Monday, November 26, 2012

Check up 25 weeks.

1) Minum air gula.

Disebabkan masa check up yang lepas, berat badan naik mendadak, nurse suruh saya minum air gula minggu ni. Dan disebabkan kena minum air gula, saya harus puasa dari pukul 10 malam sebelum hari nak minum air gula tu. Tak boleh makan apa-apa, cuma boleh minum air kosong saje. 

Pagi tu saya disuruh datang awal sebab takut ramai orang. So pukul 8 pagi saya dah terpacak kat depan KK. Alhamdulillah, dapat turn pun awal. Maksudnya, pepagi tu saya sarapan air gula je lah. Sebelum tu kena ambil darah dulu. Nurse dah siap-siap bancuhkan air gula suam. Rasa air gula? Dah nama pun gula kan, sangat maniss u olls ! Tapi alhamdulillah, takde lah saya rasa sampai nak muntah. Saya teguk sikit-sikit, lepas tu nurse tegur suruh habiskan cepat-cepat. Baiklah, nurse. Saya pun terus teguk, habiskan air gula tu. Pastu baru terasa macam loya-loya sikit, tapi tak sampai muntah. Lepas azab, hihi. Syukur. Kena ambil darah lagi sekali lepas 2 jam minum air gula.

2) HB yang menurun dan menurun.

Lepas dah minum air gula, timbang berat badan, dan ambil tekanan darah, macam biasa kena ambil darah pulak untuk check HB selain untuk check ada diabetes ke tidak. Oh by the way, berat saya naik 0.4 kg dalam masa seminggu check kat KK. Syukur lagi, tak naik lebih dari 0.5 kg. Hee. Ok back to the HB, dukacitanya HB saya memang jatuh merudum, 9.4 ! So saya kena jumpa doktor sebab HB saya yang makin lama makin rendah ni.



3) Jumpa doktor.

Doktor berkerut-kerut bila tengok rekod bacaan HB saya. Doktor belek-belek kad merah, then doktor tanya, 

Doc: Family ada history Talasemia, tak?.
Saya: Takde doktor.
Doc: Ini anak sulung awak kan?
Saya: Ya.
Doc: Kalau macam tu, saya nak awak buat screening test untuk Talasemia. Then saya nak awak makan Iberet Folic untuk gantikan vitamin yang ada sekarang.
Saya: Err. Baiklah.

So saya kena ambil darah lagi untuk screening test Talasemia ni. Memang asyik kena cucuk je la haritu. Banyak pulak tu darah saya kena ambil. Huu, redha je. Untuk kebaikan diri sendiri & baby.

So, apa itu Talasemia?
Secara ringkasnya, adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (HB) yang rendah (anemia). Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10 g/dl. 
Sumber: Wikipedia 

Keputusan screening test talasemia ni mungkin akan dapat dalam masa 2 minggu. Semoga saya dan kandungan sihat walafiat dari sebarang penyakit. Ameen.

Lepas dah discuss tentang HB saya, saya tanya doktor,

Saya: Doktor, boleh ke kalau nak buat scan untuk tengok jantina sekarang?
Doktor: Saya rasa sekarang ni susah nak nampak lagi. Saya akan buat masa 28 weeks nanti.
Saya: Owh ok boleh.
Doktor: Eh, tapi awak dah lama jugak tak buat scan kan? Oklah, awak naik katil. Kita tengok baby.
Saya: Ok doktor. Saya ajak husband masuk tengok sekali boleh tak doktor?
Doktor: Boleh.

Doktor pun scan perut saya. Hee. Dah besar dah baby. Doktor tunjuk jantung baby kat saya dan suami. Lepas tu doktor cakap, tak nampak lagi jantina baby ni. Tapi tengok pembesaran baby semuanya ok. Normal. Pheww alhamdulillah. Walaupun tak nampak lagi jantina, tapi bila doktor cakap baby membesar dengan baik, lega sangat hati ni. :)

So lagi 3 minggu saya kena datang lagi untuk next check up. And harap-harap boleh lah nampak gender baby. Kalau dah nampak nanti boleh lah start beli baju baby. Plus, boleh jimat duit buat scan 3D/4D ! Heee. XD

No comments: