Nak suka ke nak cuak eh? hihi
Howdy peeps! Ok this time nak story pasal kad kahwin. Bab-bab melipat kad kahwin ni saya baru je siapkan weekend lepas. Phewww buat sorang-sorang tu u olls. Kad belah majlis saya and separuh kad dari majlis belah cik abang sekali. Memang letih pinggang duduk lama-lama nak mengadap benda tu kan. Huu. Nasib baik ada drama Korea tolong jadi penyegar mata saya sambil-sambil lipat kad tu. :D
Anyway, kad kahwin ni saya dah tempah sejak bulan Jun lagi. Mulanya berangan nak DIY sendiri kad kahwin ni sebab dalam kepala dah ada design simple yang saya nak, dan yang paling utamanya adalah JIMAT ! Tapiiii, lepas dah banyak kali hold design kad tu disebabkan kekangan masa sibuk dengan hal kerja, saya redha tempah je untuk kad kahwin kat kedai. *sigh* So kepada yang banyak masa lagi tu and ada bakat nak DIY kad kadwin, better buat awal-awal. Memang jimat kot kalau tau cari tempat print yang murah.
So back to the track, saya dan cik abang ke Pameran Pengantin kat PICC Putrajaya bulan Jun tu. Kat sanalah kami usha-usha kad kahwin and terus deal dengan satu vendor kad kahwin ni. Masa Pameran Pengantin ni memang banyak vendor yang buat promosi kad kahwin ni. Murah-murah belaka ! Ni kata diorang lah. So kitorang pun dah ter-'makan' dengan promosi pakej yang diorang buat. We decided to take the package yang kitorang rasa murah dan berbaloi which is:
Pakej 1000kad x RM0.68, with FREE 1000 pcs giftbox (small size) + 2 bunting + 1200 pcs printed envelope.
Kitorang pilih pakej ni sebab rasa dapat jimat bab giftbox tu. Sebab kalau kat kedai, mahu RM0.30 jugak sebiji kotak tu kan? So lepas dah deal segala, dekat Pameran Pengantin tu jugak kena bayar deposit minimum RM50 and boleh redeem bila-bila pun asalkan ada resit deposit tu. Plus for your info, this vendor ada few branches - Bangi, Pertama Complex, Pudu, & Shah Alam. So boleh pilih nak pergi tempah kat mana-mana branch pun.
Masa bayar deposit tu, kitorang tak finalize pun design mana yang kitorang nak sebab vendor tu cakap, "nanti kalau datang kedai diorang ada baaaaaaanyakkkkk lagi design kad sampai awak pun pening nak pilih!". So okay, kitorang reserve dulu bab design kad tu sebab kononnya nak tengok design-design yang baaaanyaaakk sangattt tu.
So a few weeks later, tiba hari nak pergi menempah and pilih kad tu, kitorang berkira-kira nak pergi branch yang mana satu. Sepatutnya kitorang lebih mudah nak pergi branch yang kat Bangi, but unfortunately saya tertinggal resit kat rumah :( . So kena balik rumah saya semula untuk ambil resit. Rumah saya dah dekat dengan area KL, so lepas dah pening-pening nak pergi mana, we decided to go to Pertama Complex je walaupun hati macam berat nak pergi Bangi. Tapi cik abang dah merungut sebab jauh nak patah balik. Wuuu~
Sampai-sampai kat kedai, terus tunjuk resit deposit and diorang tunjuk kad mana yang boleh dipilih untuk pakej yang saya pilih tu. Start dari situ je saya dah kecewa sikit. Kenapa?
1. Kad yang boleh dipilih tu tak lah banyak mana pun macam yang digambarkan oleh vendor tu. Limited ! So tak banyak sebenarnya design yang berkenan kat hati saya ni. Tsk !
2. Kitorang dilayan dengan seorang girl ni. Biasalah kalau tengah deal, macam-macam lah kan kitorang nak tanya. But setiap kali kitorang soal budak ni, dia mesti tak tau nak jawab. And setiap kali tu jugak dia kena tanya senior dia - staf lelaki. Yang staf lelaki neh elok je duduk mengadap komputer depan kitorang sambil mengunyah. Kitorang jadi sangat annoying bila setiap kali kitorang tanya and nak deal, budak tu kena tanya staff lelaki tu dulu. Apalah salahnya staf lelaki tu datang kat kitorang and deal dengan kitorang terus, kan? Agak sakit hati jugaklah masa tu. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan nak marah-marah. So sabar je lah dengan kerenah vendor ni. Macam tak appreciate customer! *sigh* (sakit hati bila ingat balik).
Actually, ada few other things yang buat kitorang tak puas hati. Tapi cukuplah setakat tu yang saya boleh share cerita. But if i can turn back the time, and got a way more better package from the same vendor, i should say NO rather than dealing with unprofesional people.
And yes, life must go on! Alhamdulillah we manage to get our cards, BUT with some flaw here and there. T__T Kecewaaaa lagi. Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak memang kena terima jugak. Membazir pulak kalau tempah kad yang baru. Dugaan tuhan tu, insyaAllah ada hikmahnya. Hmm
p/s: Dengar cerita setem untuk pos kad kahwin kena guna setem 80 sen eh? Say whatttt? Lagi mahal setem tu dari kad kahwin okaaayyy. *sigh*
1 comment:
CZ,
Nak bagitau. tapi takut mengaibkan pulak. So nanti CZ provide email add ke, YM ke, so then i'll send the info to you ya. ;)
Betul, apa-apa pun, dgn siapa-siapa pun kita deal, kena hati-hati. Kdg2 ape yg diorg promo kan tu tak sama mcm keadaan sebenar. My mistake jugak sebab rushing nak selesaikan cpat2 hal kad tu. But what to do, past is past. That's why sy share kat sini, so other B2B boleh take note on this. ;)
Post a Comment