Tuesday, November 27, 2012

Roti Puri ohsem !

Masa saya balik ke Kluang hari tu memang tak lepaskan peluang lah ajak parents breakfast roti puri. Sebabnya bukan senang nak jumpa. Hampir setahun di utara ni belum pernah lagi saya jumpa orang jual roti puri. Memang kalau nak breakfast tu kalau tak roti canai, nasi lemak. Kalau tak nasi lemak, roti canai. So bila dah balik Kluang, memang saya mintak je makanan yang saya duk teringin tapi tak dapat kat sini. Hihi. ;p


 Roti puri kat kedai ni garing ! Best best.



See. Gebussss dan gemuk sangat kan? :D

Tengok ini budak kecik. Kalau tengah makan tu tak toleh kiri kanan dah. Kekeke. ;p

Selain roti puri, ada jugak roti canai, nasi lemak, dan rojak ! Sedap-sedap belaka. Memang puas hati. Sejam jugaklah kitorang kat kedai ni. Hihi.

Kedai ni kat area Ayer Hitam. So kalau dari Kluang nak ke Ayer Hitam, kedai tu ada kat belah kiri. Tersorok sikit. Tapi kalau nampak ada banyak kereta or lori yang berhenti tepi jalan, haa kedai dia lah tu ! Or bagi yang di luar kawasan, boleh lah cuba try buat sendiri kat rumah. Heee. 

Oh, ada satu jenis makanan yang saya tak dapat masa balik cuti hari tu. Lontong jawa ! Dua kali kami pergi kedai tu di bandar Kluang, tapi tutup. Balik kampung kot tuan kedai tu. Kuciwa jugak lah. Lepas habis pantang lah nanti gamoknye baru saya dapat merasa. ;p

2 comments:

erna said...

Hi anna, nampak sedap. syok la baby dapat makan sedap-sedap. masa erna prgnent kat perlis dulu pun, susah kalau mengidam.semuanya ada di luat utara. anyway, haritu ana dtg ye majlis kawen abg erna? x nampak pun...teringin tengok live perot comel ana :)

Anna R. said...

Erna;

Hee tu la. So bila dah balik ke selatan memang tak lepas peluang la kan. Sampai berat pun canak2 naik. Heee.

Aah2. Hari tu kitorang pegi. Dlm pukul 2 camtu. Pengantin ada jugak masa tu. Erna je saya x nampak. Hee