Wednesday, July 5, 2017

Copenhagen - Munich. #AnnaTravelogue

Memandangkan dalam tempoh 3 tahun ni, bulan Ramadhan dan Syawal jatuh pada musim panas (summer), sebab tu lah tempoh puasa kami di Denmark ni lebih kurang 19-20 jam.Pasal puasa rasanya macam pernah buat entry sebelum ni (klik: Ramadhan di Copenhagen), so entry kali ni nak cerita pasal travel di bulan Syawal pulak.

Kat sini, atau di Eropah umumnya, tak kira pelajar sekolah atau yang bekerja, mereka akan bercuti panjang masa musim panas. Macam kita di Malaysia, cuti panjang masa raya atau cuti hujung tahun, kan? Ahaa, kalau di Eropah khususnya macam di Denmark, mereka akan bercuti panjang 1-3 bulan masa musim panas ni. Kalau kat tempat kerja tu, diorang siap disuruh cuti, sebab nak kosongkan pejabat. Sampai macam tu sekali. Hehe.

Tunggu bas nak ke Copenhagen Airport kat depan rumah. Alhamdulillah, cuaca cerah. Masa ni pukul 7.30 pagi. Flight kami pukul 11.15 pagi. Nak ke airport dari rumah ambil masa dekat sejam jugak So, biasanya memang gerak 3-4 jam awal sebelum waktu berlepas.




So, musim panas ni, memang rata-rata orang akan bercuti tak kiralah bercuti dalam negara dan kebanyakannya memang diorang akan travel ke luar negara dengan keluarga atau kawan-kawan. Satu yang bestnya travel masa musim panas ni, sebab waktu siang dia sangat panjang. Paling panjang berbanding musim-musim lain. Kalau di Denmark tu, pukul 3 pagi dah terang-benderang dah. Lepas tu, maghrib atau mula gelap nak malam lebih kurang pukul 10 malam macam tu. Jadi, masa nak berjalan tengok pemandangan atau tempat percutian jadi sangat lama dan seronoklah. Sebab biasanya bila dah malam & gelap, dah tak nampak pemandangan, kan?

So, back to my story, hari raya ke-enam haritu atau 6 Syawal haritu, kami bertolak ke Munich, Germany dari Copenhagen. Kali ni, bukan saja-saja nak melancong, tapi tujuan utama ke Munich ni sebab suami nak present paper di conference. Tapi, dah alang-alang tu, sambil menyelam minum air lah kan. Hehe.

Kami travel ke Munich naik LOT Polish Airlines dan transit selama 5 jam di Warsaw Chopin Airport. Ada je flight yang direct ke Munich, dan tempoh nak sampai pun sebenarnya sejam lebih je, tapi sebab agak last minute beli ticket, terpaksa beli tiket yang kena transit sebab nak jimatkan kos. Ok jugak, sebab tak pernah sampai Warsaw, Poland lagi. Kiranya macam dah jejak kaki lah kat sana, walaupun kat airport je. Hehehe ;p


Bus stop depan rumah jeeee. Hehe. Tapi selalunya sebab rileks sangat bus stop depan rumah ni banyak kali jugak terlepas bas. :'D

Lepas dah check in, keluarkan roti jala yang saya buat bekal untuk sarapan. Anak-anak memang suka roti jala.  

Kami expect ramai orang di airport sebab tengah musim cuti kan. Tapi pagi tu, tak ramai pun, mungkin sebab awal lagi. Jadinya, banyaklah masa kami sebelum waktu berlepas. Dapatlah minum-minum kopi & makan roti dengan tenang. :)

Jarang-jarang dapat shot Affan senyum depan kamera.♥ 

Dua beradik ni memang obses dengan kapal terbang selain train & bas.

Boarding time !

Ok jugak naik LOT Polish ni. Dapat free coffee & chocolates, yay! 

Alhamdulillah, selamat touch down di Warsaw, Poland. So welcome to Warsaw ! :D

Jalan-jalan-jalan dalam airport, tak sah kalau tak kena poww dengan dua beradik ni bila ternampak kedai mainan. Tengok tu, kemain lagi pilih yang kotak besar kat atas tu. Yang kotak bawah-bawah tu taknak pandang pun. Hehe. Pujuk punya pujuk, tunggu punya tunggu dia pilih, akhirnya pilih jugak yang kotak bawah-bawah. Hehehehe. 

Transit 5 jam di Warsaw Chopin Airport boleh dikatakan okay jugaklah. Tak terkejar, sangat banyak masa, sampai rileks sangat makan-makan isi perut. 2 round aiskrim budak-budak ni dapat. Hehe. So maybe masa transit yang optimum yang tak sempat rasa penat tunggu atau boring rasanya lingkungan 3-4 jam kot. Tak besar mana pun airport ni. Kecik je.

Terminal gate 25.

Ahaa ni masa dah sampai di Munich Airport, alhamdulillah. Naik underground train nak ke baggage.

Ahaa, ni kali kedua kami naik Lufthansa. Dan ini juga kali kedua baggage kami tercicir masa transit. Pertama kali stroller tercicir masa di Nuremberg, transit di Frankfurt. Kali ni car seat pulak yang tercicir. Penat tunggu punya tunggu, rupanya memang tak ada. Alhamdulillah, selamat dah pihak airlines hantarkan car seat ke hotel tempat kami stay di Munich ni.  

Dari airport, kami ambil teksi nak ke hotel. Memandangkan dah pukul 8 malam masa tu, anak-anak dah letih, kami pun dah letih, so ambil je lah teksi. Boleh je naik public transport,senang je rupanya. Tapi sebab masa tu dah fikir penat, teksi je lah jawabnya. Ini rate untuk teksi di Munich. 

Alhamdulillah, selamat sampai di hotel tempat kami stay, yang juga tempat conference suami. 

Hotel yang kami stay ni berdekatan dengan Olympiapark. Dari tingkap bilik dah boleh nampak menara Olympia atau Olympiaturm dan stadium Olimpik atau Olympiastadion yang ada nampak 3 tiang senget tu.

Dah nama pun ikut suami pergi conference, makanya banyak masa duduk di dalam bilik hotel je lah dengan anak-anak. Tunggu suami free baru diajaknya berjalan-jalan. Kalau dulu masa anak-anak ni kecik macam masa di Nuremberg dulu, saya bawak juga budak berdua tu pusing-pusing old town guna stroller. Sekarang ni, diorang tak pakai stroller dah. Rasanya kalau saya bawak diorang jalan-jalan sorang, memang tak cukup tanah lah agaknya nak mengejar sorang ke utara sorang ke selatan. Maka, ter-update lah blog saya ni sebab banyak masa terluang. Kalau kat rumah tu tak tahulah apa yang busy sangat sampai tak ada masa langsung nak bukak laptop ni. Hehehe. ;p


Love, 
Anna
050717
Munich, Germany.

No comments: