Wednesday, July 5, 2017

Aidilfitri 2017 (Part 2)

So.. bila perut dah penuh dan masing-masing dah kenyang, maka bermulalah sesi fotografi raya kat halaman rumah Kak Pekjah. Memandangkan sambutan Aidilfitri kat sini bukanlah macam kat Malaysia yang 30 hari 30 malam beraya dan pergi open house, maka sakanlah kami berposing ambil gambar hari tu. Esoknya (Isnin), masing-masing dah masuk office macam biasa. *sobs*. Hehe.

Mi familia <3.

Tahun ni warna tema keluarga kami - hijau emerald. Warna ni sebenarnya adik-adik ipar yang tolong beli dan pilihkan. Sebulan sebelum puasa, mak ayah mertua & adik ipar datang melawat kami di Copenhagen. Jadi sebelum diorang mai tu, saya kirim adik-adik ipar shoppingkan baju raya untuk kami. Dan memandangkan 1-2 bulan sebelum puasa tu banyak butik buat clearance stock sebab masing-masing nak keluarkan koleksi baru untuk raya, saya pun mintak tolong adik ipar belikan baju-baju dari rakan blogger di zaman muda remajaku; Rina Salleh Clothing, masa diorang buat warehouse clearance. Ku kirim beli dua pasang baju, dibelinya 4 pasang untukku. Rezeki.... hehehe. Memang cantik-cantik, walaupun dah out season. Dari 4 pasang baju tu, adik ipar pilih satu baju, dan matchingkan dengan baju anak-anak & suami. Baju anak-anak cap Upin Ipin, dan kurta suami dari Aisy Asyraf. 




Sukaaaa sangat dengan dress yang saya pakai ni, cantik coraknya. Ingatkan mata saya je nampak cantik, tapi hari tu, jiran Kak Pekjah orang Danish tu sampai tegur dan puji yang dia suka baju ni. Bukan main lagi dia puji banyak-banyak kali yang cantik sangat corak baju ni. Bila dah dipuji tu, sempatlah bagitahu dia ni baju beli dari Malaysia, and reaksi dia, "Oh, wowww ! Sooo nice !'. Agaknya dia ingat beli kat Europe jugak kot sebab tak sangka sebenarnya import dari Malaysia. Hehe. 

Pakai baju Melayu pun boleh main lompat-lompat kat trampolin ni. Apedehal? ;p

Seronok sangat dapat melompat ye. ;)



Tunggu turn nak bergambar. Hehe.

With Kak Lynne from Singapore, & Kak Dayah.

Tuan rumah; Kak Pekjah & Pali, tugasnya kena lah entertain tetamu, ye tak? Hehe. 

Haaa, dia ni lah yang duk pujiii sangat baju ai cantik tu. Hehe. 

Ok, sampai turn family kami ambil gambar. Dah 2 tahun berturut-turut pokok ni jadi backdrop gambar raya kami. Berjasa sungguh walaupun dah reput ! Hehe

Geng abang-abang sado. ;p

Geng adik manisssss. Heeeee XD

Ini dia wajah-wajah yang tak balik beraya di Malaysia tahun ni. Ada beberapa keluarga yang balik raya kat Malaysia. Tinggal lah beberapa kerat kami ni je. Sebenarnya memang terasa dah berkurang sebenarnya Malaysia yang ada di Copenhagen ni. Sebab ramai dah habis belajar, dan tak ada yang baru datang untuk sambung belajar kat sini sejak kerajaan hentikan tajaan pengajian kat luar negara ni. Dalam beberapa bulan lagi, family kami pulak akan balik Malaysia. *sobs* (Part ni nanti cerita dalam entry lain, insyaAllah).

Ok lah, sempena bulan Syawal yang masih bersisa ni, kami warga Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Copenhagen, Denmark ingin mengucapkan; SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. #ucapansalamperantauan ;p

Versi video pulak kat bawah ni :)
video
Sorry tak berapa nak clear video ni, tapi macam ni lah kami di sini, dah macam satu keluarga. Bila tak ramai macam ni, hubungan dengan kawan-kawan kat sini memang terasa sangat rapat antara satu sama lain. Syukur alhamdulillah, dapat kenal dengan orang yang baik-baik di sini, walaupun tak ramai.♥♥


Love, 
Anna
040717
Munich, Germany

No comments: