recent posts

Thursday, December 27, 2012

30 weeks and counting ++.

Lama jugak tinggalkan blog ni. Actually hari-hari rasa nak update, tapi bila bukak blogger je rasa malas pulak nak menaip. Mungkin sebab nak selesaikan dulu kerja-kerja yang mesti kena siapkan dulu. Ouh, by the way, saya dah selamat present my master project a.k.a VIVA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baby pun 'behave' je duk diam masa ummi dia present kat depan panel, Prof Hanafi dari USM. Dan alhamdulillah, saya pass with minor correction. And today, lepas dah submit correction untuk thesis kat supervisor sebelum hantar kat internal examiner, baru hati ada rasa senang nak update blog. Hee

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah berusia 30 minggu. Syukur alhamdulillah, saya masih sihat, dan harapnya baby dalam kandungan ni pun sihat walafiat jugak la ye. Hari tu check kat Mahsuri, Jitra, berat baby dah 1.47 kg. Alhamdulillah, berat baby normal kata doktor :). So far takde nausea atau pedih ulu hati. Kaki pun ok macam biasa, tak bengkak, walaupun kuat jugak saya dan suami berjalan-jalan hujung minggu. Hee. Cuma sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus, memang akan rasa sengkak ke dada & perut. Huu. Nak buat kerja rumah & masak sikit-sikit pun masih bertenaga, alhamdulillah. Dengan syarat, tak boleh nak berdiri lama-lama sangat. So kena duduk selang 15 minit buat kerja or masak.

Masa check up 28 minggu hari tu, berat dah cecah 63.2 kg. Pheww hampir 10 kg dah naik. Hb pun dah naik sikit from 9.8 to 10.1. Tapi masih rendah bacaan tu . Kena teruskan makan kerang, bayam, kacang, etc etc. Result untuk MGTT test pun dah dapat. Syukur lagi, saya takde diabetes semasa pregnancy ni. Huu cuak jugak actually sebab ummi saya dulu ada diabetes masa pregnantkan adik saya. Plus, saya memang suka makan & minum benda manis sepanjang pregnancy ni. Heee nasib baik lepas. :D

So far barang baby rasanya dah cukup. Baju baby pun dah 14 pasang, ada macam-macam saiz. Dari newborn sampai lah 12 months. Hee. Memang sekarang ni pantang kalau keluar, ada je baju baby yang dirembat. Cuma kami dah stop beli yang newborn punya, sebab orang cakap baby ni cepat membesar, kan? So sekarang ni yang saya belum beli lagi macam tungku untuk baby & mommy, minyak urut, & other things keperluan masa berpantang nanti. Untuk set kesihatan, saya dah ambil Salindah sejak kandungan 3 bulan hari tu. Bengkung pulak insyaallah saya akan pakai PB je. 

So mommies out there ada cadangan lain tak on any keperluan lain untuk berpantang nanti?

Terfikir jugak, bila dah masuk 30 minggu ni, saya dah perlu cuci baju baby ke? Dah kena sterilize bottle dan pump ke? Atau masih awal lagi? Beg hospital pun saya belum sediakan lagi ni. Hee, insyaAllah akan start buat sikit-sikit mula hari ni, kalau rajin lah. Hehe. ;p


Me at 29 weeks++. :)

 10 weeks / 70 days to go. :)

Friday, December 14, 2012

Kurma Safawi from Jeddah

Ada rakan tempat kerja suami bagitau, masa dia pregnant dulu pun dia mengalami masalah low HB jugak. So dia makan kurma Mekah dan alhamdulillah HB dia dapat naik macam biasa. Saya pun berusaha lah jugak nak beli kurma kat pasaraya dekat dengan rumah. Tapi sedih sebab kurma semua macam stok lama-lama, dah berhabuk-habuk. Stok ramadhan hari tu lah kot. Tak jadi lah saya beli. Bila google, ada je yang buat jualan kurma online ni kat Malaysia.

Kebetulan sangat-sangat, saya baru teringat pakcik suami saya ke Jeddah atas urusan kerja. Dah alang-alang dia ada kat sana, kami pun kirim kurma dan air zam-zam dengan dia. Mula-mula ingat nak beli kurma Ajwa, tapi harga 1kg RM160. Agak mahal lah kan. So kami decide untuk beli kurma Safawi ni, harganya RM60 untuk 1kg. Air zam-zam pulak saya nak buat minum masa nak melahirkan nanti. Alhamdulillah, pakcik suami selamat tiba di tanah air dan dapatlah kami merasa kurma ni. Memang sedap. Puas hati sangat. Terima kasih, Pakteh !



Mudah-mudahan, HB saya naik lah, tak banyak, sikit pun jadi lah kan. Amin amin. Kita cuma berusaha yang terbaik untuk diri sendiri dan baby. Selain tu, terserah pada Dia.

Hari Isnin nak buat check up 28 weeks dan scan 2D. Hope nampaklah gender baby. Kalau tak, kena buat 3D/4D lah nanti. Heee.

Thursday, December 6, 2012

Roti jala + kuah durian.

Masa orang duk sibuk-sibuk dengan durian crepe, saya pulak dengan roti jala cicah kuah durian. Hihi. Bukan apa, bila memasing tunjuk gambar durian crepe kat FB, bukan kata tak teringin, tapi teguhkan hati sebab tau kat area sini susah nak jumpa kot. Maybe ada online, tapi kalau boleh nak tengok sendiri dulu, baru beli. So sabar aje lah, hai hati. Hihi. Dapat beli roti jala cicah kuah durian ni pun kiranya dah dapat mengubat hati yang lara. Cewah. :P


Sedap ! First time makan dengan kuah durian. Sebelum ni makan dengan kuah kari aje. Rasanya, maybe sebab musim durian, pakcik tu pun buat kuah durian sekali. Sebab sebelum ni saya beli di kedai yang sama ada kuah kari je. Hee. Ce try test jugak u olls ! ;)

Shopping barang baby: Part 3

Ok, final entry tentang 4th Maternity & Children expo hari tu. Hihi. Kemain 3 entry sebab 3 hari ke sana kaaan. ;p



Since 4 bulan pregnant hari tu memang dah start sapu bio oil ni kat perut untuk elak or kurangkan stretch mark. So expo ni memang tepat pada masanya lah, sebab bio oil yang sedia ada dah nak habis. So saya beli bio oil 125 ml ni for RM47. Normal price kalau di watsons RM48++. Tak de lah banyak beza sangat. Tapi dapat free gift baby wipes. I like ! :D


Diapers ni plak memang hot item lah kat expo ni. Panjang sungguh orang sanggup beratur. Lepas tu beli sampai sekotak ! Huu. Saya beli 1 pek newborn 48 pcs je, RM26. Mula-mula ingat nak beli whoopee sebab femes semacam je kan, tapi takde plak kat expo masa ni. Oh yang Pureen napkins tu saya tak beli kat expo. Beli kat jusco dalam MidValley tu jugak sebab ada diskaun, 10 pcs for RM25.90. Normal price RM28++. And dapat free nappy rash cream. I like lagi. Hehe.


Rompers comel ni saya beli kat booth mana entah. Lupa plak. 3 pcs for RM20. Seboleh-boleh pilih corak yang konon-konon boy or girl boleh pakai except polka dot tu la. Hee. Nasiblah kalau dapat baby boy, pakai polka dot tu. Ngeee. Comel sangat rompers ni, baby boleh pakai kejap je kot sebab comel-secomelnya. Beli jugak lah sebab dah geram sangat. Heee.


Then pergi kat booth autumz. Kat sini saya beli washable breast pads 6 pcs, RM11. Reusable ice pack 3pcs, RM15. Milk storage bags 25 pcs, RM9. Hajat di hati nak grab storage bottle 10pcs for RM28 tu sekali, tapi dah habis. Sobsss. Kecewa di situ. So ganti kekecewaan dengan beli cooler bag bulat-bulat tu dengan harga RM17.


Lepas tu kami ke Tommee Tippee. Plan nak beli 5oz feeding bottle je, tapiiiii bila dah sampai booth, pening nak pilih antara 5 oz dengan 9 oz. 2pcs botol 5oz tu harganya RM32.34, yang 2pcs botol 9 oz tu pulak RM33.54. Sikit je bezanya. So suami suruh ambil yang besar tu je. Bila saya tanya, 'Tak besar ke untuk baby?'. Suami jawab, "Bukan baby pun yang nak pegang kannn?'. Hehe. Baiklah, saya kalah. So ambil lah botol 9 oz tu. Normal price untuk 2pcs botol 9 oz tu RM55.90.

Sebelum nak bayar, suami ajak pulak tengok package set manual breast pump. Tengok-tengok, harga untuk breast pump tu RM99.90 je, plus dapat free disposable breast pads sekotak. Normal price untuk breast pump tu RM199.90. Disposable breast pads tu pulak sekotak RM39.90. Memang murah lah kan? Saya pun terus lah angguk-angguk kepala kat suami tanda NAKKKK. Huuu. Padahal plan asal nak beli breast pump manual Anakku je, tapi dah jumpa Tommee Tippee tengah sale ni, kita rembat aje lah. Heee hope ok lah breast pump ni nanti. ;)

Finally, saya ada beli nursing bra dan maternity panties kat booth MumsDreams. Gambar takde lah ye. Malu ai nak tayang kat sini. Hee. Nursing bra tu saya beli yang paling murah, 2 helai harganya RM25.80. Maternity panties pulak 2 helai harganya RM20. Memang selesa. :)

Hasil free gift yang kami dapat sepanjang 3 hari pergi expo ni. Heeee.

Ni pun diorang bagi dalam goodies bag. Best sangat !


Lepas selesai urusan kat expo, kitorang masuk pulak DAISO yang baru dibuka kat level 3 MidValley tu. Dapatlah kami membeli berus untuk feeding bottle, cotton buds, dan hanger. RM5 for each item ! Weee.

Penat memang penat. Tapi overall memang puas hati. Lepas ni just perlu topup sikit-sikit barang-barang untuk baby ni. Hujung minggu ni ada mom & baby expo kat PISA, Penang. Sebelum ni kami plan nak ke sana, tapi sebab dah shopping sakan kat Midvalley hari tu, tak jadi lah kami ke sana. Cuma plan nak ke padang besar pulak lepas ni nak tengok kot-kot ada barang untuk keperluan baby yang boleh dibeli kat sana. Hee.

p/s: Hasil 3 hari sakan berjalan dalam Midvalley, berat badan turun 0.4 kg lepas buat check up pagi ni ! Cobaannnnn. ;p

Wednesday, December 5, 2012

Shopping barang baby Part 2: Pureen

Ok sambungan dari entry yang lepas, booth pertama yang saya borong adalah booth Pureen. Banyak blog yang saya baca, kat booth Pureen ni memang macam-macam ada. That's why saya pergi borong kat sini dulu sebelum barang-barang yang nak beli tu habis. Plus, masa saya ke sana malam Jumaat tu, memang banyak barang dah out of stock. Kena tunggu esoknya baru barang ada.


Hasil borongan di booth Pureen. Nak kata saya memborong sakan tu tak jugaklah. Saya just ambil mana yang dirasakan perlu untuk permulaan nak sambut baby. Ambil serba sedikit. Dan semuanya keperluan asas untuk baby.


Macam baju yang saya beli kat booth Pureen ni, sepasang baju lengan panjang, sepasang baju lubang-lubang lengan pendek, dan sepasang jumper saiz S. Harga sepasang baju lengan panjang tu RM14. Diorang jual asing-asing, baju RM7, seluar RM7. Baju lubang-lubang tu pulak RM10, dan infant jumper tu RM12. As you guys can see, warna baju neutral je since tak tahu lagi gender baby. Agak payah jugak lah di situ sebab mata ni asyik melekat kat baju comel kaler pink aje. :P


Then, saya ambil baby mattress set, RM45. Ada comforter, sebiji bantal, dan sebiji bolster. Pureen HAD tu untuk laundry detergent, harganya RM17. Pureen baby yogurt head to toe tu RM12, dan 2 pek Pureen baby wipes tu RM9, ada 100pcs. 


Hooded blanket ni mujur saya jumpa corak warna oren ni. Sebab mula-mula ada warna biru dengan pink aje. Tangan ni dah ambik pink. Redha je masa tu. Tapi bila dah pusing dekat 8 kali, tiba-tiba nampak blanket oren ni sehelai. Mungkin ada orang tak jadi ambil, hee rezeki saya kat situ. Cepat-cepat saya ambil. Hooded blanket ni harganya RM15, selimut polka dot tu pun RM15, dan towel baby tu RM12 sehelai.


Combo set mitten & booties + topi ni pun saya dapat last piece punya. RM8 je. Cuba cari kot-kot ada lagi, tak jumpa. Tanya staff Pureen tu, dia kata habis dah. Kecewa di situ, sebab rasa memang lagi jimat beli combo set ni. Sepasang mitten & booties tu pulak harganya RM5. 


Barut ni saya beli 2 helai je dulu. Satu jenis zip zap, dan satu lagi yang bertali. Dua-dua jenis barut ni harganya RM5. Rasanya kena tambah barut lagi kot (?).


Dan ni pulak Pureen gift set yang saya nak hadiahkan pada supervisor saya yang baru dapat baby boy. Harganya RM35. Memang murah, sebab normal price gift set ni kitorang tengok kat Jusco Aeon RM49.90.


Dan ni pulak free gift yang saya dapat atas pembelian di booth Pureen selain dapat recycle bag diorang yang ada macam-macam warna tu. Best sebab dapat towel (so dah cukup dah towel untuk baby buat masa ni), baby wipes (tambah lagi koleksi), kalendar, dan sample kids yogurt body wash & liquid cleanser. Ada jugak dapat free gift lain (bedak, lotion, etc) sebab LIKE diorang punya Facebook. So far, memang puas hati sangat ! :)

Disebabkan barang Pureen paling banyak diborong, so satu entry ni khas untuk barang Pureen je. Hihi. InsyaAllah next entry akan share the rest. 

Tuesday, December 4, 2012

Shopping barang baby: Part 1

Wee. Alhamdulillah, dah selamat buat lawatan selama 3 hari berturut-turut ke Midvalley. Hihihi, sounds crazy, aite? Actually, masa 1st day of expo saya ke Midvalley dalam pukul 8.30 pm. Dah agak lewat masa tu. So sempat nak pusing-pusing je tengok barang-barang apa yang ada kat situ. Sebelum tu, of course lah register dulu sebab nak free gift kan. Unfortunately, goodies bag dah habis, so just dapat 2 keping diapers from BabyLove and PetPet je. Ok lah daripada tak dapat apa-apa. Hee. :D

So memang plan nak start membeli masa hari sabtu je. Then hari sabtu tu, lepas dah register (again ;p), barulah bermulanya episod rempuhan dan rebutan di expo tu. Hehe. Memang ramai orang sangat. Dan yang bestnya, ada 3 hall untuk expo ni. So memang banyak booth yang dibuka kat situ. Checklist memang saya dah siap-siap bawa, senang nak tengok apa barang yang nak dibeli. Plus, boleh menghalang dari membeli apa-apa yang tidak perlu. Woosh, memang rambang sangat mata, kalau ikut hati nak je sambar banyak-banyak.

Hari ahad pulak memang tak de plan nak ke Midvalley lagi since barang-barang yang dicari hampir semuanya dah dapat. Tapi, bila saya ke Aeon Jusco, and tengok barang-barang baby yang dijual kat situ, rasa nak sangat pergi expo lagi sekali untuk grab je barang-barang yang kitorang rasa boleh beli kat shopping mall and online. Sebab, harga kat expo tu lagi berbaloi-baloi ! Hehe. So ke Midvalley lah kita sekali lagi. Heee. Dan hari ketiga ni lah baru rajin nak posing sikit kat expo tu. Hari sabtu tu memang ya ampun tak daya nak keluarkan kamera ambil gambar sana sini. Dengan ramai orangnye, tak cukup tangannye, sakit kaki & pinggang nya. So hari ahad ni disebabkan tak banyak sangat membeli, dapatlah ambil gambar sekeping dua. :D

Welcome to 4th Maternity & Children expo ! :D

 Register untuk kali ketiga. Gigih beratur sebab nak dapat free gift punya pasal. ;p

 Di celah-celah lautan pengunjung. Ewah. XD

Hasil tangkapan ! Alhamdulillah, banyak jugak barang penting dalam checklist dapat dibeli. Just perlu touch-up sikit apa-apa yang kurang.

InsyaAllah akan cerita lebih lanjut pasal barang-barang ni on next entry, yaa ! ;)