Tuesday, October 25, 2011

Entry laju.

Many things happened these past few days. Phewww rasa macam tak sempat nak cerita semuanya secara panjang dan lebar. Nah entry ala-ala entry kat blog Tun M.

1. Saya dah secara rasmi menjadi penganggur hari Jumaat lalu. Perasaan? Sedih + gembira. Sedih sebab for sure akan rindu the people and the office, and of course my cubicle there. It was my first ever job there, so macam-macam pengalaman yang tak akan dilupakan.

2. Bye bye Kepong ! Saya juga dah secara rasmi keluar dari rumah sewa. Alhamdulillah dah selesai pun upacara penyerahan kunci kat penyewa yang baru. Upacara lah sangat. Padahal terpaksa tunggu berjam-jam kat rumah. Huuu. Syukurrrr dah keluar dari rumah tu. Rumah cantik, tapi tak de siapa peduli. Hailaaa.

3. Bunga pahar / bunga telur saya cantik! Hihihihi. Dah la memang cantik, di SPONSOR pulak tu. Memang laaaaagiii cantik! Cair hati bila kawan saya tunjuk bunga pahar yang dia buat sendiri dengan kakak dia. Oh oh sukaaa. Kawan saya buat bunga telur guna bunga stokin. Memang sebelum ni saya terberkenan bunga stokin ni. Nak buat sendiri, tangan keras. Nak beli? Oh tidak. Mahaiiiiii. Sekali bila kawan saya kata nak sponsor bunga pahar, takde lah saya terfikir dia nak buat bunga stokin ni. Bila saya ambil kat rumah dia Ahad lepas, hati saya oh oh terharuuuuu ! Terima kasih kawan manis ! :)




4. Bye bye KL ! Hello Kluang ! Sekarang saya dah berada di rumah manis di Kluang. Seronok rasanya dapat duduk dengan family sebelum 'diambil orang'. *ehem* . 

5. Baju nikah dah siap yeay ! Semalam dah selamat mengambil dan membayar baju nikah saya dan cik abang. Alhamdulillah, hasilnya okayyy. Takda yang tak ok. Dalam saat-saat macam ni, macam dah takda perasaan nak bercerewet bagai. Hihi. So sekarang ni tengah nak jahit manik pada veil nikah saja. Insyaallah boleh siap dalam masa seminggu ni.

6. Baju bersanding? Okaaaaayyy jugak. Walaupun warnanya tak macam saya kehendaki. Masa bincang hari tu mak andam dah tunjuk warna kain yang betul. Tapi bila dah siap dan nak cuba semalam, warna turquoise dah bertukar warna baby blue ! Huuu. Tapi macam saya cakap tadi, takdalah berperasaan nak complaint dah. Terima seadanya. Baju sanding tu kena alter sikit. Baju pengantin lelaki pun ada nak tambah manik sikit kat baju. Mak andam cakap, 7hb nanti datang untuk cuba lagi baju. 4 hari sebelum nikah? APAAAA? Hmmm saya angguk-angguk saja. Insyaallah saya percaya pada mak andam saya tu.

7. Tadi pergi lagi melawat kedai mak andam sebab semalam lupa nak pilih baju yang nak dibawa ke majlis bertandang. Malangnya tak ada pun baju yang saya suka dan sesuai dengan tema majlis di sana. Hati dah gundah gulana. Ikut hati yang malas nak fikir lagi ni, nak saja ambil baju putih yang ada lace kaler merah. Saya tanya mak andam pendapat dia kalau saya pakai baju yang lace merah tu. Dia kata tak sesuai lah dengan tema majlis. Akhirnya mak andam sendiri keluarkan ayat, 'Tak pe lah. Nanti akak buat baju baru warna purple & lace pink.' Alhamdulillah ! Itu saya yang terucap di bibir saya sambil tersenyum.

8. Rasanya setakat ini itulah yang terlintas kat kepala. Lepas ni nak sambung jahit manik kat veil nikah. Esok insyaallah akan ke KL melawat mak sedara. Lusa mungkin berjumpa dengan seorang kawan yang bermurah hati nak tabur bakti untuk gubahkan hantaran saya nanti. 

psst, busy mengalahkan PM. ye tak? ;p
 

Say whaaaaat, 16 days to go ! :D

3 comments:

Hazz said...

tak lama lagi dahh.. tak sabar kan.. buatlah teaser, boleh tgk baju nikah & bunga telur pahar itu.. ;-))

Anna R. said...

waaaa hajat di hati memang nak buat teaser segala bagai cik hazz. hee. insyaallah nanti kalau smpat sy buat ye ! ;)

~ NANA ~ said...

dh x lama tu...alhamdulillah byk yg dh settle kn? :)