Thursday, December 6, 2012

Shopping barang baby: Part 3

Ok, final entry tentang 4th Maternity & Children expo hari tu. Hihi. Kemain 3 entry sebab 3 hari ke sana kaaan. ;p



Since 4 bulan pregnant hari tu memang dah start sapu bio oil ni kat perut untuk elak or kurangkan stretch mark. So expo ni memang tepat pada masanya lah, sebab bio oil yang sedia ada dah nak habis. So saya beli bio oil 125 ml ni for RM47. Normal price kalau di watsons RM48++. Tak de lah banyak beza sangat. Tapi dapat free gift baby wipes. I like ! :D





Diapers ni plak memang hot item lah kat expo ni. Panjang sungguh orang sanggup beratur. Lepas tu beli sampai sekotak ! Huu. Saya beli 1 pek newborn 48 pcs je, RM26. Mula-mula ingat nak beli whoopee sebab femes semacam je kan, tapi takde plak kat expo masa ni. Oh yang Pureen napkins tu saya tak beli kat expo. Beli kat jusco dalam MidValley tu jugak sebab ada diskaun, 10 pcs for RM25.90. Normal price RM28++. And dapat free nappy rash cream. I like lagi. Hehe.


Rompers comel ni saya beli kat booth mana entah. Lupa plak. 3 pcs for RM20. Seboleh-boleh pilih corak yang konon-konon boy or girl boleh pakai except polka dot tu la. Hee. Nasiblah kalau dapat baby boy, pakai polka dot tu. Ngeee. Comel sangat rompers ni, baby boleh pakai kejap je kot sebab comel-secomelnya. Beli jugak lah sebab dah geram sangat. Heee.


Then pergi kat booth autumz. Kat sini saya beli washable breast pads 6 pcs, RM11. Reusable ice pack 3pcs, RM15. Milk storage bags 25 pcs, RM9. Hajat di hati nak grab storage bottle 10pcs for RM28 tu sekali, tapi dah habis. Sobsss. Kecewa di situ. So ganti kekecewaan dengan beli cooler bag bulat-bulat tu dengan harga RM17.


Lepas tu kami ke Tommee Tippee. Plan nak beli 5oz feeding bottle je, tapiiiii bila dah sampai booth, pening nak pilih antara 5 oz dengan 9 oz. 2pcs botol 5oz tu harganya RM32.34, yang 2pcs botol 9 oz tu pulak RM33.54. Sikit je bezanya. So suami suruh ambil yang besar tu je. Bila saya tanya, 'Tak besar ke untuk baby?'. Suami jawab, "Bukan baby pun yang nak pegang kannn?'. Hehe. Baiklah, saya kalah. So ambil lah botol 9 oz tu. Normal price untuk 2pcs botol 9 oz tu RM55.90.

Sebelum nak bayar, suami ajak pulak tengok package set manual breast pump. Tengok-tengok, harga untuk breast pump tu RM99.90 je, plus dapat free disposable breast pads sekotak. Normal price untuk breast pump tu RM199.90. Disposable breast pads tu pulak sekotak RM39.90. Memang murah lah kan? Saya pun terus lah angguk-angguk kepala kat suami tanda NAKKKK. Huuu. Padahal plan asal nak beli breast pump manual Anakku je, tapi dah jumpa Tommee Tippee tengah sale ni, kita rembat aje lah. Heee hope ok lah breast pump ni nanti. ;)

Finally, saya ada beli nursing bra dan maternity panties kat booth MumsDreams. Gambar takde lah ye. Malu ai nak tayang kat sini. Hee. Nursing bra tu saya beli yang paling murah, 2 helai harganya RM25.80. Maternity panties pulak 2 helai harganya RM20. Memang selesa. :)

Hasil free gift yang kami dapat sepanjang 3 hari pergi expo ni. Heeee.

Ni pun diorang bagi dalam goodies bag. Best sangat !


Lepas selesai urusan kat expo, kitorang masuk pulak DAISO yang baru dibuka kat level 3 MidValley tu. Dapatlah kami membeli berus untuk feeding bottle, cotton buds, dan hanger. RM5 for each item ! Weee.

Penat memang penat. Tapi overall memang puas hati. Lepas ni just perlu topup sikit-sikit barang-barang untuk baby ni. Hujung minggu ni ada mom & baby expo kat PISA, Penang. Sebelum ni kami plan nak ke sana, tapi sebab dah shopping sakan kat Midvalley hari tu, tak jadi lah kami ke sana. Cuma plan nak ke padang besar pulak lepas ni nak tengok kot-kot ada barang untuk keperluan baby yang boleh dibeli kat sana. Hee.

p/s: Hasil 3 hari sakan berjalan dalam Midvalley, berat badan turun 0.4 kg lepas buat check up pagi ni ! Cobaannnnn. ;p

4 comments:

Eliss Mie said...

sakan yer beli belah kat expo. x pernah pergi dah sebab serik dulu pergi dengan baby kena berasak2 :p

pump saya kat mana yer.. hahaa. kena tengok balik bawah katil,kalau hilang kena beli pump baru laa nampaknya. comel jugak pump Tommee Tippee tu :)

erna said...

seronok sempat membeli belah kat expo. erna dulu time prgnent, setiap kali ada expo..erna ada kat perlis.memang tak berkesempatan nak ke expo.

haritu kami tunggu stock pampers mumy poko size M sampai kul5. kami borobg sekotak terus. sekotak ada 4bag pampers. Dari kecik iman memang pakai mummy poko :)

IDAZS said...

sakannya borong. Saya pun beli juga pampers mamypoko tu. Tapi beli untuk newborn je. hihihi...

oh ya, pengalaman saya dulu anak saya minum susu dalam botol yang 5oz je sampai setahun, lepas setahun tu baru tukar pada yang 9 oz. Tapi takpe, ikut keselesaan masing-masing dan jumlah oz yang anak minum. :)

cutenya pump TT tu

AZLIN said...

Boleh tak nak tau breast pump tommee tippee tu ok ke tak. Sy tgh survey manual breast pump.tq