Thursday, August 4, 2011

Prosedur kahwin - almost done !

Phewwww, dah lama tak menjenguk ke blog yang suam-suam kuku ni. Haha. Kesian blog ni. Baru buat dah kena tinggal. Keke. Busy memanjang lah lately ni.

-_____________-'

Apapun, syukur alhamdulillah dah settle-kan beberapa prosedur untuk permohonan perkahwinan. Meh saya nak share macam mana prosedur permohonan perkahwinan ni especially untuk bakal-bakal pengantin dari negeri Johor. Sebelum ni saya selalu dengar prosedur negeri Johor ni leceh sikit compare dengan negeri lain. But so far, okay lah kot. Takde yang complicated lagi. 

Alkisahnya hari Selasa lepas pergi ke Pejabat Agama Kluang untuk ambil borang permohonan perkahwinan & borang laporan kesihatan bakal pengantin aka borang HIV test. Sebelum ni saya pernah terbaca, yang kadang-kadang kena interview kat pejabat agama ni. Tapi tak pasti pulak masa nak ambil borang atau masa nak submit borang. Tapi haritu masa pergi ambil borang takdelah kena interview. Phewwwww lega. Padahal malam sebelum tu duk gigih jugak menghafal rukun nikah segala. HAHAHA

So sampai-sampai kaunter pejabat agama tu terus je cakap nak beli borang permohonan perkahwinan. Then kena bagitau nak beli untuk pengantin lelaki ke perempuan ke dua-dua. Meaning to say, kalau orang lain nak belikan borang ni pun takpelah kan instead bakal pengantin tu sendiri kena datang. 

But in my case, saya beli untuk saya je lah since cik abang bukan orang johor. Satu set borang kena bayar RM5.00 yeeeee. Selain borang permohonan kebenaran bernikah & borang HIV test, diorang provide jugak checklist dokumen yang kena sediakan untuk prosedur permohonan tu. Bagusss. Sonang ye tak? Nak harap semua ingat dalam kepala memang kirim salam je lah kan. 

Borang permohonan + Borang HIV test + Envelope + Checklist

Envelope khas untuk HIV test result.

So dokumen yang diperlukan untuk bakal pengantin perempuan negeri Johor:

1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Sijil kursus pra-perkahwinan.
4. Laporan HIV test dari hospital/klinik kerajaan.
5. Salinan kad pengenalan wali/surat kematian bapa.
6. Surat akuan status diri.
7. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi borang yang bukan ahli keluarga.

Kalau nak bernikah di luar kawasan, ada beberapa dokumen tambahan yang perlu disediakan ye. Please refer to pejabat agama. 

Anyway, dah alang-alang saya sendiri yang pergi beli tu sempat jugak saya tanya beberapa soalan kat pegawai pejabat agama ni, antaranya:

1. Berapa lama tempoh kena submit borang permohonan perkahwinan?
- Paling awal, 3 bulan sebelum bernikah. Paling lewat seminggu (7 hari) sebelum bernikah.

2. HIV test boleh buat dekat mana-mana klinik ke?
- Senarai klinik panel ada dekat belakang borang HIV test tu. Siap dengan hari yang available & no. telefon klinik. Boleh call untuk tanya lebih lanjut.

Klinik panel HIV test Kluang.

3. HIV test valid berapa lama? (sebab confuse ada yang cakap 3 bulan, ada yang cakap 6 bulan)
- 6 bulan !

4. Surat akuan status diri tu nak mintak pengesahan dari majikan yang beragama Islam atau ketua kampung kan? Kalau majikan bukan Islam, and duduk dekat taman perumahan macam mana ye?
- Sila ke pejabat daerah dan dapatkan pengesahan daripada penghulu mukim.

Then lepas dah bersoal-jawab tu, saya pun zassss terus pergi ke klinik untuk buat HIV test. Kat klinik ni pulak kena bayar seringgit okey. First time woo amik darah. Sakit ke tak? Sakit la sikit macam kena gigit semut api. Keputusan HIV test tu dapat masa tu jugak. Oh syukur, selesai dah satu benda penting! Scratch that!

NEGATIF yawww. Alhamdulillah.

Lepas selesai HIV test, saya ke Pejabat Daerah pulak berjumpa dengan tok penghulu untuk dapatkan surat akuan status diri. Mujur saya ke sana dengan ayah saya. Bolehlah ayah saya berborak sakan dengan tok penghulu cerita politik tanpa rasa awkward. Cuba bayangkan kalau saya pergi sorang-sorang. Mahu tak kaku sementara nak menunggu surat pengesahan status tu siap? O.o

Untuk berjumpa tok penghulu ni saya memang suggest pergi dengan ayah/ibu atau keluarga terdekat. Sebab selain tok penghulu nak tengok IC bakal pengantin, dia nak tengok jugak IC ayah/ibu atau keluarga sebagai orang terdekat yang mengesahkan status bakal pengantin tu BUJANG atau JANDA atau DUDA.

Selesai dah tiga benda penting ni - ambil borang, HIV test, surat akuan status. Now kena completekan borang & dokumen-dokumen yang diperlukan. Tapi lepas dah complete still tak boleh submit dulu tahu. Kena tunggu permohonan kebenaran bernikah pengantin lelaki lulus dulu, baru pengantin perempuan boleh submit borang permohonannya beserta sekali dengan borang permohonan pengantin lelaki yang dah diluluskan tu.

HAI CIK ABANG, CEPAT-CEPAT PI BUAT HIV TEST YE. SAYA NAK SUBMIT BORANG SAYA PULAK NI. KE AWAK TAKUT JARUM ??? :P

Ok, till then. Harap dapat jadikan sedikit panduan untuk bakal-bakal pengantin kat luar sana !

p/s: Oh oh oh 99 days to go ! 







1 comment:

Anonymous said...

Dear, kita boleh settlekan dulu semua document borang utk pengantin perempuan kn.. Klau dah complete, kte xboleh hntar lg sbb tggu borang dari pengantin lelaki.. Utk daftar kebenaran nikah online tu kena buat juga ke? Dan borang tu kalau takyah beli, download pn boleh kn..