Thursday, November 8, 2012

22 weeks check up.

Alhamdulillah, hari ni dah genap 23 minggu baby dalam kandungan. Tapi entry kali ni nak cerita pasal check up 22 weeks hari tu. Berdebar-debar jugak lah sebab nak check HB kan. Harap sangat lah HB naik sebab banyak jugak makan daging masa hari raya haji sebelum tu. Hari-hari pun makan daging sampai tak larat makan dah. Huhu. Check up kali ni banyak sangat experienced benda baru. 

Ok sampai-sampai je macam biasa check berat & tekanan darah. Mata terbeliak tengok nombor kat penimbang klinik tu. 58. 6 kg ! Terkejut sangat sebab sebelum pergi klinik tu saya sempat timbang kat rumah, berat saya 57.7 kg. Huu dalam hati dah sedia je lah nak kena bebel dengan nurse. Hihi. Tekanan darah pulak ok, 110/70. 

Lepas tu inject untuk ambil darah & check urine. Masa ni lah yang ditunggu-tunggu. Nak tau results untuk HB. Tapi malangnya, HB turun semula from 9.9 to 9.8. Sedih bukan kepalang. Macam-macam fikir dalam kepala, kenapa HB tak naik-naik. Padahal makan semua ok, takde pening-pening pun. *sigh*

Lepas tu masuk bilik consultancy, nurse check perut, ambil ukur lilit perut, then dengar degupan jantung baby. Alhamdulillah, kali ni dah dapat dengar. :')




Lepas tu macam biasa, nurse tanya macam-macam pasal makan banyak ke? ada pening-pening tak, and nurse terangkan lagi risiko HB rendah, iaitu boleh dapat anemia and kesan-kesan anemia pada ibu & baby. Memang jadi risaulah kan lepas dengar tu. So nurse mintak jumpa Doctor sebab HB tu turun, takut jadi masalah nanti pada baby since takde pun simptom-simptom anemia tu pada saya macam pening, pitam. Lepas tu nurse tanya, dah rasa baby gerak ke belum, and saya jawab "Dah.". :)

Sebelum tu, nurse suruh masuk bilik suntikan untuk inject ATT. Saya terkejut, then tanya nurse, "inject? kat mana?". Cuak tiba-tiba sebab dah lama tak kena injection kan. Last punye injection masa darjah 6 kot (?), BCG. Masa tu pun nangis sebab budak-budak kelas takutkan kononnye sakitlah BCG tu. Haha. Nurse cakap, sebab dah rasa baby gerak, and dah dapat dengar degupan jantung baby, so dah boleh inject ATT. And since saya mengandungkan anak sulung, saya kena inject ATT dua kali. ATT ni untuk elakkan kancing gigi or sawan yang boleh attack ibu mengandung. Nurse sempat pesan, kalau pening macam nak pitam, or rasa pedih ulu hati, jangan tunggu-tunggu lagi, kena terus pergi klinik sebab takut kena tarik urat sebab sawan. Huiyoo seram tuh.

Plus, from now on, saya kena datang klinik 2 kali seminggu untuk monitor tekanan darah. Phewww. Betullah orang cakap, makin besar kandungan, makin kerap kena pergi klinik. 

Masa inject ATT tu, saya pejam mata je. Hihi. Nurse cakap, lenguh sikit ye nanti. Selesai inject tu, takde rasa lenguh sangat pun. Cuma bila dah malam, baru terasa sakit kat bahagian inject tu bila kita baring atas tangan yang kena injection tu. Sengal jugak lah rasa dia. 

Petang tu, saya masuk bilik doctor. Pergh memang seharian jugakla kat klinik sebab ramai orang. Doktor advise jangan minum any caffeine macam kopi, teh, nescafe, milo. And suprisingly, susu pun doctor tu suruh stop dulu. Kena banyak minum air yang ada vitamin c macam air oren. Doktor pun siap tulis kat buku merah tu yang saya ada mild anemia. Sobs. So kena check HB lagi another 3 weeks. 

So semalam, saya pergi ke klinik untuk check blood pressure. and timbang berat jugak. Berat tetiba turun to 58 kg. Hmmm saya suspect haritu masa buat checkup 22 weeks, saya naik timbang tu pakai sandal kot. Haha. No wonder jauh sangat beza dengan timbang berat kat rumah kan. Nurse pun siap tanya aritu, "ada control makan tak?". Saya senyum macam kerang busuk aje. ;p



No comments: