Tuesday, May 5, 2015

Pengalaman melahirkan anak sulung - bhgn 2

Punyalah lambat nak sambung part 2 punya ni. Hihi. :D

3am
Rasa sakit contraction semakin kuat. Dari 15 minit sekali, ke 10 minit sekali.. Saya dah mengantuk sangat masa tu, terlelap jugak. Tapi bila dah 5 minit sekali asyik terjaga bila sakit contraction tu datang, cakap dalam hati, pukul 4 ni kalau dah tak tahan sakit nak pi bagitau nurse..

4am
Rasa sakit sangat-sangat dah. Nak panggil nurse tapi tak nampak pulak ada nurse dekat-dekat bilik wad. Terpaksalah saya bangun, jalan perlahan-lahan cari nurse. Kat kaunter pun takde. Ah, sudah. Mana lah pulak nurse ni. Cari punya cari jumpa lah nurse dekat satu bilik tu. Saya bagitau nurse tu saya sakit sangat dah ni. Nurse tu pun suruh saya baring dan dia nak check bukaan saya.

Bila dia seluk tu, dia tanya saya,

"Awak dah meneran ke tadi?"
"Eh, takde nurse"
"Saya tak rasa pun kepala ni."
"Betul saya takde teran pun"
"Ok takpe, siap-siap ke wad bersalin. Dah buka 9cm ni"

Allahuakbar. Dah 9cm. Patutlah punya sakit saya menahan. Rupanya dah nak keluar dah baby saya ni. Saya minta izin nak ambil telefon kat bilik wad sebab dalam kepala nak panggil suami ada di sisi saya semasa bersalin nanti. Saya telefon suami, bagitahu yang saya dah nak masuk wad bersalin. Suami saya yang memang tunggu di lobby sepanjang malam tu kata dia akan masuk wad bersalin bersama saya, insyaAllah.

5am
Di dalam wad bersalin. Beberapa orang nurse sedang menyiapkan peralatan manakala saya sudah siap-siap berbaring sambil membaca doa Nabi Yunus tanpa henti. Terkumat-kamit mulut ni sambil jantung berdegup kencang. Tiba saatnya. Saat yang selama ini saya & suami serta keluarga tertunggu-tunggu. Tiba saat saya bakal berjumpa dengan bayi yang dikandung selama 40 minggu. Tapi dalam masa yang sama, perasaan nervous, cemas memang ada. Mungkin sebab itu pengalaman pertama, jadi saya tak tahu nak expect macam mana.

"Awak dah buang air besar?" soal nurse. Saya menggelengkan kepala. Lalu dimasukkan ubat untuk saya buang air besar. Tak lama lepas tu saya dah terasa nak membuang.

"Kena pergi toilet ke ni?" Tanya saya kepada nurse.
"Tak payah. Awak buang je atas katil ni."

Allah.. punyalah malu tak tertanggung. Hihi. Tapi nak buat macam mana. Kesian kat nurse terpaksa bersihkan hasil buangan saya tu. Memang saya terbaring je sambil pejam mata. Maluuu... Hehehe

Semua dah bersedia. Doktor pun sudah ada. Alhamdulillah doktor perempuan yang ada masa tu. Kurang lah sikit malunya. Doktor bagitahu, kalau sakit datang, saya dah boleh meneran sekuat hati.

Saya tanya nurse, mana suami saya? Nurse bagitahu, bila dah nampak kepala baby, baru suami akan dipanggil masuk..saya pasrah saja..

Bila sakit datang, saya cuba teran, susahnyaaa nak keluar babynya. Nurse cakap saya salah teknik meneran. Sambil menjerit saya teran lagi sekuat hati. Kena marah lagi sebab menjerit. Saya pun tak boleh nak kawal, sebab macam automatik terjerit bila nak meneran sekuat hati tu.

Baby tak keluar juga. Mereka perlu ubah prosedur bersalin. Kaki saya perlu digantung ke atas. Doktor bagitahu, kalau dah buat prosedur ni, suami memang tak boleh masuk. Runtun hati, tapi apakan daya, saya akur.. Yang penting saya kena usaha bagi baby keluar juga..

Doktor cakap jantung baby dah semakin lemah. Saya kena teran cepat supaya baby dapat keluar segera. Allah.. masa tu saya dah tak ingat dah macam mana & apa yang saya buat. Yang saya tahu saya teran sekuat hati tak tahu lah punggung terangkat ke menjerit ke yang penting baby saya dapat keluar segera. Dengan bantuan doktor yang menekan-nekan perut saya supaya baby dapat turun cepat, alhamdulillah baby dapat keluar akhirnya, tepat jam 5.30 pagi, 7 Mac 2013.

Saya memejam mata..keletihan..sambil menyebut alhamdulillah..alhamdulillah tak henti..Sekali saya buka mata saya nampak baby saya dipegang oleh nurse dan dibawa pergi untuk dibersihkan..saya dah tak larat dah masa tu..mereka keluarkan uri pula..saya hanya pejam mata..dan lepas tu bukaan saya yang koyak sebanyak 7cm dijahit & dibersihkan..saya dah tak terdaya masa tu..tak rasa apa dah.

Lepas tu baru suami dapat masuk tengok baby.. Mengalir airmata bila dengar suami azankan di telinga baby. Suami minta izin nurse untuk bawa baby ke luar, bawa berjumpa ayah saya yang sama-sama menunggu di luar wad bersalin.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah untuk kelahiran anak sulung saya ini. Dan alhamdulillah dah 2 tahun pun anak sulung saya ni. :)

Terima kasih juga buat nurse & doktor di Hospital Kluang yang membantu sepanjang proses kelahiran anak saya.

InsyaAllah akan dikongsikan pula pengalaman melahirkan anak kedua di bumi Denmark. Beza, memang berbeza.

2 comments:

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

hayya linda said...

alhamdulliah berjaya jgk utk pengalaman pertama . sy lebih kurang mcm tu jugak . bertapa hampir seminggu kat hospital.
hai org kluang :)
plan pon nk bersalin kat hospital kluang tp bby terkeluar kat kl awal 3 weeks