Ok esoknya kami ke BMW Welt, tak jauh dari hotel kami. Dalam area Olympiapark jugak. Dari train station dekat hotel kami tu hanya satu stop je.
Nak masuk BMW Welt ni percuma saja. Tak macam kalau nak masuk BMW Museum. Berbayar. Tak sure pulak apa yang ada kat dalam BMW Museum tu, mungkin tunjuk sejarah BMW & model dari dulu sampai sekarang kot.
Best jugak masuk BMW Welt ni sebab dapat merasa duduk a.k.a. berangan dalam semua model BMW, dan model-model lain jugak macam Mini Cooper. Hehe. Dalam BMW Welt ni juga ada kafeteria & kedai souvenir yang kita boleh masuk.
Dah sampai BMW Welt. Lokasi dia ni betul-betul depan dengan BMW HQ. Kalau dari train station tu boleh nampak dah signboard BMW HQ & BMW Welt ni.
Welcome dalam pelbagai bahasa. Mata melilau cari 'Selamat Datang'. Ada! Yay :D
Model BMW convertible terbaru. Pueh nak tunggu turn nak duduk dalam kereta ni. Sepanjang masa orang kerumun nak try masuk & duduk. Hehe
Ok sementara tu kita pusing-pusing tengok kereta lain pulak. Semua pun kacak lah!
Acah-acah ;p
Yay dapat jugak try masuk. Hehe. Jadilah dah merasa hehehehe. :D
Ni dalam kedai souvenir. Macam biasa kami cari fridge magnet je. ;p
Luas jugak & banyak model dalam BMW Welt ni. Rasanya spend 1-2 jam jugak dalam ni saja.
Kacak nya lah hai awak ni <3
Yang ni confirm mampu tengok je. Hehe.
Mini punya area.
Ada jugak area untuk kanak-kanak. Ada interactive games etc. Seronok jugak budak-budak ni layan sekejap.
Rolls Royce!
Yang ni harap maaf. Boleh tengok dari jauh je ye. Tak boleh try masuk duduk. Dikelilingi pagar siap-siap. Hehe
Okay, dah habis pusing. Next, kita nak pergi melawat stadium pulak!
No comments:
Post a Comment