Thursday, November 22, 2012

Terima kasih, ya Allah.

Alhamdulillah, tanggal 11.11.2012 haritu, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam, Ya Allah, cepatnyaaa dah setahun. Masih segar lagi dalam ingatan saya ketika hari kami dinikahkan oleh ayah tercinta. Dan bila sang suami melafazkan kata keramat, dan dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isterinya. Perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata bila memikirkan yang lafaz keramat tersebut telah mengubah dan membawa kami ke fasa kehidupan yang baru. 

Selepas kami selamat dinikahkan, ayah mula menitiskan air mata, saya menjadi sangat sebak dan tak tertahan lagi. Seisi keluarga seperti memahami apa yang ayah rasakan dan turut mengalirkan air mata. Perasaan terharu ditambah lagi bila paklong saya yang kurang sihat, terpaksa membawa kantung najis ke mana-mana, menangis semasa memeluk dan mencium saya. Sungguh, masih sangat kuat memori hari tu sampai ke hari ini. Dan ya, saya rindukan setiap saat pada hari itu. (':

Syukur alhamdulillah, kurniaan kasih sayang dan rasa cinta yang Allah pinjamkan kepada kami suami isteri masih kuat dan tersimpan rapi di sudut hati. Dan setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan kepada-Nya di atas kurniaan rezeki yang insyaAllah akan menguatkan lagi ikatan kasih dan sayang kami. 

Rasa terlalu kerdil diri ini bila mengakui diri ini bukanlah hamba-Nya yang sempurna, tapi tetap diberi peluang merasa nikmat dan rezeki yang di luar kotak fikiran kami ini. Syukur, syukur, alhamdulillah, ya Allah.





Saat-saat manis yang tak akan dilupakan. (':
Terima kasih sang suami atas segalanya.
_____________________________________________________________________

Tak ada sambutan luar biasa yang kitorang buat sempena first anniversary ni. Sebabnya, suami ambil cuti seminggu dan kami pulang ke Johor. Wee seronok bukan kepalang! Dah macam dapat hadiah dah tu. Dapat lepas rindu kat family dan bilik tersayang. Hihi. Kebetulan, masa tarikh 11.11.2012 ni kitorang ada dua kenduri kahwin kawan sekolah saya. Rasa excited nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sampai kitorang tak terfikir nak buat sambutan apa-apa. Dapat makan kek pengantin pun cukuplah kan feeling-feeling makan kek anniversary sendiri? Tehehehe ;p

 At Marlina's wedding. Gorgeous sangat pengantin kita ni, kan?

At Meilin & Luqman's wedding. I'm very happy for you, Meilin ! Semoga bahagia sampai syurga ya. Ameen. Maaflah mak buyung tu excited bergambar kat depan sekali, lupa yang dialah paling besar. Hihi ;p

Seronok bila sekali-sekala dapat balik ke Johor and dapat pulak jumpa kawan-kawan sekolah. Then bila balik KL, dapat makan segala macam jenis makanan yang tak dapat kat utara neh. Sebut je, IKEA meatball, crispy popiah, tako tao, burger kaw-kaw. Fuhh memang syiokk! Thank you suami sebab sanggup ambil cuti lama-lama. Ailebiu. :D

--p/s: Ada terfikir nak buat sewa baju nikah saya yang simple tu. Agak-agak ada ke yang nak sewa, eh? XD

3 comments:

Hazz said...

Happy Anniversary Anna & husband! ;)

erna said...

Anna, semoga perkahwinan sampai syurga..

Anna R. said...

Hazz;

Thank you ! Thank you ! :)

Erna;

Ameen. Thanks erna ! :)