Thursday, September 22, 2011

Catatan Raya Part II

Dah 3-4 tahun jugak saya join konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah. Alhamdulillah tahun ni dapat jugak join walaupun dah bekerja kat KL ni. Sebab konvoi raya memang biasa buat kat area Johor je memandangkan kawan-kawan sekolah memang majoriti orang Johor aka Jowo. Hihi.

Dan mungkin ini tahun terakhir yang saya dapat join kawan-kawan saya ni beraya sakan. Maklumlah lepas ni status dah lain. Dah berdua. Sorang kampungnya di utara, sorang lagi di selatan. Dah kena melawat pakcik makcik sebelah sana, pakcik makcik sebelah sini. Hihi. ;p



Dalam busy beraya dengan kawan-kawan, saya sempat ke majlis perkahwinan kawan saya di Gemas. Dia rakan sebilik saya masa di kolej matrikulasi dulu. Lepas tu sama-sama pulak masuk di universiti yang sama, fakulti yang sama. Dah jodoh namanya. Hehe.







Memandangkan dah kawan lama, sebilik pulak tu, memang macam-macam suka duka yang dikongsi sejak di kolej. Jadi bila pertama kali tengok dia dalam pakaian pengantin macam princess tu, air mata macam nak terjatuh. Tak tau kenapa. Mungkin sebab terlalu happy untuk dia. (':

Sensitive, much? Hihi.

Saya ni memang senang je nak tumpahkan air mata. Sangat senang. Tengok orang menangis pun dah boleh buat saya menangis. Walaupun orang tu saya baru kenal tak sampai seminit. :D

Keesokan harinya, saya sempat ke rumah seorang kawan yang pernah masuk dalam list good friend saya. Niat di hati sebab nak ziarah ibunya yang tidak sihat. Walaupun petang tu dah lewat semacam, saya cepat-cepat drive jugak sebab nak penuhkan niat saya tu. Ibu kawan saya ni baik sangat hubungannya dengan saya. Saya pun senang sangat sesekali berjumpa dengan ibu kawan saya ni. Jadi bila kawan saya sampaikan yang ibu dia tidak sihat, memang terus saya berniat nak ziarah. Mana tahu lepas kahwin nanti dah susah nak jumpa macam biasa kan? Al maklum kawan saya tu kawan lelaki. Kurang manis kot kalau saya ke sana pulak lepas dah bergelar isteri orang.


Lepas 3 hari habiskan masa dengan kawan-kawan, saya ambil cuti ekstra 2 hari untuk saya selesaikan beberapa urusan dan habiskan masa dengan family. Dalam 2 hari tu jugak saya bawa adik saya keluar berjalan-jalan.

Hari pertama dia teman saya ke kedai mak andam dan kedai kanopi. Lepas tu saya penuhi permintaan dia nak ke Giant. Nak beli pengasah pensel katanya. Terus saya belikan dia pensel warna yang ada pengasah sekali dalam kotak tu. Seronok dia.

Hari kedua saya teringat yang adik saya suka sangat makan kek Choc Indulgence Secret Recipe tu. Dalam hujan-hujan, saya bawa jugak dia ke Kluang Mall untuk belikan dia kek kegemaran dia tu. Sempat singgah di kedai buku POPULAR dan belikan dia buku yang dia nak. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia makan kek tu. Habis makan, dia tertidur. Hihi. Letih sangat agaknya pusing Kluang Mall tu.

Esoknya, selepas subuh saya dah bertolak balik ke KL.

Tujuan catatan saya ini untuk saya simpan momen-momen indah dalam hidup saya. Saya ni pun manusia biasa yang tak mungkin mampu simpan semuanya dalam hati dan minda saya.

:)

No comments: