Monday, October 31, 2011

10 hari lagi oh ohh !

Hello peeps ! Phewww lama jugak tak sampaikan khabar berita kat sini. Sejak berhenti kerja hari tu sibuk je memanjang setiap hari. Tapi dalam busy-busy tu sempat jugak balik kampung Melaka & pergi wedding member kat Seremban. Hihi. :D

Ok, now tak boleh main-main. 10 hari je lagi ! Fuyoh fuyoh sebelum ni hari duk tick-tick tarikh tu sebab nak menghitung hari. Laa ni dah tak ter-tick dah ! Huhu. Nervous ouhhh~~~~

'Amacam, dah setel semua?'.

Soalan cukup famous sekarang ni. Hehe. Hmm nak kate semua dah setel memang tipu sangatlah. Tapi up until now ada few things kena settlekan lagi. Macam doorgift, corsage untuk family, deco for guestbook table, handbouquet, henna, & gubahan hantaran ! Ok setakat tu yang ingat buat masa ni. Maybe ada lagi benda-benda kecik yang nak kena setelkan. Memang boleh jadi bridezilla oh !





Esok nak pergi beli kerepek untuk doorgift nanti. Nak pergi kilang kerepek terus kat Parit Raja. Mintak-mintak lah dapat harga murah. Lusa insyaallah nak pegi cari barang-barang untuk gubahan hantaran dengan my friend yang secara sukarela nak tolong gubahkan. Heee.

Okayy, nak sambung jahit manik pada veil saya tu. Veil simple-simple sajeeeee. Heee.

Eh eh nah gambar a.k.a teaser untuk baju nikah saya nanti. Teaser lah sangat kan? :P


Ingat lagi tak entry INI ? Warna ni lah yang saya kata merah belacan tu ! Heee. Simple je baju nikah saya ni. Beads pun area dada & tangan je. Budget ai ciput u olls. Ni pun tempah sekali dengan jahit manik harganya RM230. Jahit manik tailor ni amik RM150, tempah baju kurung moden RM80. Huuu. 

Mahal ke murah eh korang rase-rase? *gatai nak tanye jugak*