recent posts

Monday, November 21, 2016

Disneyland Paris Part 4

Assalamualaikum !

Okay sambung lagi cerita Disneyland. Lepas dah ikut tram tour tu, kitorang pusing-pusing je tengok mana lagi yang menarik dan tak ramai orang beratur. Sadly, semua tempat lain pun ramai dan kartun yang tak berapa familiar dengan anak-anak. So kitorang just jalan-jalan dalam Walt Disney Studios tu then terus keluar untuk masuk Disneyland Park pulak.

So sebenarnya kalau nak cover dua park ni at least kena stay kat sini 2 hari, baru betul puas hati kot. Tapi kalau nak cover semua, maybe perlu 3 hari? Or 4 hari? Hehe. Sebab seriously memang sangat luas kat sini, banyak sangat permainan yang ada.

 Monster Inc. Kartun ni anak-anak takut masa tengok kat rumah. Mak bapak diorang je yang betul-betul layan. Hehehe.


Ni pun kitorang lalu aje. :'( 


So, next destination is Disneyland Park. Tempat yang lebih banyak lagi yang best. Maknya ni excited nak tengok watak filem Frozen sebenarnya. Hehe.


Bila masuk je dalam Disneyland Park ni, terus macam wahhh cantiknya tempat ni. Kat depan sekali ni bila dah masuk Disneyland Park, ada Hotel Disneyland kat entrance. Tengok hotel yang cantik ni pun dah seronok sangat. Dengan bunga-bunga yang ditanam cantik, ada kolam & air pancut.. 

Air kolam pun bersih & jernih je, biru airnya. Memang berbunga-bunga hati jadinya bila masuk Disneyland Park ni. 

 Si abang dah seronok berlari-lari kat dalam tu.

Dapat tangkap si adik nak ambil gambar sama-sama. Umur macam diorang sekarang ni memang kerja nak berlari ke sana-sini je. Nak ambil gambar bukan main susah lagi. :'D




Then bila dah masuk entrance kat Hotel Disneyland tu, terus nampak Main Street ni. Like a dream come true dia punya feeling tu. Banyak kedai & cafe yang comel-comel kat kiri kanan jalan. Dari kejauhan dah nampak Beauty & the Beast punya castle tu atau nama dia Dream Castle. Ala.. castle yang mesti ada sebelum start apa-apa movie Disney tu la dia..

Kereta polis & banduan-banduan. Hehe. Sebenarnya kereta ni bawak visitor pusing-pusing dalam park ni.

Tu.. dah nampak Dream Castle..


Finally, dapat tengok dengan mata sendiri. Walaupun, dah ada dua orang anak, mak nya tetap excited sangat okay. Hehehe.

 Bunga-bunga cantik sangat.

One for the family ! Yay! Dah sampai sini. Tengok tu, mak bapak nya yang excited. Anak-anak tak faham sangat pun agaknya apa lah yang seronok sangat kat castle situ. Hehehehe.

No comments: