Hasil borongan di booth Pureen. Nak kata saya memborong sakan tu tak jugaklah. Saya just ambil mana yang dirasakan perlu untuk permulaan nak sambut baby. Ambil serba sedikit. Dan semuanya keperluan asas untuk baby.
Macam baju yang saya beli kat booth Pureen ni, sepasang baju lengan panjang, sepasang baju lubang-lubang lengan pendek, dan sepasang jumper saiz S. Harga sepasang baju lengan panjang tu RM14. Diorang jual asing-asing, baju RM7, seluar RM7. Baju lubang-lubang tu pulak RM10, dan infant jumper tu RM12. As you guys can see, warna baju neutral je since tak tahu lagi gender baby. Agak payah jugak lah di situ sebab mata ni asyik melekat kat baju comel kaler pink aje. :P
Then, saya ambil baby mattress set, RM45. Ada comforter, sebiji bantal, dan sebiji bolster. Pureen HAD tu untuk laundry detergent, harganya RM17. Pureen baby yogurt head to toe tu RM12, dan 2 pek Pureen baby wipes tu RM9, ada 100pcs.
Hooded blanket ni mujur saya jumpa corak warna oren ni. Sebab mula-mula ada warna biru dengan pink aje. Tangan ni dah ambik pink. Redha je masa tu. Tapi bila dah pusing dekat 8 kali, tiba-tiba nampak blanket oren ni sehelai. Mungkin ada orang tak jadi ambil, hee rezeki saya kat situ. Cepat-cepat saya ambil. Hooded blanket ni harganya RM15, selimut polka dot tu pun RM15, dan towel baby tu RM12 sehelai.
Combo set mitten & booties + topi ni pun saya dapat last piece punya. RM8 je. Cuba cari kot-kot ada lagi, tak jumpa. Tanya staff Pureen tu, dia kata habis dah. Kecewa di situ, sebab rasa memang lagi jimat beli combo set ni. Sepasang mitten & booties tu pulak harganya RM5.
Barut ni saya beli 2 helai je dulu. Satu jenis zip zap, dan satu lagi yang bertali. Dua-dua jenis barut ni harganya RM5. Rasanya kena tambah barut lagi kot (?).
Dan ni pulak Pureen gift set yang saya nak hadiahkan pada supervisor saya yang baru dapat baby boy. Harganya RM35. Memang murah, sebab normal price gift set ni kitorang tengok kat Jusco Aeon RM49.90.
Dan ni pulak free gift yang saya dapat atas pembelian di booth Pureen selain dapat recycle bag diorang yang ada macam-macam warna tu. Best sebab dapat towel (so dah cukup dah towel untuk baby buat masa ni), baby wipes (tambah lagi koleksi), kalendar, dan sample kids yogurt body wash & liquid cleanser. Ada jugak dapat free gift lain (bedak, lotion, etc) sebab LIKE diorang punya Facebook. So far, memang puas hati sangat ! :)
Disebabkan barang Pureen paling banyak diborong, so satu entry ni khas untuk barang Pureen je. Hihi. InsyaAllah next entry akan share the rest.
4 comments:
saya pun singgah kat pureen, nak beli detergent tp dh abis. huhuhuhuhuhuh.. oh saya pun beli mitten n booties tu. tp serius bestkan expo ni, mmg murah.
Haa betul2. Masa malam jumaat sy pergi sana, detergent memang dah habis. Huu. Best2, puas hati walaupun harga tak serendah masa org lain pegi pureen warehouse tu. huu
bestnye!! teringin time shopping barang baby mase preggy dulu ;p
PUREEN Baby Wipes are created with soft, thick and moisturised cotton material … read complete at:
http://kidbuxblog.com/the-pureen-baby-wipes/
Post a Comment