recent posts

Sunday, July 24, 2016

Aidilfitri 1437H / 2016 di Copenhagen - Part 2

Assalamualaikum.

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri untuk warga Malaysia di Copenhagen tahun ni dibuat di rumah salah seorang rakan kami, Kak Pekjah & Pali yang baru je beberapa bulan berhijrah ke sini. Sebabnya, rumah dia sangat besar dan ada halaman yang sangat luas. Siap ada pokok epal, anggur, & ceri lagi! Tu sebab ada yang kata rumah diorang ni our unofficial Kedutaan Malaysia kat sini. Almaklumlah, kat Denmark ni takde Kedutaan Malaysia.. Sedih jugaklah takde kedutaan kat sini. Kalau rakan kami yang dari Indonesia seronok dapat sambut raya di kedutaan Indonesia kat sini. Macam kami ni, buat sambutan sendiri je lah. Huu. Apa-apa urusan macam pendaftaran bayi yang baru lahir untuk dapatkan surat beranak etc, selalunya kami berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden.

So, alhamdulillah, tak kurang meriah jugak sambut hari raya Aidilfitri untuk kali kedua kami di sini, Cuma kurangnya, kaum keluarga sanak saudara yang jauh dimata. Mujur ada rakan-rakan seperjuangan di sini yang sudah pun dianggap seperti keluarga sendiri, susah senang dikongsi sama-sama.. Dapatlah mengubat hati yang lara tak dapat balik beraya di Malaysia.. :)

 Sebelum keluar rumah kita wefie dulu ! 

Kayuh basikal je, tak jauh lebih kurang 4.6 km dari rumah kami. 

 Antara juadah yang ada. 
 Complete, semua ada ! Alhamdulillah terubat lah jugak homesick nak raya kat Malaysia. :')

Sate yang saaangat gemuk & sedap ! Hehe

 Afeef with abang Amsyar. 

 Seronok Affan dapat main buaian. 

Kaum ibu bergambar se-round. :)

 Sesi bergambar kat halaman rumah pulak. 

 Rakan-rakan seperjuangan.

 Our little family. <3

 Seronok anak-anak dapat goodies raya ! Penuh dengan chocolates ! O.o

Candid ! Hehe. Malaysian (+ Indonesian + Russian + Singaporean) di Copenhagen, Denmark. :D

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin !

Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 1437H di Copenhagen - Part 1

Assalamualaikum.


Lambat sikit update kisah sambutan raya kami di Copenhagen 1 & 2 Syawal hari tu. Sebab raya keempat kami ‘beraya’ di Krakow Poland, lepas tu ‘beraya’ di Berlin, Germany pulak. (Raya lah sangat :P). Hehehe

So tahun ni pengalaman beraya kami unik sedikit. Sebabnya, kami raya ikut Turki, masjid yang dekat dengan rumah kami tu masjid Turki, so kami raya sehari awal dari di Malaysia. Ada jugak kawan-kawan lain di sini masjid nya ikut Arab Saudi, so diorang raya sama hari macam Malaysia. 

Jadinya, masa hari raya pertama kami tu, siapa yang sambut Syawal awal sehari tu, kami sama-sama berkumpul di rumah kawan kami di Frederiksberg. Tak ramai, sebab tak semua ada dan kami pun dah sama-sama plan akan berkumpul ramai-ramai semua Malaysian yang ada keesokan harinya.

So untuk hari raya pertama hari tu, saya masak rendang dan kuah kacang, rebus nasi impit & lemang instant Nona. Fikirnya anak-anak boleh makan sekali, tapi kuah kacang dan rendang tu terlebih pedas pulak. So pagi raya tu lah baru saya berkungfu kat dapur buat lontong untuk anak-anak. Tapi tak lengkap pun sebab tak semua bahan ada, terlupa nak beli awal-awal. So lontong perantauan lah jadinya untuk anak-anak sebab tak cukup bahan. Jadilah.... 

 Nasi impit, lemang dengan kuah kacang dan rendang daging.

Lontong perantauan. :P

Pagi tu suami bawak si abang, Affan sekali ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Adik duduk rumah dengan ummi. Kalau bawak sekali, tak menang tangan lah abahnya nak jaga di masjid nanti. Bawak abang sorang tu pun bukan main lagi dia explore masjid tu, sebab pertama kali abahnya bawak ke masjid. Sampai ke mimbar pun dia naik masa tok imam tengah bagi ceramah sebelum jamuan hari raya. Hehehe. Suami bagitahu, dia nak tahan Affan dari ke sini-sana menerawang dalam masjid tu, sekali suami pulak kena halang dengan pakcik-pakcik lain kat masjid tu. Kata diorang, biarkan je Affan nak main pun.. Hehehe. Nasib baik lah dapat pakcik baik kat masjid tu. Bukan apa, memang selalu risau takut orang marah tak jaga anak.. Kan..


Sebelum keluar rumah. 

Ke masjid naik kenderaan rasmi kami kat sini. Hehehe

Tengok tu dia, memang buat macam rumah sendiri dah. :P

 Jamuan hari raya selepas solat sunat Aidilfitri.

 Antara jemaah yang ada. 

Sementara tu kat rumah, Afeef baru siap mandi. :D

Tunggu bas nak ke Frederiksberg.

 Kenderaan kedua rasmi kami kat sini. Siap ada driver lagi. Jangan marah.. Hehehe


Pelik mat salleh tengok, siapalah yang pakai skirt kat luar seluar bling-bling tu. 

 Di metro station. Adik dah ketiduran sementara nak sampai. 

 Tuan rumah.

Juadah aidilfitri kami. Ala kadar je sebab tak ramai kan. Esoknya baru betul-betul meriah juadah hari raya kami.

Si cilik.

Wajah-wajah yang sambut raya awal sehari. Hehehe. 

Salam Aidilfitri dari kami !

Friday, July 8, 2016

Salam Perantauan

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri, salam lebaran dari kejauhan ! Alhamdulillah, syukur Allah beri peluang sekali lagi untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan, dan sama-sama dapat meraikan hari raya Aidilfitri sebagai simbolik hari kemenangan bagi umat Islam yang berjaya melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah.

So sempena ketibaan Aidilfitri ni, kami sekeluarga telah berjaya 'menempel' dalam suratkhabar Kosmo hari tu. Hehehe. Tahun ni sudah pun tahun kedua kami beraya di Copenhagen, tapi inilah kali pertama ucapan hari raya kami berjaya menembusi dada akhbar. Gitteww.

Sebenarnya tahun lepas saya ada hantar salam perantauan ni ke beberapa akhbar Malaysia, tapi tak tahulah ada publish ke tidak. Sebab tak ada siapa pun yang perasan muka kami dalam salam perantauan. Keciwa. Hehe.

Tahun ni, saya hantar satu je ucapan salam perantauan, alhamdulillah ada kawan yang perasan muka kami dan postkan di wall Facebook saya. Berjaya, yay! Hehe. Suami boleh pulak tanya, kenapa tak hantar banyak-banyak kat akhbar lain? Hehehehe. Bukan main lagi dia. :P




Bila baca semula rasa macam alah kenapa pendek samgat ucapan. Hee. Sebab masa hantar email ke salam perantauan ni macam dah dekat hujung ramadhan, so cepat-cepat taip emel & send sebab takut terlepas peluang ni. Tu yang simple saja ucapan nya. InsyaAllah tahun depan nak buat ucapan panjang-panjang baru puas hati ! Hehehe.

Anyway, salam Eid Mubarak kepada awak-awak yang sudi baca blog ini ! Kami kat sini raya dua hari je. Raya ketiga (di Denmark) masing-masing dah masuk kerja semula, termasuklah suami & anak-anak saya. Raya ketiga diorang dah pergi sekolah dah. Kalau kat Malaysia confirm meriah raya sebulan kan. Open house mesti dah habis raya pun silap-silap ada lagi! Hehe.

p/s: Salam rindu salam sayang salam lebaran buat ayah ummi & adik saya di Kluang, Johor, keluarga mertua di Puchong, nenda & keluarga di Rembau, Negeri Sembilan, tok sebelah suami & keluarga di Grik, Perak, saudara-mara kami di seluruh Malaysia, dari utara nun sampai ke selatan, ampun maaf dipinta maaf jika ada salah silap terkasar bahasa.. InsyaAllah umur panjang kita berjumpa lagi & dapat beraya bersama harapnya.. Amin ! <3