Hari ini dalam sejarah, hari ni hari pertama saya menghadiri kelas bahasa Danish. Dah dua tahun tinggal di Denmark ni baru berkesempatan nak belajar bahasa Danish secara formal. Almaklum, sebab saya baru habiskan pengajian di universiti, jadi baru lah ada masa nak luangkan untuk mengadap benda-benda lain. Pendek kata, baru betul-betul nak menikmati keistimewaan duduk di negara Denmark ni. Hehehe.
Kelas bahasa Danish ni dibuka secara percuma untuk sesiapa yang baru datang ke Denmark ni. Kalau macam kes saya, saya hanya register online di website, lepas tu dapat email tanya kenapa saya nak join kelas ni, dan tak lama lepas tu terus dapat confirmation untuk kelas Danish ni. Ada jugak kawan-kawan lain yang perlu pergi interview dulu sebelum diterima masuk kelas.
Kenapa saya nak join kelas Danish? Padahal kurang setahun je lagi tempoh nak duduk di Denmark ni.
Sebab utamanya sebab anak-anak di sekolah dah mula pandai berbahasa Danish, jadi seronok nak tahu bahasa Danish ni juga. Dapat cakap Danish yang basic-basic pun jadilah. Hehe. Keduanya, sebab kelas ni percuma je. Jadi saya fikir, ni salah satu peluang nak dapat pengalaman baru tanpa kena bayar apa-apa pun. Cuma kena ada usaha dan kesungguhan lah. Sebab macam saya ni, kelas dua kali seminggu, jam 5.30 petang sampai 7.45 malam.