recent posts

Thursday, May 31, 2012

DIY - Thank you tag

Untuk wedding saya, saya buat sendiri thank you tag untuk diletakkan pada doorgift. Saya buat pun simple-simple je. Meh nak share sikit some steps untuk buat thank you tag macam saya. Mudah dan menjimatkan. Tapi awas, haruslah rajin dan kuat semangat! Heeee :D

1. Mula-mula design thank you tag ikut citarasa sendiri. Google je senang. Banyak design thank you tag yang boleh jadi reference.Dulu saya banyak jugak bukak website martha stewart cuci-cuci mata. Korang boleh klik sini : http://www.marthastewartweddings.com/

Ehem. Ini design thank you tag from yours truly. ;p Terpilih daripada beberapa design yang saya buat sebelum tu.

2. Then, anda perlukan doily paper. Macam mana nak dapatkan doily paper? Ni saya beli di kedai 2Ply di Klang. Tapi sekarang ni jual online pun dah banyak kot. Haaa ce google. Ce google. ;p

Masa saya beli doily paper ni, harganya RM3.90 sepaket kalau tak silap saya. Satu paket tu ada lebih kurang 250 keping doily. So satu keping harganya tak sampai 2 sen pun. Kalau kira matematik, 1 keping doily 0.0156 sen! Haha. Sangat berbaloi kan kan?


3. Oh ya Sebelum terlupa. Masa design thank you tag tu, sebaiknya dah beli lah doily paper nya okay. Sebab nanti boleh ambil ukuran diameter doily tu, then masa design boleh guna the real measurement. So nanti senang, lepas dah siap boleh terus print je. Plus, nak print colour ni mahal kot kalau kat kedai. So lebih baik print sendiri. Colour pun tak payah nak meriah-meriah sangat macam design saya tu. Nanti ink colour cepat habis. So pandai-pandai lah kamu-kamu adjust colour tu bagi less intense ke apa kan? Semua ni mesti dah hebat-hebat bab-bab edit gambar, ye tak? ;)


4. Bila dah siap print, lekat kan tag yang kita print tu atas doily. Mudah sangat kan? Selamat mencuba ! :)

Tadaaa ! Siap dah. :)

Kat bawah ni gambar thank you tag yang saya curi-curi siapkan kat tempat kerja. Penuh drawer kat meja tu dengan thank you tag. Mudah memang mudah, tapi bila buat sorang-sorang nak cukupkan sampai 1000 keping, memang letih jugak lah pinggang, tengkuk semua. Heee. Mujur ada kawan kat office and classmate kat uni dulu tolong buatkan sikit. Ringanlah jugak kerja-kerja ni sekurang-kurangnya, kan?


Honestly, memang remeh sebenarnya kalau nak DIY untuk wedding sendiri. Nampak memang mudah. Buat sekeping memanglah mudah. Tapi kalau sampai nak kena buat benda yang sama sampai beribu, nak give up jugaklah kalau tak kuat semangat. Haha. So kalau nak DIY untuk wedding ni, dinasihatkan kena azam yang tinggi, and yang penting dah plan apa nak buat awal-awal, then start buat awal-awal, so that takdelah esok dah nak majlis, hari ni duk letak gam kat thank you tag lagi. Heee. Just my two cents. ;p

Kalau korang nak dapatkan doily paper tu, korang boleh usha kat sini;

30-42, 
Jalan Pasar Baru 3, 
41050 Klang, Selangor.
Tel:+603-3344 4222

Bussiness hour:
Monday - Saturday : 6.30am - 5.30pm
Sunday                       : 6.30am - 1.00pm



Thursday, May 17, 2012

Hantaran

Alhamdulillah dah selesai exam ! Yay !
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas ! Yay !
Alhamdulillah dah ambil gambar kahwin dari photog ! Yay !

Alhamdulillah dah nak habis pun cuti (?) ! Errrr Yay! or Nay! ? 

;p

So, insyaAllah akan review perlahan-lahan pasal majlis kahwin saya. Hihi ! Punya lah dah lama majlis baru nak review ? Ooh la la. Better late than never, aite? :D

Untuk first review ni, saya nak share dengan readers sekalian tentang hantaran kami. Hantaran kami simple-simple saja. Takde nak branded-branded sangat pun, since kitorang ni memang tak fussy pasal brand apa pun. Asalkan cantik di mata, dan selesa di pakai. Heeee. Senang cerita, ukur baju di badan sendiri gitu. Ewah.   


Hantaran kami 11 berbalas 13. Banyak kan? Hihi. Memang pening jugak lah kepala fikir nak bagi apa sampai 13 tu. :P

Sebenarnya kitorang dah beli barang-barang utama hantaran macam perfume, beg, belt, purse, kasut, kemeja, seluar tu setahun lebih awal. Main beli je. Tak tahu pun bila nak nikahnya. Tapi dah sebab tengah sale sana sini, tu pasal kitorang cepat-cepat aje sambar. Haha. So, nak cukupkan 13 barang, saya pun tambah barang yang simple je macam towel, kek SR, sejadah, al-Quran (di sponsor abang ipar), biskut & jeruk, buah, chocolate, bunga rampai, dan sirih junjung. 

Kasut. 

Set perfume & barang mandian.

Set belt, wallet, & casual shirt.

Kemeja lengan panjang.

Untuk gubahan hantaran-hantara ni, syukur sangat-sangat bila kawan sekolah saya offer untuk gubahkan. Phewww. Cantik pulak tu! Saya suka tengok colour combination - hijau pucuk pisang / green apple + putih + cream yang kawan saya buat ni. Very nice! Kalau tempah kat kedai ni, satu hantaran je nak sekurang-kurangnya RM50. Kalau 13 hantaran...? Mak aih.. Telan ayaq lioq ! Haha. Seminggu sebelum majlis, kami pergi beli barang-barang hiasan hantaran ni kat Pekan Air Hitam. Total loss dalam lebih kurang RM300. Ok lah kannn? Memang puas hati sangat-sangat. Semoga Allah membalas jasa baik awak, Fadz ! ♥

Al-Quran & terjemahan.

Tuala mandi.

Sejadah.

Bunga rampai.

Biskut & jeruk.

 Sirih junjung. (Digubah oleh makcik-makcik 2 jam sebelum majlis. ;p)

Chocolate.

Buah-buahan. Bakul buah tu beli dekat Kedai Tembikar Ah Son, Air Hitam. :D

Kek. (Beli 5 jam sebelum majlis. Hihi ;p)

Ok, ni pulak hantaran yang belah suami bagi kat saya. Tapi most of hantaran diorang isi dalam kotak. So photog dapat snap a few hantaran je. It's okay lah saya share apa yang ada je. ;)

Telekung beli kat Nilai 3. ;p

 Buah-buahan. Bakul comel tu pun kami beli kat Nilai 3. Kalau tak silap harganya RM19.90. 

Set perfume & barang mandian.

Beg & purse.

Yayyyy, it's a wrap ! Insyaallah akan review yang lain pulak. InsyaAllah ! Heeee :D