Friday, December 14, 2012

Kurma Safawi from Jeddah

Ada rakan tempat kerja suami bagitau, masa dia pregnant dulu pun dia mengalami masalah low HB jugak. So dia makan kurma Mekah dan alhamdulillah HB dia dapat naik macam biasa. Saya pun berusaha lah jugak nak beli kurma kat pasaraya dekat dengan rumah. Tapi sedih sebab kurma semua macam stok lama-lama, dah berhabuk-habuk. Stok ramadhan hari tu lah kot. Tak jadi lah saya beli. Bila google, ada je yang buat jualan kurma online ni kat Malaysia.

Kebetulan sangat-sangat, saya baru teringat pakcik suami saya ke Jeddah atas urusan kerja. Dah alang-alang dia ada kat sana, kami pun kirim kurma dan air zam-zam dengan dia. Mula-mula ingat nak beli kurma Ajwa, tapi harga 1kg RM160. Agak mahal lah kan. So kami decide untuk beli kurma Safawi ni, harganya RM60 untuk 1kg. Air zam-zam pulak saya nak buat minum masa nak melahirkan nanti. Alhamdulillah, pakcik suami selamat tiba di tanah air dan dapatlah kami merasa kurma ni. Memang sedap. Puas hati sangat. Terima kasih, Pakteh !






Mudah-mudahan, HB saya naik lah, tak banyak, sikit pun jadi lah kan. Amin amin. Kita cuma berusaha yang terbaik untuk diri sendiri dan baby. Selain tu, terserah pada Dia.

Hari Isnin nak buat check up 28 weeks dan scan 2D. Hope nampaklah gender baby. Kalau tak, kena buat 3D/4D lah nanti. Heee.

3 comments:

Erna Nordiana Zamri said...

Ana, dulu..sebelum sebelum pergi checkup, atau sehari sebelum tu..erna akan makan bayam banyak2.makan ikan bilis banyak2.

lagi1, setiap kali erna check baby kat PMC Alor Setar, doktor akan tanya vit apa erna makan. sepanjang mengandung iman, erna makan Iberet Folic.

Doktor cakap, itu memang bagus untuk orang yang low hb. ana makan vitamin apa? jangan biar hb selalu low..kesian baby

Anna R. said...

Sekarang ni pun saya makan iberet jugak erna. Hope naiklah lah hb saya lepas ni.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak, sedapnya kurma. manis tak?