Friday, September 30, 2011

Contest: Idea Photobooth Kreatif


Wahhh ! First time ni saya nak join contest ! Tapi tapi tapi hari ni dah tarikh tutup penyertaan ! Huwaaa. Tak pasti lah organizer terima ke tak entry ni. Hope diterima lah ! Hihi :D

Okay contest ni adalah The Photobooth Corner yang empunya. Dari nama diorang pun dah boleh agak diorang provide service apa kan? So lemme tell you straight, diorang provide service for photobooth including polaroid camera, easel, and so forth ! Their price also veryyy reasonable !

Ok now tuan punya kedai, sedang menganjurkan contest 'Idea Photobooth Kreatif' ! And the prizes are veryyyy mouth watering okaaay ! :DD


Wedding Tips #2 - White wedding gown?


" A piece of chalk is a handy thing to carry with you. It will cover over small spots of dirt on the bride's gown or the men's shirts. "

Hmm idea bernas jugak kan? Siapa-siapa yang pakai baju nikah or resepsi tema putih boleh apply tips ni. ;). 

And for me? Huu baju nikah dan resepsi saya tak ada pun warna putih. Hihi. Tema warna baju nikah warna silver and tema resepsi warna turqoise.

Mana nak cari kapur silver & turqoise eh eh ? Hihihi :P

Thursday, September 29, 2011

#Help! : Photo canvas




Source: Google


Sekarang ni saya tengah survey untuk tempah photo canvas. Kat mana eh nak tempah photo canvas yang service bagus with reasonable price kat area KL ni? 

Anyone care to share?


Wedding Tips #1 - Honeymoon (?)


"Avoid over scheduling your honeymoon with activities. Take some time to wind down and just sit by the beach or pool together."

Ewah. Apa ni? Baru buat Wedding Tips pertama dah cerita pasal honeymoon? hahaha.

InsyaAllah kami akan honeymoon lepas selesai kedua-dua belah majlis nanti. Tak pergi jauh pun. Masih dalam Malaysia. Cuti-cuti Malaysia je la ni. hihi.

Nah bagi teaser sikittttt. :P


Friday, September 23, 2011

Submit borang nikah

Alhamdulillah, hari Isnin lepas saya dah selamat submit borang nikah. Pagi sebelum keluar rumah tu baru saya teringat pasal interview nikah kat Johor ni. Menggelabah lah saya dengan tak prepare mental ni apa-apa pun. Buku yang saya dapat masa kursus kahwin tu saya letak kat mana entah. Masa dicari ni lah tak jumpa. Huhu

So sebelum ke Pejabat Agama Kluang tu, saya sempat cuba google pasal interview nikah kat Johor ni. Ada B2B johor ni yang kena interview, ada yang terlepas interview. Dan rata-rata yang kena interview tu share yang diorang ditanya pasal doa qunut dan tanggungjawab suami isteri. So saya agak lega lah sekejap sebab kalau saya ditanya dua soalan ni, insyaAllah saya boleh jawab. Tapi kalau soalan lain yang ditanyaa? Sudahhh, memang nervous weh. ;p

Sampai dekat Pejabat Agama, saya terus masuk jumpa dengan pegawai kat situ. Dia check segala dokumen yang diperlukan. Ingat, kalau yang belah perempuan kena bawak dokumen bakal pengantin lelaki yang diluluskan sekali tawww. 

Okay lepas tu pegawai tu keluarkan satu borang ni. BORANG INTERVIEW koranggg ! Dia suruh tulis nama dan nombor IC dekat borang tu. Sempatlah saya tengok soalan-soalan interview tu. Ada 5 soalan. Pergh ada satu soalan tu macam saya fail je kalau ditanya. Haha! Saya mula cuak dah. Sempat saya tanya ayah saya jawapan soalan tu kat ayah masa pegawai tu pergi mana entah, tapi ayah saya tak dengar lah pulakkkk. Nak ulang soalan tu kat ayah, pegawai tu dah terpacak kat meja dia. Kecut perutttttt dibuatnye. Huhu

Lepas dah siap isi borang tu, pegawai tu tulis-tulis sikit atas borang tu. And then, dia bagi saya borang tu semula.

"Awak tengok soalan ni. Awak boleh jawab tak?"


Thursday, September 22, 2011

Catatan Raya Part II

Dah 3-4 tahun jugak saya join konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak join walaupun dah bekerja kat KL ni. Sebab konvoi raya memang biasa buat kat area Johor je memandangkan kawan-kawan sekolah memang majoriti orang Johor aka Jowo. Hihi.

Dan mungkin ini tahun terakhir yang saya dapat join kawan-kawan saya ni beraya sakan. Maklumlah lepas ni status dah lain. Dah berdua. Sorang kampungnya di utara, sorang lagi di selatan. Dah kena melawat pakcik makcik sebelah sana, pakcik makcik sebelah sini. Hihi. ;p



Dalam busy beraya dengan kawan-kawan, saya sempat ke majlis perkahwinan kawan saya di Gemas. Dia rakan sebilik saya masa di kolej matrikulasi dulu. Lepas tu sama-sama pulak masuk di universiti yang sama, fakulti yang sama. Dah jodoh namanya. Hehe.