recent posts

Friday, September 30, 2011

Contest: Idea Photobooth Kreatif


Wahhh ! First time ni saya nak join contest ! Tapi tapi tapi hari ni dah tarikh tutup penyertaan ! Huwaaa. Tak pasti lah organizer terima ke tak entry ni. Hope diterima lah ! Hihi :D

Okay contest ni adalah The Photobooth Corner yang empunya. Dari nama diorang pun dah boleh agak diorang provide service apa kan? So lemme tell you straight, diorang provide service for photobooth including polaroid camera, easel, and so forth ! Their price also veryyy reasonable !

Ok now tuan punya kedai, sedang menganjurkan contest 'Idea Photobooth Kreatif' ! And the prizes are veryyyy mouth watering okaaay ! :DD


Ok let's straight to the point !

As for me, photobooth memang tengah sangat 'in' sekarang ni kat mana-mana wedding pun. Macam-macam jenis photobooth kita boleh tengok kat majlis-majlis kahwin especially kat area bandar kan? Dan saya memangg ada angan-angan sendiri nak buat photobooth yang simple yet sweet and cute for my wedding nanti ! Meh saya share some ideas untuk photobooth yang simple & mudah untuk dibuat and effective dalam masa yang sama. Just my thoughts yaaa, no offense. ;)



They got simple patterns background with huge frame and chalk board.

Very nice kan? Dalam satu gambar ni boleh beri macam-macam inspirasi untuk dapatkan photobooth yang simple dan cantik. Saya memang sukaa sangat simple-simple macam ni. Hihi

Kenapa pilih simple patterns?

Sebabnya saya kurang berkenan kalau background yang terlalu banyak patterns atau motif dan warna yang berbeza. Macam nampak serabut. Nanti both background dan gambar tetamu macam berebut-rebut nak menonjol. So, bila guna simple patterns or motif, sedaplah sikit mata nak tengok gambar tu.


This is the other cute photo too, in my opinion ! See the background? It's damask backgrond! Nampak vintage kan? Even the colour of the damask motif agak striking, but still both pengantin looks stunning with the cute glass right? That's what i mean with simple patterns, yet cute and sweet. ;)

We should have more focus on the guest and not the background much, right? Background ni macam penambah seri. Senyuman tetamu tu yang paling bermakna, i guess. Hihi


+ Props : Chalkboard.

Chalkboard ni salah satu props yang sangat-sangat mudah didapati dan boleh digunakan untuk semua orang! So setiap tetamu yang nak ambil gambar di photobooth ni boleh tulis apa sahaja ! Perasaan diorang ke, ucapan untuk pengantin ke, pesanan, etc etc. Mesti pengantin tergelak bila dapat tengok macam-macam ucapan yang diorang tulis kan ! Besides the guestbook, ni pun salah satu cara jugak nak bagi ucapan kat pengantin ! Ringkas dan mudah. Penting tu! Hihi

Another idea yang saya sukaaa, macam gambar kat bawah ni;


Yes, it is very simple photo corner and i really like it ! Although kat gambar ni diorang buat photobooth untuk outdoor, saya rasa tak salah kalau buat untuk indoor jugak !

So simple and sweet, yes again. Hihi. Just print the monogram either nak tulis nama pengantin ke, ayat macam 'happily ever after' ke, lepas tu gantung, and TADAAAA ! Siap ! Heee.

Selain monogram yang diprint atas kertas yang berbentuk bulat or bersegi, boleh jugak tukar kepada doily paper yang sangat-sangat 'in' sekarang ni. Selain warna putih, dah ada macam-macam warna kan? So for those yang nak nampak photobooth lebih ceria boleh guna doily paper yang warna-warni, and for those yang nak stick dengan vintage wedding look, can stick to the white doilies.

Doily paper with different sizes. <3333


Mula-mula, print or tulis huruf atas kertas doily ni. (This one obviously bukan doily paper. It's just a motif. But boleh jadi contoh konon-konon print atas doily kan? Hee)

Lepas tu tebuk and masukkan riben atau tali. And then gantung ! So simple right ? ;)

Weeee ! Kalau berangan memang best kan ! Lebih best lagi kalau angan-angan ni dapat betul-betul. Aduhhh lagi best lagi kalau The Photobooth Corner yang sponsor! Hihihihi :D

Okay, that's my ideas. Some of you might like it, and some of you might not. Lain orang lain citarasa kan? 

Pssst, selain idea yang macam di atas ni, saya berkenan sungguh laaa photobooth Ashraf Sinclair dengan Bunga yang macam Cik Zimie tunjuk kat entry dia ni. Sooooo vintage, comel, and sweet ! How i wish i can get a photobooth like that. Hmm you wish, Anna. You wish ! :P






Wedding Tips #2 - White wedding gown?


" A piece of chalk is a handy thing to carry with you. It will cover over small spots of dirt on the bride's gown or the men's shirts. "


Hmm idea bernas jugak kan? Siapa-siapa yang pakai baju nikah or resepsi tema putih boleh apply tips ni. ;). 


And for me? Huu baju nikah dan resepsi saya tak ada pun warna putih. Hihi. Tema warna baju nikah warna silver and tema resepsi warna turqoise.


Mana nak cari kapur silver & turqoise eh eh ? Hihihi :P

Thursday, September 29, 2011

#Help! : Photo canvas



Source: Google


Sekarang ni saya tengah survey untuk tempah photo canvas. Kat mana eh nak tempah photo canvas yang service bagus with reasonable price kat area KL ni? 

Anyone care to share?

So far saya ada survey The Perfect Canvas (TPC). Tapi saya agak terlambat sebab diorang dah naikkan price diorang lepas raya hari tu T____T. Harga reasonable, tapi kalau dapat lagi murah lagi bagus kan? Hihi.

 Selain TPC, ada any other reliable seller tak eh?

Lepas tu Milkadeal (MAD) ada tengah buat promo untuk photo canvas ni. Ada dua promo dari FotoCanverse;


   RM85 instead of RM170 for One 12"x18" Personalised Photo Canvas Print + Frame from FotoCanverse [50% OFF]

and lagi satu;


RM204 instead of RM510 for 3 12"x18" Photo Canvas Print + Frame from FotoCanverse [60% OFF]


Rasanya macam nak ambil yang RM 85 tu je since maybe nak guna untuk welcome signage je. Cuma hati ni agak ragu-ragu sebab tak tau FotoCanverse ni reliable ke tak. 

Siapa-siapa yang ada experience deal dengan diorang ni hopefully dapat lah membantu. Deal diorang ni pun ada 4 hari je lagi. Silap-silap kalau tak jumpa jugak memang saya beli je voucher tu. Hihi :D

Wedding Tips #1 - Honeymoon (?)


"Avoid over scheduling your honeymoon with activities. Take some time to wind down and just sit by the beach or pool together."

Ewah. Apa ni? Baru buat Wedding Tips pertama dah cerita pasal honeymoon? hahaha.


InsyaAllah kami akan honeymoon lepas selesai kedua-dua belah majlis nanti. Tak pergi jauh pun. Masih dalam Malaysia. Cuti-cuti Malaysia je la ni. hihi.


Nah bagi teaser sikittttt. :P






Alhamdulillah tiket flight dah beli. Hotel pun dah book. Oh oh can't waitt ! XD


Friday, September 23, 2011

Submit borang nikah

Alhamdulillah, hari Isnin lepas saya dah selamat submit borang nikah. Pagi sebelum keluar rumah tu baru saya teringat pasal interview nikah kat Johor ni. Menggelabah lah saya dengan tak prepare mental ni apa-apa pun. Buku yang saya dapat masa kursus kahwin tu saya letak kat mana entah. Masa dicari ni lah tak jumpa. Huhu


So sebelum ke Pejabat Agama Kluang tu, saya sempat cuba google pasal interview nikah kat Johor ni. Ada B2B johor ni yang kena interview, ada yang terlepas interview. Dan rata-rata yang kena interview tu share yang diorang ditanya pasal doa qunut dan tanggungjawab suami isteri. So saya agak lega lah sekejap sebab kalau saya ditanya dua soalan ni, insyaAllah saya boleh jawab. Tapi kalau soalan lain yang ditanyaa? Sudahhh, memang nervous weh. ;p


Sampai dekat Pejabat Agama, saya terus masuk jumpa dengan pegawai kat situ. Dia check segala dokumen yang diperlukan. Ingat, kalau yang belah perempuan kena bawak dokumen bakal pengantin lelaki yang diluluskan sekali tawww. 


Okay lepas tu pegawai tu keluarkan satu borang ni. BORANG INTERVIEW koranggg ! Dia suruh tulis nama dan nombor IC dekat borang tu. Sempatlah saya tengok soalan-soalan interview tu. Ada 5 soalan. Pergh ada satu soalan tu macam saya fail je kalau ditanya. Haha! Saya mula cuak dah. Sempat saya tanya ayah saya jawapan soalan tu kat ayah masa pegawai tu pergi mana entah, tapi ayah saya tak dengar lah pulakkkk. Nak ulang soalan tu kat ayah, pegawai tu dah terpacak kat meja dia. Kecut perutttttt dibuatnye. Huhu


Lepas dah siap isi borang tu, pegawai tu tulis-tulis sikit atas borang tu. And then, dia bagi saya borang tu semula.


"Awak tengok soalan ni. Awak boleh jawab tak?"


Saya pun tengok (konon-konon baru nak baca soalan). And then saya nak jawab soalan pertama tu - Mengucap 2 Kalimah Syahadah. 


"Asyhadu..... "


Pegawai tu terus potong. Dia kata,


"Takpe takpe. Awak tengok soalan-soalan tu. Awak jawab dalam hati. Rasanya boleh jawab kan semua ni?"


Saya pun jawab,


"Aah aah. InsyaAllah boleh jawab semua ni" dengan yakinnya. Hihi


Sooooo, saya pun dah jadi salah sorang yang terlepas interview tu. Heee.


Antara soalan-soalan interview yang saya ingat kat dalam borang tu:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Doa qunut (ingat-ingat lupa ada ke tak soalan ni)
3. Taharah
4. Munakahat
5. Tanggungjawab suami isteri


Soalan yang buat saya gelabah tu soalan nombor 4. Munakahat. Haha. Tetiba saya tak sure munakahat tu apa. Saya nak tanya ayah, "Munakahat tu kawen-kawen kan, yah?" Dah ayah saya tak dengar pulak. Huuu saat-saat gelabah memang selalu camtu kan? Kekeke


So lepas sesi tu, saya kena key in kan data dalam sistem. Segala info basic pasal pengantin dan pasangan dan wali jugak.


Alhamdulillah selesai dah bab submit borang tu. Nanti diorang terus bagi je dokumen-dokumen saya kat kadi yang ayah saya dah book. 


Selesai. Dah boleh nikah dah oi ! Hihihi. Alhamdulillah :)

Thursday, September 22, 2011

Catatan Raya Part II

Dah 3-4 tahun jugak saya join konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak join walaupun dah bekerja kat KL ni. Sebab konvoi raya memang biasa buat kat area Johor je memandangkan kawan-kawan sekolah memang majoriti orang Johor aka Jowo. Hihi.

Dan mungkin ini tahun terakhir yang saya dapat join kawan-kawan saya ni beraya sakan. Maklumlah lepas ni status dah lain. Dah berdua. Sorang kampungnya di utara, sorang lagi di selatan. Dah kena melawat pakcik makcik sebelah sana, pakcik makcik sebelah sini. Hihi. ;p



Dalam busy beraya dengan kawan-kawan, saya sempat ke majlis perkahwinan kawan saya di Gemas. Dia rakan sebilik saya masa di kolej matrikulasi dulu. Lepas tu sama-sama pulak masuk di universiti yang sama, fakulti yang sama. Dah jodoh namanya. Hehe.



Memandangkan dah kawan lama, sebilik pulak tu, memang macam-macam suka duka yang dikongsi sejak di kolej. Jadi bila pertama kali tengok dia dalam pakaian pengantin macam princess tu, air mata macam nak terjatuh. Tak tau kenapa. Mungkin sebab terlalu happy untuk dia. (':

Sensitive, much? Hihi.

Saya ni memang senang je nak tumpahkan air mata. Sangat senang. Tengok orang menangis pun dah boleh buat saya menangis. Walaupun orang tu saya baru kenal tak sampai seminit. :D

Keesokan harinya, saya sempat ke rumah seorang kawan yang pernah masuk dalam list good friend saya. Niat di hati sebab nak ziarah ibunya yang tidak sihat. Walaupun petang tu dah lewat semacam, saya cepat-cepat drive jugak sebab nak penuhkan niat saya tu. Ibu kawan saya ni baik sangat hubungannya dengan saya. Saya pun senang sangat sesekali berjumpa dengan ibu kawan saya ni. Jadi bila kawan saya sampaikan yang ibu dia tidak sihat, memang terus saya berniat nak ziarah. Mana tahu lepas kahwin nanti dah susah nak jumpa macam biasa kan? Al maklum kawan saya tu kawan lelaki. Kurang manis kot kalau saya ke sana pulak lepas dah bergelar isteri orang.


Lepas 3 hari habiskan masa dengan kawan-kawan, saya ambil cuti ekstra 2 hari untuk saya selesaikan beberapa urusan dan habiskan masa dengan family. Dalam 2 hari tu jugak saya bawa adik saya keluar berjalan-jalan.

Hari pertama dia teman saya ke kedai mak andam dan kedai kanopi. Lepas tu saya penuhi permintaan dia nak ke Giant. Nak beli pengasah pensel katanya. Terus saya belikan dia pensel warna yang ada pengasah sekali dalam kotak tu. Seronok dia.

Hari kedua saya teringat yang adik saya suka sangat makan kek Choc Indulgence Secret Recipe tu. Dalam hujan-hujan, saya bawa jugak dia ke Kluang Mall untuk belikan dia kek kegemaran dia tu. Sempat singgah di kedai buku POPULAR dan belikan dia buku yang dia nak. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia makan kek tu. Habis makan, dia tertidur. Hihi. Letih sangat agaknya pusing Kluang Mall tu.

Esoknya, selepas subuh saya dah bertolak balik ke KL.

Tujuan catatan saya ini untuk saya simpan momen-momen indah dalam hidup saya. Saya ni pun manusia biasa yang tak mungkin mampu simpan semuanya dalam hati dan minda saya.

:)

Thursday, September 15, 2011

Spa Session !

Saya dah ! *ayat Scha al-Yahya*
Eh, dah book aje. Belum pergi lagi. Hehe.




Kepada yang belum pergi ke spa tu jom kita try test kat sini dulu ! ;)

Klik klik link kat atas tu yee. 

Murah kaaann?

Sunday, September 11, 2011

2 months to go !

Terbaikkk. Rasa macam banyak benda je tak settle neh. Nek refresh checklist update lah, tengok apa lagi yang belum settle. 


Next week nak amik cuti Isnin & Selasa. Nak settlekan few important things yang pending:


1. Submit borang nikah 
2. 2nd fitting baju nikah
3. Ambil baju nikah cik abang
4. Nak discuss in details on baju bersanding plus accessories - kasut, veil, tudung, bantal nikah, set renjis, kipas, payung, dulang hantaran, pelamin !
5. Nak jumpa orang dewan untuk discuss susunatur meja & kerusi.


Ok then nak kena proceed DIY thingy:


1. Wedding signage
2. Print Thank you tag
3. Centerpiece deco
4. Guestbook table deco
5. Candy buffet deco
6. Hantaran deco
7. Handbouquet


And then belum book:


1. Cake/cupsakes for hantaran
2. Wedding cake
3. Hotel room for photog and uncle.
4. Additional homestay (?) for ayah's family
5. A canopy outside the hall


Later on, i have to:


1. Finalize warna baju pengapit
2. Create event kat FB so that boleh agak berapa org kawan-kawan boleh datang, and then confirmkan the number of guests kat catering side. Bila tarikh sesuai nak create event kat FB ni eh? Takut awal sangat, tapi takut jugak lewat sangat. Haih haih
3. Collect adress kawan-kawan yang possible datang or yang nak kad.
4. Send the wedding cards.


Apa lagi eh? Ok kalau teringat akan update lagi. Serius cam banyak benda nak kena buat sempat ke neh. Huaaaaa mulalah nak terkeluar bridezilla mode nye ni haaaa. HAHA


++ baju bersanding baru nak buat. pergh serius berani mati aku ni. nasib baik design yang simple-simple je untuk baju sanding tu. hopefully it will turn out well !



Saturday, September 10, 2011

SERONOK !

.... sebab dah jumpa pinggan idaman hati ! hihihihi :D


Later kita cerita panjang-panjang, eh? >.<

Friday, September 9, 2011

Gubahan Hantaran

Dah dua hari dah kepala ni asyik berpusing je memikirkan gubahan hantaran saya nanti.


Alhamdulillah, ada seorang teman sejak sekolah dah offer diri nak tolong buatkan gubahan hantaran. Gembira tak terkata. Hihi. Sekarang ni dia masih lagi study di Indonesia dalam jurusan perubatan. Insyaallah akan pulang ke Malaysia bulan Oktober nanti. 


So, hari tu kami ada chat di YM dan bincang-bincang tentang gubahan hantaran saya nanti. Kawan saya ni dah ada pengalaman gubah hantaran untuk abang dia bertunang sebelum ni. Jadi saya pun tanya-tanya soalan tentang apa yang perlu di beli dan berapa kos untuk barang.


Bila dia jawab dalam RM300-RM400, terkedu sekejap. Hihi. Saya budget dalam RM200 dah cukup. Mulalah saya fikir-fikir apa barang yang perlu dibeli and apa bentuk rupa gubahan yang saya nak supaya tak melebihi budget saya tu. Bukan apa, saya ni dah lah 'pengantin budget' gamaknya. So nak spend sampai RM300 - RM400 untuk gubahan hantaran saja, saya rasa tak berbaloi.


Pertama sekali, bunga. Ada 3 pilihan, fresh flower, artificial flower, or DIY flower. Ikut hati memang sukaaaa kalau guna fresh flower. Tapi orang-orang tua ada kata, 'Ikut hati mati, ikut rasa binasa' kan? Jadi saya pun ukur baju di badan sendiri lah. Fresh flower tu memang potong siap-siap. Heee. Menurut kawan-kawan saya harga fresh flower sekuntum paling murah pun RM1++. Yeke? Saya tak sempat lagi nak survey harga fresh flower di Kluang. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh lah kongsi-kongsi ye? ;)


Artificial flower pulak. Saya ada survey beberapa kedai macam SSF, KK Home Deco etc. Harga sekuntum bunga jatuh RM0.80 - RM1.00. Boleh tahan jugak harganya tu kan. Mulanya saya memang macam dah decide untuk guna artificial flower yang jenis span tu. Nampak macam bunga real. So saya pun KIV dulu bunga ni.


Bila dah fikir-fikir-fikir, kalau saya DIY sendiri bunga tu ok tak? Cantik tak? Murah tak? Hihi. 


So saya pun cuba try test buat bunga dari crepe paper. Crepe paper tu saya beli di kedai buku Popular. Sebungkus 80 sen. Bila saya dah buat bunga tu, dapat 6 kuntum bunga. So satu kuntum bunga harganya dalam 13 sen lebih je. Murahnyeeee. Cepat-cepat saya cadangkan pada kawan saya tu yang saya nak DIY je bunga untuk hantaran nanti. Dan dia pun setuju. Dia kata nanti perlu beli barang lain sikit-sikit macam aksesori dan riben.


Nak tengok hasil bunga DIY saya?


Ok tak? Hihi

Ok, kedua bakul hantaran. Lepas dah survey-survey, harga bakul hantaran ni dalam lingkungan RM7 - RM10. Yang murah-murah je lah saya survey. Yang mahal-mahal tu telan air liur je tengok. Hihi.

Tapi kepala saya ni kan asyik berpusing je kan. Saya terfikir nak guna pinggan untuk gantikan bakul tu lepas dapat inspirasi dari few other B2Bs. Saya raya lebih berbaloi kalau guna pinggan sebab boleh pakai lepas kahwin nanti. Kalau saya guna bakul, belum tentu dapat guna semula. Silap-silap duduk dalam stor je nanti. Cik abang tu dah lah tak suka simpan barang yang tak pakai. Nak turunkan kat adik saya, adik saya baru umur 5 tahun. Masa zaman diorang dah tak pandang agaknya bakul tu nanti. Hihihi

Ni gambar yang saya jumpa di Google yang guna pinggan/dulang untuk hantaran;


Mana nak dapat pinggan macam ni? Cantik sangat! Lepas kahwin boleh buat letak lauk. Hihi

Cantik kan?

So lepas dah survey-survey, saya nak usha pinggan yang sesuai dekat kedai 2N, Cash Converter, & Tesco. Kalau dah jumpa nanti saya update kat sini, kay? ;)

Hope dapatlah saya realisasikan apa yang ada dalam kepala saya ni. Nak berjimat punya pasal kan. ;p



p/s: Ada saya terjumpa blog B2B yang saya dah lupa linknya. Dia beli fresh flower dari orang India yang banyak jual tepi kuil diorang. Sejambak RM1.20, ada 7-8 kuntum. Murah tu! Kalau betul lah mata saya ni membaca kan. Hmm boleh survey-survey jugak nanti masa balik Kluang kalau-kalau ada yang murah. ;D



Tuesday, September 6, 2011

Salam Raya yang agak terlambat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatanNya di dalam Syawal yang mulia ini.


:)


Alhamdulillah, raya tahun ni antara raya yang paling meriah dirasakan. Mungkin juga disebabkan cuti raya yang panjang, semua ahli keluarga dapat berkumpul. 


Tahun ni merupakan tahun pertama saya dapat ZERO duit raya. Hihi. Yang seronoknya, saya dah mampu nak bagi duit raya kepada anak buah dan sepupu. Tak lupa juga kepada ibu bapa dan nenek saya. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan ini.


Raya tahun ni kami kurang berjalan raya. Mungkin sebab di rumah nenek sendiri dah penuh dengan pakcik-pakcik, sepupu-sepupu dan anak saudara yang cukup buat rumah nenek riuh rendah. Ada yang duduk berborak sampai ke tengah malam bergelak ketawa bergurau senda. Masa tu saya dah surrender sebab keletihan tolong nenek dan ummi mengemas halaman rumah nenek di sebelah petang.


Raya tahun ni juga merupakan hari raya yang terakhir saya sebagai seorang anak dara. Bila mana ayah nampak saya makan kuih raya yang pakcik buat, bergurau senda dengan makcik-makcik, tolong nenek kemas dapur dan rumah, tak lekang dari mulut ayah mengatakan, 'Tahun ni lah last Anna dapat duduk lama macam ni kat kampung. Lepas-lepas ni belum tentu lagi.."


Hiba.


Tapi saya tahu inilah kehidupan. 


Umur semakin meningkat. Masa semakin berjalan. Satu masa setiap orang pasti menempuh saat seperti ini. Di sebalik kegembiraan saya menanti hari yang satu itu, tidak saya nafikan di sudut kecil hati saya ini berasa sedih. Bukan sahaja tanggungjawab menjaga saya berubah kepada bakal suami, saya juga bakal berpindah ke negeri yang lebih jauh dari keluarga. Sekarang ini pun duduk di KL kadangkala mengeluh bila memikirkan kos perjalanan pulang ke Johor, apatah lagi selepas berkahwin nanti saya bakal tinggal nun di utara.


Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 


Apapun, saya redha dengan ketentuan Dia. Malah saya bersyukur Dia telah aturkan segalanya seperti yang kami rancangkan. Syukur Alhamdulillah. Jarak bukan penghalang, bukan? Saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Dia terus melimpahkan kasih sayangNya dan rahmat untuk kami sekeluarga.


Aku mengharap redhaMu, ya Allah.