terfikir nak guna pinggan untuk gantikan bakul tu lepas dapat inspirasi dari few other B2Bs. Saya raya lebih berbaloi kalau guna pinggan sebab boleh pakai lepas kahwin nanti. Kalau saya guna bakul, belum tentu dapat guna semula. Silap-silap duduk dalam stor je nanti. Cik abang tu dah lah tak suka simpan barang yang tak pakai. Nak turunkan kat adik saya, adik saya baru umur 5 tahun. Masa zaman diorang dah tak pandang agaknya bakul tu nanti. Hihihi

Ni gambar yang saya jumpa di Google yang guna pinggan/dulang untuk hantaran;


Mana nak dapat pinggan macam ni? Cantik sangat! Lepas kahwin boleh buat letak lauk. Hihi

Cantik kan?

So lepas dah survey-survey, saya nak usha pinggan yang sesuai dekat kedai 2N, Cash Converter, & Tesco. Kalau dah jumpa nanti saya update kat sini, kay? ;)

Hope dapatlah saya realisasikan apa yang ada dalam kepala saya ni. Nak berjimat punya pasal kan. ;p



p/s: Ada saya terjumpa blog B2B yang saya dah lupa linknya. Dia beli fresh flower dari orang India yang banyak jual tepi kuil diorang. Sejambak RM1.20, ada 7-8 kuntum. Murah tu! Kalau betul lah mata saya ni membaca kan. Hmm boleh survey-survey jugak nanti masa balik Kluang kalau-kalau ada yang murah. ;D



3 comments:

Nadia Hamdan said...

hi. i love the plates. i pernah jumpa those plates kat warehouse sale metrojaya dulu, kat kk deco pun tapi tgk outlet/stock. if you rajin kadang² tempat murah pun ada jual plates ni mcm kt kedai plastik/kedai rm2. try to look around.

nadatul atikah said...

Ssf home deco cheras, byk pinggan cmtu 1 for RM10

Anna R. said...

Ouh thank you for sharing ! ;)