Friday, August 5, 2011

Wedding dress?

Actually salah satu benda yang sangat-sangat saya risaukan adalah baju pengantin - nikah & bersanding. And as i mentioned before, baju nikah tu saya tempah. Still in progress nak siapkan. Tailor pulak sekarang ni tengah bertungkus-lumus nak menyiapkan tempahan baju raya. Jadi memang siap lepas raya je lah baju nikah saya tu nampaknya.. Sepatutnya boleh siap lebih awal, tapi hari tu masa first fitting, tak ngam pulak dengan badan saya. So nak kena alter sana-sini sikit, then baru boleh jahit manik and details pada baju tu.

Baju bersanding pulak saya sewa je kat mak andam. Tapi mak andam akan buat baju yang baru untuk saya sebab pakej yang saya ambil tu. Untuk baju sanding ni pulak memang tak nampak bayang apa pun lagi. Hari tu tanya tailor, diorang cakap lepas raya baru start buat. Sebulan je nak siapkan katanya. Hmm. Memang tak tau nak cakap apa lah kan. Either nak risau ke nak buat dek je. Masalahnya kalau risau pun memang tak boleh nak buat apa-apa pun since bukan kita yang menjahitnya kan?

So tadi masa kat ofis saya terfikir nak buat scrap book untuk design-design wedding dress yang diidamkan. Lepas dah siap scrap book tu, nak pass kat mak andam. Bukan tak percaya kat mak andam, cuma masa bincang-bincang dengan mak andam hari tu, dia tengah sarat mengandung. Takut lah kot-kot dia dah terlupa ke apa kan.

Malam ni habis saya belek koleksi majalah Pengantin. Mana-mana design baju yang menepati citarasa, saya gunting untuk ditampal kat scrap book untuk rujukan mak andam nanti.




Cerita pasal wedding dress ni, banyak design yang saya berkenan. Tapi untuk majlis saya nanti, saya pilih untuk pakai wedding dress yang simple and sweet je. Tak nak sarat sangat. Oh serta design yang sopan ye. Memandangkan ayah saya dah ingatkan saya supaya tak pakai baju yang menampakkan bentuk tubuh saya nanti. Hehe. Tapi kalau ayah saya tak cakap pun, memang saya pun tak nak pakai baju yang melekat kat badan ni. Segala macam spare tyre boleh nampak. Haha!

Ok. Antara design-design yang menarik perhatian saya;

Love the simplicity! <3
Credit: Idaman Jelita

Design macam ni yang saya request kat mak andam. Including the colour! Tehehe :D
Cuma mungkin tak nak kain kat bawah tu berjahit tebal sebab saya nak kain tu ringan so boleh nampak effect flowy. ;)
Credit: Idaman Jelita


Sangat cantik kannnnn ! Design nya lebih kurang dengan gambar kat atas tu. Baju ni pun ada kat dalam majalah Pengantin bulan berapa saya tak ingat dah. And saya dah pun tunjuk kat mak andam yang saya berkenan dengan design macam ni. ;)
Credit: Idaman Jelita

Saya sukaa sangat design baju pengantin yang simple macam gambar-gambar kat atas ni. Kena dengan citarasa dan bentuk badan saya kot. Hehe. Kalau badan kurus macam model, lama dah saya pilih je mana-mana design yang saya berkenan. Tapi disebabkan bentuk badan yang agak berisi ni, kena betul-betul fikir design yang sesuai supaya tak nampak 'tak kena' di hari bahagia nanti. Ewahhh ! :D





2 comments:

zimie said...

wow tepat pada masanya i bukak blog u ni.kebetulan memang tgh survey dress utk sanding.

suka yg warna biru (turquoise kot) tuuu.hehe nak buat gitu boleh?:p

imymemine said...

hehe boleyyyy. i pun sukaa design mcm tu. simple & sweet kan? heeee. plus, my wedding dress pun nanti insyaallah combination of turqoise & white. heee :)