Thursday, December 27, 2012

30 weeks and counting ++.

Lama jugak tinggalkan blog ni. Actually hari-hari rasa nak update, tapi bila bukak blogger je rasa malas pulak nak menaip. Mungkin sebab nak selesaikan dulu kerja-kerja yang mesti kena siapkan dulu. Ouh, by the way, saya dah selamat present my master project a.k.a VIVA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baby pun 'behave' je duk diam masa ummi dia present kat depan panel, Prof Hanafi dari USM. Dan alhamdulillah, saya pass with minor correction. And today, lepas dah submit correction untuk thesis kat supervisor sebelum hantar kat internal examiner, baru hati ada rasa senang nak update blog. Hee

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah berusia 30 minggu. Syukur alhamdulillah, saya masih sihat, dan harapnya baby dalam kandungan ni pun sihat walafiat jugak la ye. Hari tu check kat Mahsuri, Jitra, berat baby dah 1.47 kg. Alhamdulillah, berat baby normal kata doktor :). So far takde nausea atau pedih ulu hati. Kaki pun ok macam biasa, tak bengkak, walaupun kuat jugak saya dan suami berjalan-jalan hujung minggu. Hee. Cuma sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus, memang akan rasa sengkak ke dada & perut. Huu. Nak buat kerja rumah & masak sikit-sikit pun masih bertenaga, alhamdulillah. Dengan syarat, tak boleh nak berdiri lama-lama sangat. So kena duduk selang 15 minit buat kerja or masak.

Masa check up 28 minggu hari tu, berat dah cecah 63.2 kg. Pheww hampir 10 kg dah naik. Hb pun dah naik sikit from 9.8 to 10.1. Tapi masih rendah bacaan tu . Kena teruskan makan kerang, bayam, kacang, etc etc. Result untuk MGTT test pun dah dapat. Syukur lagi, saya takde diabetes semasa pregnancy ni. Huu cuak jugak actually sebab ummi saya dulu ada diabetes masa pregnantkan adik saya. Plus, saya memang suka makan & minum benda manis sepanjang pregnancy ni. Heee nasib baik lepas. :D

Friday, December 14, 2012

Kurma Safawi from Jeddah

Ada rakan tempat kerja suami bagitau, masa dia pregnant dulu pun dia mengalami masalah low HB jugak. So dia makan kurma Mekah dan alhamdulillah HB dia dapat naik macam biasa. Saya pun berusaha lah jugak nak beli kurma kat pasaraya dekat dengan rumah. Tapi sedih sebab kurma semua macam stok lama-lama, dah berhabuk-habuk. Stok ramadhan hari tu lah kot. Tak jadi lah saya beli. Bila google, ada je yang buat jualan kurma online ni kat Malaysia.

Kebetulan sangat-sangat, saya baru teringat pakcik suami saya ke Jeddah atas urusan kerja. Dah alang-alang dia ada kat sana, kami pun kirim kurma dan air zam-zam dengan dia. Mula-mula ingat nak beli kurma Ajwa, tapi harga 1kg RM160. Agak mahal lah kan. So kami decide untuk beli kurma Safawi ni, harganya RM60 untuk 1kg. Air zam-zam pulak saya nak buat minum masa nak melahirkan nanti. Alhamdulillah, pakcik suami selamat tiba di tanah air dan dapatlah kami merasa kurma ni. Memang sedap. Puas hati sangat. Terima kasih, Pakteh !



Thursday, December 6, 2012

Roti jala + kuah durian.

Masa orang duk sibuk-sibuk dengan durian crepe, saya pulak dengan roti jala cicah kuah durian. Hihi. Bukan apa, bila memasing tunjuk gambar durian crepe kat FB, bukan kata tak teringin, tapi teguhkan hati sebab tau kat area sini susah nak jumpa kot. Maybe ada online, tapi kalau boleh nak tengok sendiri dulu, baru beli. So sabar aje lah, hai hati. Hihi. Dapat beli roti jala cicah kuah durian ni pun kiranya dah dapat mengubat hati yang lara. Cewah. :P


Sedap ! First time makan dengan kuah durian. Sebelum ni makan dengan kuah kari aje. Rasanya, maybe sebab musim durian, pakcik tu pun buat kuah durian sekali. Sebab sebelum ni saya beli di kedai yang sama ada kuah kari je. Hee. Ce try test jugak u olls ! ;)

Shopping barang baby: Part 3

Ok, final entry tentang 4th Maternity & Children expo hari tu. Hihi. Kemain 3 entry sebab 3 hari ke sana kaaan. ;p



Since 4 bulan pregnant hari tu memang dah start sapu bio oil ni kat perut untuk elak or kurangkan stretch mark. So expo ni memang tepat pada masanya lah, sebab bio oil yang sedia ada dah nak habis. So saya beli bio oil 125 ml ni for RM47. Normal price kalau di watsons RM48++. Tak de lah banyak beza sangat. Tapi dapat free gift baby wipes. I like ! :D

Wednesday, December 5, 2012

Shopping barang baby Part 2: Pureen

Ok sambungan dari entry yang lepas, booth pertama yang saya borong adalah booth Pureen. Banyak blog yang saya baca, kat booth Pureen ni memang macam-macam ada. That's why saya pergi borong kat sini dulu sebelum barang-barang yang nak beli tu habis. Plus, masa saya ke sana malam Jumaat tu, memang banyak barang dah out of stock. Kena tunggu esoknya baru barang ada.


Hasil borongan di booth Pureen. Nak kata saya memborong sakan tu tak jugaklah. Saya just ambil mana yang dirasakan perlu untuk permulaan nak sambut baby. Ambil serba sedikit. Dan semuanya keperluan asas untuk baby.


Tuesday, December 4, 2012

Shopping barang baby: Part 1

Wee. Alhamdulillah, dah selamat buat lawatan selama 3 hari berturut-turut ke Midvalley. Hihihi, sounds crazy, aite? Actually, masa 1st day of expo saya ke Midvalley dalam pukul 8.30 pm. Dah agak lewat masa tu. So sempat nak pusing-pusing je tengok barang-barang apa yang ada kat situ. Sebelum tu, of course lah register dulu sebab nak free gift kan. Unfortunately, goodies bag dah habis, so just dapat 2 keping diapers from BabyLove and PetPet je. Ok lah daripada tak dapat apa-apa. Hee. :D

So memang plan nak start membeli masa hari sabtu je. Then hari sabtu tu, lepas dah register (again ;p), barulah bermulanya episod rempuhan dan rebutan di expo tu. Hehe. Memang ramai orang sangat. Dan yang bestnya, ada 3 hall untuk expo ni. So memang banyak booth yang dibuka kat situ. Checklist memang saya dah siap-siap bawa, senang nak tengok apa barang yang nak dibeli. Plus, boleh menghalang dari membeli apa-apa yang tidak perlu. Woosh, memang rambang sangat mata, kalau ikut hati nak je sambar banyak-banyak.

Hari ahad pulak memang tak de plan nak ke Midvalley lagi since barang-barang yang dicari hampir semuanya dah dapat. Tapi, bila saya ke Aeon Jusco, and tengok barang-barang baby yang dijual kat situ, rasa nak sangat pergi expo lagi sekali untuk grab je barang-barang yang kitorang rasa boleh beli kat shopping mall and online. Sebab, harga kat expo tu lagi berbaloi-baloi ! Hehe. So ke Midvalley lah kita sekali lagi. Heee. Dan hari ketiga ni lah baru rajin nak posing sikit kat expo tu. Hari sabtu tu memang ya ampun tak daya nak keluarkan kamera ambil gambar sana sini. Dengan ramai orangnye, tak cukup tangannye, sakit kaki & pinggang nya. So hari ahad ni disebabkan tak banyak sangat membeli, dapatlah ambil gambar sekeping dua. :D

Welcome to 4th Maternity & Children expo ! :D

Friday, November 30, 2012

4th Maternity & Children Expo, Midvalley.



InsyaAllah akan ke expo ni untuk pertama kali. Kalau sempat sampai hari ni, hari ni lah kitorang mula pergi. Kalau tak, maybe esok DAN lusa. DAN okayyy. DAN. Bukan ATAU. Heee.

Excited jugak bila nak start membeli barang keperluan baby. Dua hari asyik mengadap list dan buat research sikit kat many blogs yang share experience pergi expo macam ni. So senang sikit nak expect what it will look like, right? And senang nak compare harga barang kat expo, online, and kat kedai. So thank you to all mommies out there yang share banyak info sangat berguna. InsyaAllah, lepas ni saya akan share my own experience pulak. 

Happy shopping ! :)

Wednesday, November 28, 2012

Kluang outdoor.

Kalau dah nama Kluang kan, tak sah lah kalau tak amek gambar kat railway ni kan? ;p. Actually outdoor ni kitorang buat on the next day after reception. Baju pun recycle je yang reception punya. Hihi. Pepagi lepas breakfast dengan family & sanak saudara kat rumah, kitorang terus shoot ke stesen keretapi Kluang. Lepas dah habis shoot semua, pekena kopi Kluang & roti bakar kat railcoffee yang famous amos kat situ.










Soalan cepu emas: Agak-agak sekarang ni suami larat lagi tak nak angkat mak buyung ni macam gambar kat atas tu? Tehehehehehe ;p

All photos credit to Nodee Ghani Pictures ! Thank you Nodee! ;)

Fakta menarik tentang kelahiran.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

Tuesday, November 27, 2012

100 days.

Ce tengok kat sebelah neh ------->

Ok kalau tak nampak boleh tengok gambar bawah ni je. Hihi. ;p


100 days to go ! 

Wah pejam celik pejam celik. Tak lama lagi. Sungguh, terasa cepatnya masa berlalu. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen. :)

Roti Puri ohsem !

Masa saya balik ke Kluang hari tu memang tak lepaskan peluang lah ajak parents breakfast roti puri. Sebabnya bukan senang nak jumpa. Hampir setahun di utara ni belum pernah lagi saya jumpa orang jual roti puri. Memang kalau nak breakfast tu kalau tak roti canai, nasi lemak. Kalau tak nasi lemak, roti canai. So bila dah balik Kluang, memang saya mintak je makanan yang saya duk teringin tapi tak dapat kat sini. Hihi. ;p


 Roti puri kat kedai ni garing ! Best best.


Monday, November 26, 2012

Check up 25 weeks.

1) Minum air gula.

Disebabkan masa check up yang lepas, berat badan naik mendadak, nurse suruh saya minum air gula minggu ni. Dan disebabkan kena minum air gula, saya harus puasa dari pukul 10 malam sebelum hari nak minum air gula tu. Tak boleh makan apa-apa, cuma boleh minum air kosong saje. 

Pagi tu saya disuruh datang awal sebab takut ramai orang. So pukul 8 pagi saya dah terpacak kat depan KK. Alhamdulillah, dapat turn pun awal. Maksudnya, pepagi tu saya sarapan air gula je lah. Sebelum tu kena ambil darah dulu. Nurse dah siap-siap bancuhkan air gula suam. Rasa air gula? Dah nama pun gula kan, sangat maniss u olls ! Tapi alhamdulillah, takde lah saya rasa sampai nak muntah. Saya teguk sikit-sikit, lepas tu nurse tegur suruh habiskan cepat-cepat. Baiklah, nurse. Saya pun terus teguk, habiskan air gula tu. Pastu baru terasa macam loya-loya sikit, tapi tak sampai muntah. Lepas azab, hihi. Syukur. Kena ambil darah lagi sekali lepas 2 jam minum air gula.

2) HB yang menurun dan menurun.

Lepas dah minum air gula, timbang berat badan, dan ambil tekanan darah, macam biasa kena ambil darah pulak untuk check HB selain untuk check ada diabetes ke tidak. Oh by the way, berat saya naik 0.4 kg dalam masa seminggu check kat KK. Syukur lagi, tak naik lebih dari 0.5 kg. Hee. Ok back to the HB, dukacitanya HB saya memang jatuh merudum, 9.4 ! So saya kena jumpa doktor sebab HB saya yang makin lama makin rendah ni.


Friday, November 23, 2012

Mimpi.

Nak tahu. Sejak akhir-akhir ni, saya asyik mimpi je masa tidur malam. Boleh kata hari-hari saya mimpi. Ada mimpi yang okay, tapi kebanyakannya mimpi yang luar biasa, sampai boleh kata tahap dahsyat sangat. Sebelum tidur dah cuci kaki, and tak pernah tinggal doa sebelum tidur, ayatul kursiy, dan surah tiga qul tu, tapi tetap diganggu mimpi pelik jugak.

Ada siapa-siapa alami benda yang sama tak?
Normal ke mimpi bukan-bukan masa pregnant ni?
Ada kaitan dengan hormon ke?

Hmm. Musykil. Harap-harap mimpi sekadar mimpi je lah kan.

Moga-moga kami dilindungi Allah dari segala kejahatan dan kemudharatan.


Ameen.

Aisyah's wedding.

Last week, saya dan suami sempat hadir ke wedding reception my schoolmate Aisyah with her husband, Najmi di Bangi Golf Resort sebelum kami pulang semula ke utara. Aisyah was amazingly gorgeous with her simple yet cute peplum dress. Kalau tak silap hari tu nampak her status in FB yang dia tempah that dress for RM 90 only ! Berbaloi-baloi sangat, aite?

Love the colour combo ! Very sweet la both of them! 

Thursday, November 22, 2012

Terima kasih, ya Allah.

Alhamdulillah, tanggal 11.11.2012 haritu, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Rasa macam, Ya Allah, cepatnyaaa dah setahun. Masih segar lagi dalam ingatan saya ketika hari kami dinikahkan oleh ayah tercinta. Dan bila sang suami melafazkan kata keramat, dan dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isterinya. Perasaan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata bila memikirkan yang lafaz keramat tersebut telah mengubah dan membawa kami ke fasa kehidupan yang baru. 

Selepas kami selamat dinikahkan, ayah mula menitiskan air mata, saya menjadi sangat sebak dan tak tertahan lagi. Seisi keluarga seperti memahami apa yang ayah rasakan dan turut mengalirkan air mata. Perasaan terharu ditambah lagi bila paklong saya yang kurang sihat, terpaksa membawa kantung najis ke mana-mana, menangis semasa memeluk dan mencium saya. Sungguh, masih sangat kuat memori hari tu sampai ke hari ini. Dan ya, saya rindukan setiap saat pada hari itu. (':

Syukur alhamdulillah, kurniaan kasih sayang dan rasa cinta yang Allah pinjamkan kepada kami suami isteri masih kuat dan tersimpan rapi di sudut hati. Dan setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan kepada-Nya di atas kurniaan rezeki yang insyaAllah akan menguatkan lagi ikatan kasih dan sayang kami. 

Rasa terlalu kerdil diri ini bila mengakui diri ini bukanlah hamba-Nya yang sempurna, tapi tetap diberi peluang merasa nikmat dan rezeki yang di luar kotak fikiran kami ini. Syukur, syukur, alhamdulillah, ya Allah.


Thursday, November 8, 2012

Review: Kek Kahwin from jujucupcakes

Rehat sekekap from all the pregnancy things. Nak sambung review about my wedding yang dah nak masuk setahun pun. Hihi. Biar lambat, asal review je kan? Saje nak share to bride-to-be out there especially from Kluang  yang mungkin tercari-cari kat mana nak tempah kek kahwin yang berbaloi-baloi ni. ;D

Bila cerita pasal wedding cake ni, nak tergelak jugak saya sebab pada mulanya, saya ingat nak beli kek Secret Recipe yang dah tentu-tentu sedap, dan yang paling penting masa  tu adalah MURAH! Hehe. Save budget punye pasal. Suamy pulak kata tak payah ada kek pun tak pe. Haha lagi best kan ayat dia?

So bila dah decide untuk beli kek SR je, one of my good friend, Nana tanya pasal kek. And bila dia tau je yang saya nak beli kek SR, die terus lah bangkang habis-habisan. Heee. Sampai yang bestnya tu, dia terus nak sponsor wedding cake as our wedding gift! Fulamakaih, memang best betul bunyinya tu. Tapi yours truly ni agak segan-segan jugak lah nak terima sebab tau harga wedding kek yang bertingkat-tingkat tu bukannya murah setakat RM10-RM20 kan? Tapi Nana paksa jugak terima, so saya yang malu-malu kucing ni pun terima dengan hati yang saaaaangat terbuka dan gembiraaaaa sekali ! Heeee thank you Nana !

So bermula lah pencarian vendor wedding cake kat area Kluang & Batu Pahat. Saja cari yang dekat-dekat so saya tak payah nak pening fikir pasal nak bayar transportation cost etc etc. And i found this Jujucupcakes blogshop yang offer various design of cakes and cupcakes for events such as wedding, engagement, and so forth. After dah consult dengan the owner, saya pun mula lah google the design for the cakes. Bila google je wedding cakes, ya ampun sangat banyak yang cantik-cantik sampai tak tau nak pilih !

22 weeks check up.

Alhamdulillah, hari ni dah genap 23 minggu baby dalam kandungan. Tapi entry kali ni nak cerita pasal check up 22 weeks hari tu. Berdebar-debar jugak lah sebab nak check HB kan. Harap sangat lah HB naik sebab banyak jugak makan daging masa hari raya haji sebelum tu. Hari-hari pun makan daging sampai tak larat makan dah. Huhu. Check up kali ni banyak sangat experienced benda baru. 

Ok sampai-sampai je macam biasa check berat & tekanan darah. Mata terbeliak tengok nombor kat penimbang klinik tu. 58. 6 kg ! Terkejut sangat sebab sebelum pergi klinik tu saya sempat timbang kat rumah, berat saya 57.7 kg. Huu dalam hati dah sedia je lah nak kena bebel dengan nurse. Hihi. Tekanan darah pulak ok, 110/70. 

Lepas tu inject untuk ambil darah & check urine. Masa ni lah yang ditunggu-tunggu. Nak tau results untuk HB. Tapi malangnya, HB turun semula from 9.9 to 9.8. Sedih bukan kepalang. Macam-macam fikir dalam kepala, kenapa HB tak naik-naik. Padahal makan semua ok, takde pening-pening pun. *sigh*

Lepas tu masuk bilik consultancy, nurse check perut, ambil ukur lilit perut, then dengar degupan jantung baby. Alhamdulillah, kali ni dah dapat dengar. :')


Sunday, October 7, 2012

Kurang darah.

This morning, me and husband pergi routine check up 18 weeks kat KK. Kena datang sebab nak check HB sebab 2 minggu lepas pergi klinik, HB turun dari 11.5 to 11.3. Hari tu nurse advise saya banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi macam ikan, sotong, kerang, ikan bilis, hati, sayur-sayuran hijau. So, memang saya banyak ambil kerang, sayur etc etc. And luckily, parents in law datang rumah duduk sini seminggu sebab ada kenduri kawan diorang. So memang syok lah sebab mak mertua masakkan hari-hari kat rumah. Sayur, ikan memang wajib tersedia dah kat rumah tu bila balik dari lab & fakulti.

So tadi check berat, naik 1 kg since last week. Lepas tu buat urine test, check HB amik darah kat hujung jari, resultnya sangat memeranjatkan. Darah turun sampai dari 11.3 ke 9.6. Banyak tu turun. Then nurse suruh ambil darah sekali lagi, kali ni kat lengan pulak sebab lebih accurate. Naik sikit je pun, 9.8. T_T

Rasa terkejut + sedih + risau. Sebab tak expect bacaan HB turun lagi sebab rasanya dah banyak makanan-makan yang tinggi zat besi tu. Susu pun minum at least sekali sehari. Then, nurse pulak bagitau kalau kurang darah banyak or kena anemia, takut effect pada baby. Sebab bila darah kurang, takut baby tak cukup dapat oksigen. Bila kurang oksigen, boleh effect kepada pembesaran baby dalam perut, or pre-mature, and berisiko untuk keguguran. Ya Allah, takut sangat bila nurse cakap macam tu.

So now nurse advise naikkan dos ambil iron pill dari sekali sehari kepada 2 kali. Lagi 2 minggu kena check lagi HB. Hope tak turun lagi la. Bila fikir kekadang confuse jugak, sebab rasa dah makan banyak, cukup pun boleh kurang darah lagi. Tak tau now nak buat macam mana lagi, except doa banyak-banyak pada Dia, minta semuanya ok. *sigh*

Lil' munchkin is on the way.


Alhamdulillah, i'm 17 weeks pregnant. Tak dapat nak describe macam mana perasaan bila dapat tahu ada bakal khalifah Allah dalam perut sendiri. Lagi-lagi bila first time dapat tengok baby bergerak dengan denyutan jantung yang kuat masa scan 16 weeks hari tu. Rasa nak menangis masa tu jugak, cuma takde air mata je. Memang indescribable. Next scan doktor cakap masa week 28 nanti. Ada jugak niat nak buat 4D scan nanti, insyaAllah.



Dah nampak dah tu kepala, tulang belakang, kaki dia. Lepas tu nampak baby bergerak-gerak dengan degupan jantung dia. Subhanallah. (':

Tuesday, June 12, 2012

DIY : Wedding Doorgift

So, for the wedding doorgift, saya decide untuk DIY the doorgift from A to Z ! I used the recycle brown paper bag for the doorgift bag, as what i wrote in my previous post HERE. Mind you, the decision to make all the doorgift memang sangat renyahhh ! Renyah tu maksudnya sangat remeh, leceh, dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi ! 

Untuk kes saya ni, saya berikan makanan-makan seperti kerepek, kekacang, & makanan ringan sebagai doorgift. So saya perlu bahagikan kerepek dalam small packaging yang muat masuk dalam brown paper bag ni, then masukkan pulak makanan-makanan yang lain, lepas tu stapler sampai habis 1000 set doorgift! Just imagine kalau buat sendiri. Memang macam nak patah pinggang macam saya cerita kat my previous post HERE. Less than 10 days nak majlis pun still gigih siapkan doorgift. Haha. Itupun ummi, pengasuh adik saya dan adik saya dah tolong saya buat semua tu. Ringanlah sikit kerja tu. But still, memang remeh. Nak jimat punya pasal, kan? Hihi ;p

Oh, lupa satu perkara, sebelum masukkan makanan dalam paper bag, kenalah lekatkan dulu thank you tag, kalau ada.You can read my post about the Thank You Tag HERE. :) Lepas dah lekatkan thank you tag, and dah pack-kan 1000 set doorgift tu, kena lekatkan the ribbons. Ahaaaa, before that, kena lah siap-siap prepare the ribbons ye. Muehehe, i told  you memang banyak kerja kalau nak buat semuanya sendiri. Yang penting, kuatkan semangat ! :D

Anti-clockwise from top: 1-Doorgift yang dah siap, Kerepek & makanan ringan before packaging, Doorgift yang dah siap masukkan makanan sebelum letak ribbons.

Sunday, June 10, 2012

My bilik pengantin. :)

Here i present my-bilik-pengantin-yang-superrrr-simple-but-nice-saya-suka ! :D



On one fine day, my mom called me and asked,

"Ni untuk bilik pengantin nak hias macam mana ni? Ummi nak beli cadar siap-siap ni."

And my answer was,


Thursday, May 31, 2012

DIY - Thank you tag

Untuk wedding saya, saya buat sendiri thank you tag untuk diletakkan pada doorgift. Saya buat pun simple-simple je. Meh nak share sikit some steps untuk buat thank you tag macam saya. Mudah dan menjimatkan. Tapi awas, haruslah rajin dan kuat semangat! Heeee :D

1. Mula-mula design thank you tag ikut citarasa sendiri. Google je senang. Banyak design thank you tag yang boleh jadi reference.Dulu saya banyak jugak bukak website martha stewart cuci-cuci mata. Korang boleh klik sini : http://www.marthastewartweddings.com/

Ehem. Ini design thank you tag from yours truly. ;p Terpilih daripada beberapa design yang saya buat sebelum tu.


Thursday, May 17, 2012

Hantaran

Alhamdulillah dah selesai exam ! Yay !
Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas ! Yay !
Alhamdulillah dah ambil gambar kahwin dari photog ! Yay !

Alhamdulillah dah nak habis pun cuti (?) ! Errrr Yay! or Nay! ? 

;p

So, insyaAllah akan review perlahan-lahan pasal majlis kahwin saya. Hihi ! Punya lah dah lama majlis baru nak review ? Ooh la la. Better late than never, aite? :D

Untuk first review ni, saya nak share dengan readers sekalian tentang hantaran kami. Hantaran kami simple-simple saja. Takde nak branded-branded sangat pun, since kitorang ni memang tak fussy pasal brand apa pun. Asalkan cantik di mata, dan selesa di pakai. Heeee. Senang cerita, ukur baju di badan sendiri gitu. Ewah.   



Hantaran kami 11 berbalas 13. Banyak kan? Hihi. Memang pening jugak lah kepala fikir nak bagi apa sampai 13 tu. :P


Sunday, April 22, 2012

It's not around the corner anymore!

Ketar tangan woh pagi ni bila nervous tak tahu nak mula dengan yang mana satu. Ini tak habis lagi, itu pun tak habis. Serius, ketaq sungguh laaa! 

Esok dah start final exam. Fuh pantas sungguh masa berlalu. Rasa macam baru sangat register as a new student and masuk kelas yang agak caca marba. Wah, caca marba okayy. ;p


Friday, February 24, 2012

Lebah sibuk ;p


Ye. Saya sekarang ni dah jadi macam lebah yang sibuk busy bee sesangat. Lepas satu asignment submit, datang lagi 2 asignment kena buat. Phewww, sungguh macam tak sempat nak bernafas atau dalam kata lain bersenang-lenang goyang kaki. Eh tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat jugaklah layan movie seround dua. Tapi bukan wayang dekat shopping mall, kat rumah pun dah ada wayang. Lagi best boleh tengok berdua saja. Hihi. Eh, berbalik kepada cerita menjadi lebah, sebab tu memang tak sempat nak review cerita kehidupan seharian selepas bergelar seorang isteri mithali. Eh? Selalu sempat blogwalking saja. Itu pun salah satu cara nak rehatkan minda jugak lepas perah otak siapkan kerja kan? Ehe. Okay, sampai masa jumpa lagi. Macam lama pulak nak tinggalkan blog ni. Ehe. Hope adalah masa nak cerita panjang-panjang kat blog ni. Till then, assalamualaikum! :)

Friday, February 3, 2012

Bye bye Karambunai.

It was the last day of stay in Nexus Karambunai ! So at that morning, we both kemas-kemas barang dulu sebelum keluar pergi breakfast. Sedih jugak nak tinggalkan tempat yang best tu. Heee. Tapi takpe, kalau ada rezeki boleh pergi lagi tempat lain yang best camni jugak kan? Ameeen :)


yours truly dengan perut dah bunyik-bunyik. ;p


Agak lewat jugaklah kitorang pergi breakfast pagi tu, sebab sampai je dekat Penyu Restaurant, kitorang kena beratur dulu sebab dalam restoran tu dah penuh. Mujur lah staff restoran tu pandai tenangkan semua orang yang menunggu. Layanan diorang memang sangat bagus ! After 10 minutes, kitorang dapat tempat untuk duduk. Yey! Makan time! :D



All-time husband's favourite - koko krunch. Macam budak kecik. Hihihi ;p Tengok mat salleh kat belakang suamy tu macam bergaduh je kan dalam gambar ni? Hihi. Tapi takk taw sebenarnya. Diorang tu loving sangat sampai terlebih loving kitorang tengok! Keke. Apa yang terlebih nya ? Heeee itu rahsia saya dengan suamy je simpan. Kekekeke :D



And as for me, saya suka makan hash brown! Sedap! Kalau dulu masa jadi student, selalu pergi beli Big Breakfast kat mekdi sebab ada hash brown. So masa ni dah nampak hash brown depan mata and boleh makan secara takde limit, apa lagi kan? :P 

Lepas breakfast, kitorang jalan-jalan pusing resort sebelum nak check-out. Dari Karambunai nak ke Kota Kinabalu town, pihak resort memang ada sediakan shuttle bus setiap jam. So sempat lah kitorang amik-amik gambar lagi dengan jayanya kat sekitar Nexus.






The lobby.


 Ni dia schedule untuk shuttle bus tu. Charge pergi balik Karambunai - KK , RM24 per person.
Selain Karambunai - KK, ada shuttle bus jugak untuk pusing-pusing dalam area resort.

 Our one-way ticket. 

 The bus.



So, that's the end of our lovely stay in Nexus Karambunai. Untuk yang bercadang nak bercuti or honeymoon, this place is highly recommended ! Selain rasa privacy, tempat ni cantik, bersih, dan service diorang sangat mesra dan bagus. And yeah, some says it's heaven! ;)

Thank you Nexus Karambunai ! :)

Next entry, saya akan share about our stay in Le Meridien, KK. Stay tuned! ;p

Sunday, January 29, 2012

Karambunai Escapade: Day 2

Phewwwww sekarang ni susahhh sangat nak curi masa nak update blog. Banyaaaak sangat kerja kena buat. Nak story pasal Karambunai trip pun tergantung punya lah lama! Hihi. Ok taknak buang masa bebel-bebel, this time nak share some of pictures on our 2nd day at Nexus Karambunai. Enjoice ! ;p


Sebelum pergi breakfast. Waktu ni baru pukul 7pagi kot, matahari dah tinggi dah. :)

Front view of our room - Borneo Garden Deluxe

The compound at the back of our room.

The breakfast. Yay! Ni baru first round. Kitorang bantai makan untuk lunch sekali neh. Hihihi

Next, jalan-jalan hirup udara segarrr tepi pantai XD

Kat tepi pantai Karambunai ni diorang sediakan banyak kerusi rehat. Angin kat sana saaaaangat lah kuat. Syokk sungguh! :D

See. Macam takde orang lain kan? We feel privacyyyy sangat uolls. Hihi

At the seaside.

Love the blue sky soooo much!

 Matahari dah makin meninggi. Nasib baik dalam bilik diorang dah sediakan payung siap-siap. Hee

 So pagi sampai tengahari tu kitorang pusing-pusing je sekeliling resort. Ada golf course, spa, sports & recreation, etc etc. 


And the best part is, petang tu kitorang mandi laut. Weee syiok! Tapi tak boleh pergi jauh-jauh sebab ombak saaangat besar sebab angin kuat sangat. Eh. Suamy sangat sweet bila tulis macam kat atas tu. Kekekekeke ;p




p/s: Esok ada presentation. Pray for me! ;)

Friday, January 6, 2012

Karambunai Escapade: Day 1

We choose to go to Karambunai for honeymoon. And we will never regret it! The vacation was awesome as we both enjoyed so much staying there.

Why we choose Karambunai? One of the reasons is I was hesitate to choose Bali or Krabi since  the fact that it was end of the year and that synonym with monsoon season. So i said to husband (at that time not yet husband) let's just go to Karambunai ! Besides, i saw many awesome view of Nexus Karambunai Resort on the net, and that makes my heart really melt and i really want to go there.

We fly to Sabah by Air Asia. Why we choose Air Asia instead of MAS? Besides the slight cheaper fee for the tickets, the schedule is also flexible! We fly from LCCT at 650am and arrived at Sabah at 9.15am if i'm not mistaken.

Now, let's the pictures speak on behalf of me. ;p


 Hubby was so excited. ;p

 Just before departing.

 As we both were graduate from UTM, we were so excited to see this ads in Air Asia magazine. LOL ;p

 Yeay, almost there! 

 In KK Airport.

The distance from the airport to Nexus Karambunai is about 45 mins drive. After the arrival, we were fetched by the taxi provided by Nexus Karambunai Resort. And of course, it's not  free! Keke. The fee is RM75 for the taxi from the airport to Nexus. It will be included to the hotel fee. We stayed there for 3 days and 2 nights. I'm not sure about this, but hubby said that the resort had a promotion at that time. So for our room, Borneo Garden Deluxe with king size bed, we have to pay RM320 per night after the discounted price for government servant. And I guess it was a reasonable price for this 5 star resort.

 Nexus Karambunai Resort.

See the tapau food on the coffee table? Haha. We asked the taxi driver to drop us at any restaurant in KK. Then we tapau some food and drinks for our lunch as we aware that the resort is quite far from the town and the food price at the restaurants in the resort is not cheap! I told you it's a 5 star resort, didn't I? Hihi :D

And this is our room. Spacious and comfortable.

 The bathroom.


Some say it's heaven. 



 The complementaries.

Here's the funny thing. We were just chillin' in the room since it was raining outside that afternoon. And so, we were slept! :P And about 6pm, we woke up and decided to go out to take some fresh air at the seaside and watch the sunset. How lovely, isn't it? See, us with our shades at the picture below?


And as we were ready to go out, once we opened our room, we were both like,

'Eh, dah malam ke????? Salah tengok jam ke ni???'

Haha! Yes, people. We forgot that we are in Sabah! There's no time difference, but yes, the weather is different! Hee. As we were confused in front of our room, there's a few Nexus staff asked us if we need any help. We asked them,

'Dah malam ke ni? Dah maghrib ke ni?'

And once the staff said, 'Yes, mam', we were both laughing out loud!

And mannn, we missed the sunset! Haha

So we just go out to see the view at night at the resort. Somehow we can feel the privacy because there's not much people there besides the staff and the foreign tourists, which most of them are from Korea.


My love.

Yours truly. ;p

Then, we decided to swim in the open swimming pool there. There were only us and other couple in the pool. And i took that chance to learn how to swim. And who's the swimming teacher? It was my husband! Tehehe. And yes, i felt soo heaven that night!  

And yes, that's the wrap of our day 1 in Nexus Karambunai. ;)