Salam Jumaat ! Ingat lagi entry INI ?
Yes! Saya dah pergi redeem voucher Milkadeal tu malam semalam. So this entry saya nak buat review sikit pasal the spa session at The Royal Malaysian Traditional Spa a.k.a Reneau Spa di Plaza Damas, Sri Hartamas. Tapi tapi, sorry sangat sebab tak ada gambar. Lupaaa ! -____-'
Last week saya dah buat appointment untuk sesi spa semalam. Tapi untuk reconfirm, saya call lagi pagi semalam untuk make sure nama saya ada on the list. Takut pulak last minute or dah sampai sana, tetiba diorang cakap nama saya takde kan? But luckily, my name ada dalam customer list diorang. :)
So lepas habis kerja pukul 6 semalam, saya dan colleague terus ke Plaza Damas. Inilah first time saya ke sana. Pusing punya pusing, dapat parking betul-betul depan spa tu! Best sungguh. Hihi. Tapi memandangkan saya buat appointment pukul 7.30pm selepas Maghrib, kitorang pun pergi isi perut dulu dekat kedai makan kat sana. Kat area Plaza Damas tu memang macam-macam kedai ada. Hartamas Shopping Centre pun kat situ jugak. Then lepas makan & solat maghrib kat surau dalam Hartamas Shopping Centre, kitorang pun terus ke Reneau Spa!
First impression, cantik sangat spa tu ! Cozy je rasa. Then bagi voucher milkadeal tu kat staf dia. Lepas tu staf dia tanya, untuk facial nak pakai span diorang atau nak beli baru. Kalau beli, span tu harga RM10. Saya beli je yang baru walaupun rasa cam mahal je span 2 keping tu RM10. Huhu
Lebih kurang 5 minit tunggu, kitorang diajak naik tingkat atas untuk buat foot spa. First time mak buat spa, terkejut kaki mak rendam dalam air panas. Hihihi. Bila dah kurang panas air rendaman tu, baru lah mula buat foot spa. Cuci dan gosok-gosok kaki. Uh uh dah lama tak ada orang cucikan kaki sendiri. Ehe ;p
Lepas 15 minit cuci-cuci gosok-gosok kaki, saya dibawa turun bawah semula untuk mulakan sesi body massage, facial lifting, dan body scrub. Lampu kat bilik spa tu malappp aje tawww. So takde la nak memalu sangat masa spa session tu. Almaklum, u olls kena buka semuaaaa baju tahu? Then pakai disposable panties diorang sediakan. Itu aje. YES, itu aje! Haha. Then lapik badan dengan kain lah of course. ;p
Body massage best sangatt. Lembut je staf dia urut badan saya. Dia ada cakap, kalau sakit bagitau dia. Tapi saya rasa sedappp je kalau dia urut kuat-kuat pun. Meletup-meletup badan saya diorang buat. Tu yang syiok tu! Hilang segala letih, sengal-sengal badan. Hihi.
Lepas tu facial lifting. Saya rasa facial lifting ni macam facial biasa kot. Dia cuci-cuci muka few times, then wapkan, then keluarkan blackhead, segala head sampai nangis-nangis. Lepas tu dia guna roller kot atas muka, maybe nak tegangkan kulit muka. Lepas tu saya tak tau dah dia buat apa dengan muka saya. Saya tadah ajeee. Hee
Dah siap facial, pindah katil untuk body scrub. Scrub diorang guna halusss je. Takde rasa sakit kena biji-biji scrub tu pun. Scrub satu badan ye. This time, staf pun bertukar. Staf tu dia macam ajak-ajak borak sambil-sambil scrub supaya saya rasa selesa kot. Masa scrub tu memang dia selak habis lah. Haha. Ok sampai sini je cerita pasal scrub ye. ;p
Siap scrub, kita pergi sauna pulak kat tingkat atas. Dari tingkat bawah nak ke tingkat atas tu diorang bagi pakai robe. Masuk bilik sauna, diorang suruh bukak robe tu. Haaa kome bayangkan je la sendiri ye. Tu first time saya masuk sauna, memang tak duduk diam lah saya. Panas weh. Haha. Bilik sauna tu kecik je. Paling-paling pun muat 2 orang je. Plus, gelap! Wuu takut saya duduk sorang-sorang dalam tu. Nasib baik tak sampai 15 minit staf dia dah datang kat saya. Terus saya keluar. Dah peluh-peluh tu, staf dia bagi saya minum then rehat sekejap sebelum diorang suruh saya mandi.
Habis dah satu sesi spa kat sana! Saya rasa memang berbaloi beli voucher kat Milkadeal ke, Groupon, Mydeal, Ilovediscount, etc etc tu. Sangat murahhh kalau nak compare dengan normal price diorang.
Kalau macam kat spa yang saya pergi ni, normal price untuk full body massage (1 hour) RM100 dan untuk normal facial (1 hour) RM95. See? Memang berbaloi kan guna voucher Milkadeal tu? RM39 sajeee. Layanan still tip top ! ;)
Okayy habis dah review saya tentang spa ni. Sorry sangat takde gambar. Excited sangat sampai lupe gamaknye nak amik gambar. Kereta dah gerak nak balik baru colleague saya tegur yang kitorang tak ambil gambar langsung! Huhu. Tapi for you guys yang nak tengok gambar, boleh tengok kat Facebook diorang: The Reneau Spa
p/s: 28 days to go!
1 comment:
bestnya gi Spa! memang murah beli voucher. ;-)
Post a Comment