Showing posts with label #anak perantau. Show all posts
Showing posts with label #anak perantau. Show all posts

Wednesday, July 5, 2017

Aidilfitri 2017 (Part 2)

So.. bila perut dah penuh dan masing-masing dah kenyang, maka bermulalah sesi fotografi raya kat halaman rumah Kak Pekjah. Memandangkan sambutan Aidilfitri kat sini bukanlah macam kat Malaysia yang 30 hari 30 malam beraya dan pergi open house, maka sakanlah kami berposing ambil gambar hari tu. Esoknya (Isnin), masing-masing dah masuk office macam biasa. *sobs*. Hehe.

Mi familia <3.

Tahun ni warna tema keluarga kami - hijau emerald. Warna ni sebenarnya adik-adik ipar yang tolong beli dan pilihkan. Sebulan sebelum puasa, mak ayah mertua & adik ipar datang melawat kami di Copenhagen. Jadi sebelum diorang mai tu, saya kirim adik-adik ipar shoppingkan baju raya untuk kami. Dan memandangkan 1-2 bulan sebelum puasa tu banyak butik buat clearance stock sebab masing-masing nak keluarkan koleksi baru untuk raya, saya pun mintak tolong adik ipar belikan baju-baju dari rakan blogger di zaman muda remajaku; Rina Salleh Clothing, masa diorang buat warehouse clearance. Ku kirim beli dua pasang baju, dibelinya 4 pasang untukku. Rezeki.... hehehe. Memang cantik-cantik, walaupun dah out season. Dari 4 pasang baju tu, adik ipar pilih satu baju, dan matchingkan dengan baju anak-anak & suami. Baju anak-anak cap Upin Ipin, dan kurta suami dari Aisy Asyraf. 

Tahun ketiga Aidilfitri di Copenhagen, Denmark...(Part 1)

...dan mungkin yang terakhir kali menyambut lebaran di bumi Scandinavia ni. *tsktsk*

Dan seperti tahun-tahun yang lepas, kami sekeluarga akan menyambut Aidilfitri dengan rakan-rakan Malaysian, Singaporean, dan Indonesian di sini. Sebelum raya lagi dah create whatsapp group untuk bincang dan bahagikan tugas untuk sambutan hari raya ni. Macam potluck lah lebih kurang. Tapi untuk menu utama, iaitu sate, 2 hari sebelum raya tu kami gotong-royong beli barang dan cucuk sate. 

Pagi 1 Syawal tu lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke rumah Kak Pekjah, host untuk sambutan Aidilfitri kami kat sini untuk kali kedua. Rumah Kak Pekjah ni besar, ada laman yang luas, so memang sesuailah kitorang gelarkan sebagai Malaysian Embassy kami kat sini memandangkan di Denmark ni tak ada Kedutaan Malaysia. 

Tahun ni, saya ditugaskan untuk masak rendang daging, dan setiap keluarga kena bawa sekurang-kurangnya sejenis kuih raya. Macam-macam lagi menu lain yang ada.Wajiblah kan, menu banyak-banyak barulah raya. Sekurang-kurangnya terubat lah rindu nak makan makanan-makanan raya ni macam raya kat kampung halaman sendiri. 

So, hari tu, selain sate, ada rendang daging 3kg by yours truly, ada nasi impit, ketupat palas, kuah kacang, serunding ikan/ayam/daging, ayam masak merah, nasi minyak selamat pemgantin baru (haha), laksa sarawak, soto, lontong, dan macam-macam jenis kuih raya dan kek. 

Gemuk-gemuk punya sate. Pueh hati den makan ! Hehe

Wednesday, November 23, 2016

Hari pertama kelas bahasa Danish

Hari ini dalam sejarah, hari ni hari pertama saya menghadiri kelas bahasa Danish. Dah dua tahun tinggal di Denmark ni baru berkesempatan nak belajar bahasa Danish secara formal. Almaklum, sebab saya baru habiskan pengajian di universiti, jadi baru lah ada masa nak luangkan untuk mengadap benda-benda lain. Pendek kata, baru betul-betul nak menikmati keistimewaan duduk di negara Denmark ni. Hehehe.

Kelas bahasa Danish ni dibuka secara percuma untuk sesiapa yang baru datang ke Denmark ni. Kalau macam kes saya, saya hanya register online di website, lepas tu dapat email tanya kenapa saya nak join kelas ni, dan tak lama lepas tu terus dapat confirmation untuk kelas Danish ni. Ada jugak kawan-kawan lain yang perlu pergi interview dulu sebelum diterima masuk kelas.

Kenapa saya nak join kelas Danish? Padahal kurang setahun je lagi tempoh nak duduk di Denmark ni.

Sebab utamanya sebab anak-anak di sekolah dah mula pandai berbahasa Danish, jadi seronok nak tahu bahasa Danish ni juga. Dapat cakap Danish yang basic-basic pun jadilah. Hehe. Keduanya, sebab kelas ni percuma je. Jadi saya fikir, ni salah satu peluang nak dapat pengalaman baru tanpa kena bayar apa-apa pun. Cuma kena ada usaha dan kesungguhan lah. Sebab macam saya ni, kelas dua kali seminggu, jam 5.30 petang sampai 7.45 malam.


Saturday, November 19, 2016

Semangat Malaysia Boleh! di Yonex Denmark Open, Odense.

Assalamualaikum!

Pertengahan bulan Oktober yang lalu telah diadakan pertandingan badminton Yonex Denmark Open di Odense. Odense ni agak jauh jugak dari Copenhagen, lebih kurang 3 jam perjalanan naik kereta. 

Saya dan kawan-kawan, ada 3 kereta dari Copenhagen telah pun hadir menonton pertandingan tesebut. Tapi bukan datang saja-saja percuma ya. Kami beli tiket separuh akhir bila tahu yang Dato' Lee Chong Wei ada bermain di pertandingan ni. Dengan yakin dan penuh harapan yang Dato LCW akan masuk pertandingan separuh akhir, maka kami pun beramai-ramai beli tiket. Mengharap sangat dapat jumpa Dato LCW. Hehehe

Bila duduk di perantauan ni bagi saya memang ada satu perasaan lain macam sikit dia punya patriotik dia. Contohnya kalau terjumpa gambar bendera Malaysia, atau signage bahasa Malaysia, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia, automatik akan rasa seronok dan semangat sangat.

Macam pertandingan badminton ni jugaklah, masa kat Malaysia tu takde pulak terfikir sanggup beli tiket, nak bersesak-sesak kat stadium, boleh tengok kat TV aje. Tapi kat Denmark ni, semangat habis sanggup beli tiket, lepas tu sewa kereta beramai-ramai. Hehehe.

Alkisahnya, 2 hari sebelum kami ke sana, dapat berita yang Dato LCW kalah di suku akhir, dengan pemain dari Perancis. Kecewanya tak terkata, aduhaiiii. Sedihnyaaaa alahai. Tapi mujur juga pasangan beregu kita dapat masuk ke separuh akhir; Goh V Shem dan Tan Wee Kiong. Ahaa ! Mujur sangat ! Kalau tak, datang saja-saja je nak support pemain negara lain. Heee. 


Apa-apa hal, kita bergambar dulu. 

Ada Apa Dengan Denmark ?

Denmark merupakan negara yang terkecil di antara negara-negara Scandinavia yang lain. Kalau nak compare dengan negara kita Malaysia, Denmark ni lebih kecil dari Malaysia, besar sikit je dari negeri Pahang dari segi keluasan. Haaa, kecik je kan?

Dan ramai yang tak tahu, yang mana pada kurun ke 16, Denmark ni merupakan negara terbesar di Scandinavia disebabkan Denmark pada masa tu memerintah seluruh negara Norway, dan tiga daerah di selatan Sweden. Seperti Norway dan Sweden, Denmark juga terkenal sebagai 'Home of Vikings'. Pahlawan Viking ni terkenal sebagai pahlawan yang  gagah berani yang hebat membina kapal-kapal yang besar untuk belayar.

Kat bawah ni gambar kapal Viking yang kami rakamkan di muzium Viking di Oslo, Norway. Kat Copenhagen pun ada sebenarnya Muzium Viking ni, tapi kami belum pernah pergi pun lagi. Kat Norway jugak yang kami pergi dulu. Hehe.



Sunday, July 24, 2016

Aidilfitri 1437H / 2016 di Copenhagen - Part 2

Assalamualaikum.

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri untuk warga Malaysia di Copenhagen tahun ni dibuat di rumah salah seorang rakan kami, Kak Pekjah & Pali yang baru je beberapa bulan berhijrah ke sini. Sebabnya, rumah dia sangat besar dan ada halaman yang sangat luas. Siap ada pokok epal, anggur, & ceri lagi! Tu sebab ada yang kata rumah diorang ni our unofficial Kedutaan Malaysia kat sini. Almaklumlah, kat Denmark ni takde Kedutaan Malaysia.. Sedih jugaklah takde kedutaan kat sini. Kalau rakan kami yang dari Indonesia seronok dapat sambut raya di kedutaan Indonesia kat sini. Macam kami ni, buat sambutan sendiri je lah. Huu. Apa-apa urusan macam pendaftaran bayi yang baru lahir untuk dapatkan surat beranak etc, selalunya kami berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden.

So, alhamdulillah, tak kurang meriah jugak sambut hari raya Aidilfitri untuk kali kedua kami di sini, Cuma kurangnya, kaum keluarga sanak saudara yang jauh dimata. Mujur ada rakan-rakan seperjuangan di sini yang sudah pun dianggap seperti keluarga sendiri, susah senang dikongsi sama-sama.. Dapatlah mengubat hati yang lara tak dapat balik beraya di Malaysia.. :)

 Sebelum keluar rumah kita wefie dulu ! 


Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 1437H di Copenhagen - Part 1

Assalamualaikum.


Lambat sikit update kisah sambutan raya kami di Copenhagen 1 & 2 Syawal hari tu. Sebab raya keempat kami ‘beraya’ di Krakow Poland, lepas tu ‘beraya’ di Berlin, Germany pulak. (Raya lah sangat :P). Hehehe

So tahun ni pengalaman beraya kami unik sedikit. Sebabnya, kami raya ikut Turki, masjid yang dekat dengan rumah kami tu masjid Turki, so kami raya sehari awal dari di Malaysia. Ada jugak kawan-kawan lain di sini masjid nya ikut Arab Saudi, so diorang raya sama hari macam Malaysia. 

Jadinya, masa hari raya pertama kami tu, siapa yang sambut Syawal awal sehari tu, kami sama-sama berkumpul di rumah kawan kami di Frederiksberg. Tak ramai, sebab tak semua ada dan kami pun dah sama-sama plan akan berkumpul ramai-ramai semua Malaysian yang ada keesokan harinya.

So untuk hari raya pertama hari tu, saya masak rendang dan kuah kacang, rebus nasi impit & lemang instant Nona. Fikirnya anak-anak boleh makan sekali, tapi kuah kacang dan rendang tu terlebih pedas pulak. So pagi raya tu lah baru saya berkungfu kat dapur buat lontong untuk anak-anak. Tapi tak lengkap pun sebab tak semua bahan ada, terlupa nak beli awal-awal. So lontong perantauan lah jadinya untuk anak-anak sebab tak cukup bahan. Jadilah.... 

 Nasi impit, lemang dengan kuah kacang dan rendang daging.


Friday, July 8, 2016

Salam Perantauan

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri, salam lebaran dari kejauhan ! Alhamdulillah, syukur Allah beri peluang sekali lagi untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan, dan sama-sama dapat meraikan hari raya Aidilfitri sebagai simbolik hari kemenangan bagi umat Islam yang berjaya melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah.

So sempena ketibaan Aidilfitri ni, kami sekeluarga telah berjaya 'menempel' dalam suratkhabar Kosmo hari tu. Hehehe. Tahun ni sudah pun tahun kedua kami beraya di Copenhagen, tapi inilah kali pertama ucapan hari raya kami berjaya menembusi dada akhbar. Gitteww.

Sebenarnya tahun lepas saya ada hantar salam perantauan ni ke beberapa akhbar Malaysia, tapi tak tahulah ada publish ke tidak. Sebab tak ada siapa pun yang perasan muka kami dalam salam perantauan. Keciwa. Hehe.

Tahun ni, saya hantar satu je ucapan salam perantauan, alhamdulillah ada kawan yang perasan muka kami dan postkan di wall Facebook saya. Berjaya, yay! Hehe. Suami boleh pulak tanya, kenapa tak hantar banyak-banyak kat akhbar lain? Hehehehe. Bukan main lagi dia. :P



Tuesday, June 21, 2016

Entry #throwback: Misi mencari bunga sakura di Copenhagen

22 April 2016

Bila musim sejuk dah nak habis, mesti tak sabar-sabar nak tengok bunga-bunga muncul masa musim bunga. Sebab dua musim (musim luruh & sejuk), pokok-pokok semua togel je. Cuaca pun mendung suram je rasa. Huu. So bila dah  start musim bunga ni, seronok sangat bila cuaca cantik. Mula lah nak keluar rumah jalan-jalan. Bukan nak pergi jauh mana pun, dapat  pusing-pusing naik basikal belakang rumah pun seronok tak terkata dah. Hehe.

Salah satu jenis bunga yang terkenal kat Copenhagen ni, bunga sakura atau nama lain dia Japanese cherry blossom. Bunga ni antara yang terawal jugak berbunga. Setiap tahun kat Copenhagen ni akan diadakan Sakura Festival di Langelinie Park. Tahun lepas kami sekeluarga dapat menyempatkan diri untuk attend festival tu. Memang seronok ! Selain dapat tengok banyak pokok bunga sakura yang berbunga rimbun, banyak aktiviti lain yang diorang sediakan; macam persembahan nyanyian & tarian, pertandingan mini sumo, & ada banyak booth yang menarik; yang mana hampir kesemuanya bertemakan budaya di Jepun. InsyaAllah, nanti akan cerita & share lebih lanjut pasal event tu.

Tahun ni, kitorang tak dapat nak attend festival sakura ni, sebab tarikh festival tu kitorang naik kapal ke Oslo, Norway. So seminggu sebelum Copenhagen Sakura Festival tu, kitorang pun saja-saja nak tengok pokok sakura kat Copenhagen. Tapi masa ni, bunga sakura belum full bloom lagi. Tapi ok lah, dapat tengok bunga pun jadilah. Hehe. Bunga sakura ni bila dia berbunga, warna dia pink. Lepas tu dia akan bertukar warna putih, dan lepas tu akan gugur. Tak lama pokok ni berbunga. Tu pasal kami semangat nak pergi tengok sementara ada peluang. Hehe. Kebetulan, cuaca pun sangat cantik hari tu.

Turun dari s-tog  (train) kat station Vesterport, kena jalan kaki sikit nak sampai kat Langelinie Park. Dalam perjalanan ke sana, kami lalu kat salah satu point of interest kat Copenhagen ni, which is Kastellet. Kastellet ni salah satu istana kecil tinggalan lama yang dijadikan kubu perang dulu.

Cantik sangat pemandangan, subhanallah !

Pintu masuk ke Kastellet.


Gereja berhampiran Langelinie Park.


Tu diaa, nampak dah bunga sakura. 



Cantik kan ?


Close-up bunga sakura. 

Kalau masa Sakura Festival tu, penuh orang berkelah bawah pokok sakura ni. 

Sesi mengejar anak. Hehe

Lepas dah habis sesi amik gambar, bawak anak-anak main kat playrgound. Kat park ni ada disediakan playground. So boleh lah sambil mak-mak layan jiwang tengok bunga, anak-anak main puas-puas. Hehe. Aman sikit mak-mak nak menghayati keindahan alam ciptaan Allah ni. Hee.



InshaaAllah kalau ada rezeki dan kelapangan, tahun depan nak attend Sakura Festival lagi ! :D

Till, then.. salam !

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan di Copenhagen, Denmark.

Salam Ramadhan Kareem

Alhamdulillah kejap je dah nak masuk 10 Ramadhan kita berpuasa. Semoga segala ibadat & amalan kita diterima Allah swt. Amin. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah selamat sampai di bumi Copenhagen hari Ahad lepas. 

Alhamdulillah, dapat juga kami diberi peluang menjalani ibadah puasa di samping keluarga di Malaysia selama seminggu. Walaupun seminggu je, itu pun dah syukur sangat-sangat. Dapat bersahur & berbuka sama-sama & dapat beli kuih-muih 'rare' kat bazaar ramadhan. Mak ayah pun masak lauk sedap-sedap nak jamu kami makan sebelum balik Denmark. :')

Dan alhamdulillah, ini tahun kedua kami dapat pengalaman berpuasa di negara Denmark, antara negara yang mengalami puasa terpanjang selain Norway, Sweden, dan Iceland.

Macam tahun-tahun yang lepas, bulan Ramadhan jatuh pada musim panas, yang mana waktu siangnya panjang. Sekarang ni di Denmark, waktu Subuhnya lebih kurang pukul 2.30 pagi, dan Maghribnya pukul 10 malam. Jadi kurang lebih 21 jam kami berpuasa di sini. 

"Tak penat ke?"
"Macam mana boleh tahan? Hampir 24 jam tu puasa!"


Monday, October 19, 2015

Masjid Copenhagen

Assalamualaikum. Sejak setahun duduk di Denmark ni, baru beberapa kali saya & suami dapat jejak kaki di masjid Copenhagen ni. Kebetulan, ada majlis perpisahan rakan dekat rumah salah seorang Malaysian di sini, rumah dia betul-betul depan masjid ni. Alhamdulillah sampai jugak kami kat sini. Jarak dari rumah kami taklah jauh sangat kalau naik kereta, tapi dah pengangkutan rasmi kami kat sini adalah bas & train, kan.. jadi kalau naik kereta tu ambil masa 20 minit nak sampai, kami naik bas & train, lebih kurang sejam baru sampai. Hehe.

Seronok, kagum, macam-macam perasaan bila kami masuk ke masjid ni. Kebetulan, masa kami sampai tu nak masuk waktu Zuhur. Saya ingatkan bila masuk waktu tu, diorang setakat azan dalam masjid je.. Rupanya, diorang azan guna speaker. Saya yang bergilir menunggu anak-anak yang tidur dalam stroller kat luar masjid memang dapat dengar jelas suara azan berkumandang. Allah.. seronok sangat bila dengar azan kat sini.. Satu, mungkin sebab saya dah lama tak dengar azan live.. Keduanya, sebab saya rasa sangat seronok bila dengar azan di negara yang rakyatnya bukan majoriti Muslim.. Memang semacam rasa bila dapat dengar azan kat sini.. Alhamdulillah (':

Sedih kalau di negara kita, yang majoritinya Muslim tu dihalang guna speaker untuk azan. Amat menyedihkan kalau berita desas desus yang kami dengar tu betul. Tsk.

Yang ada kubah tu bangunan masjidnya. Di sebelahnya tu bangunan Hamad bin Khalifa Civilisation Centre. Kat situ banyak program-program agama dijalankan.





Azan berkumandang. Yang tua ada, anak-anak muda pun datang ke masjid.





Pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Apapun, kita semua bersaudara..
(ambil dari kamera telefon suami)




Wednesday, September 23, 2015

Pengalaman melahirkan anak kedua di Denmark

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam Affan & Afeef dapat sepupu baru, sepupu pertama diorang, memandangkan Affan & Afeef ni cucu pertama dan kedua kat dua-dua belah keluarga saya dan suami. Bila tahu biras saya tu dah masuk hospital sebab pecah air ketuban, kami pun tertunggu-tunggu berita dari Malaysia. Kejap-kejap saya dan suami tanya, "Dah bersalin ke belum ek?". Saya tanya dia, dia tanya saya balik. Hehe. Sebab kami jauh kan, so hanya harapkan whatsapp & facebook je lah kalau nak tahu berita. Suami pun ada call abah jugak tanya perkembangan semasa. Dan alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 1 petang waktu Malaysia, bertambah cucu mak abah mertua saya kepada tiga orang. Alhamdulillah..

Masa tunggu berita semalam, macam-macam flashback masa saya nak bersalinkan anak-anak.  Hehe. Orang lain yang nak bersalin, orang lain plak yang sibuk nak throwback throwback kan. So insyaAllah harini saya nak kongsikan pengalaman saya melahirkan Afeef Fikri, anak kedua saya dan suami. Hopefully dapat ingat every single moment lah. Sebab nak masuk 9 bulan dah pun. Fuhh how time flies.. Rasa macam baru semalam je beranak. Hehe

Pengalaman bersalin Afeef ni mungkin pendek je tak macam pengalaman masa bersalinkan Affan dulu. Boleh check kat sini dan sini untuk story masa bersalinkan Affan Hafiy. :)


Friday, September 11, 2015

Autumn di Sophienholm

Salam.

Sophienholm ni antara tempat tarikan pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi yang tak jauh dari rumah kami di sini. Generally, Sophienholm ni macam taman rekreasi, yang banyak pokok-pokok besar, kawasan yang sedikit berbukit, dan terletak kat tepi tasik. Tu yang buat pemandangan kat sini cantik. Specifically, Sophienholm ni sebenarnya sebuah rumah lama yang cantik dibina pada tahun 1967. Kemudian tempat ni dijadikan tempat untuk pameran dan kebudayaan Danish dan pelbagai budaya lain. (Info dicedok dari Wikipedia.). Itu lah sebabnya tempat ni famous agaknya di samping tempatnya yang strategik berhadapan dengan Tasik Bagsværd. Lagi pun tak jauh dari bandar Copenhagen, dalam 15km je. :)

Masa kami ke sini musim autumn, jadi banyaklah daun-daun berguguran menutupi bumi. Daun kering pun nampak cantik bagi kami yang pertama kali merasa musim luruh ni. Hehe. Sempat makan mee goreng, bekal yang Sham dan Kak Siti bawa dari rumah. Makan laju-laju sebab sejuk hehe. Affan pun masa tu tak sabar dah nak turun stroller. Memang taklah nak bagi dia main sorang-sorang, takut dia pi terjun pulak kat dalam tasik tu. Hehehe. Masa kami datang sini ni tak ramai pun orang. Adalah terjumpa sorang dua jogging kat sini. Kalau summer, memang ramailah orang bersantai, ber-picnic, ber-BBQ kat sini sambil menadah muka bawah sinaran matahari. :D

Daun-daun menguning, tunggu masa nak gugur..

Cun sangat dah meja tu boleh duduk nak makan mee goreng. Hehe

Port budak-budak suka memanjat kat pokok ni masa musim panas.



One happy family; Sham, Kak Siti & Hakeem. 

Diorang ni antara yang banyak bantu kami masa kami baru sampai Denmark. Sempat kami tumpang berteduh kat rumah diorang beberapa hari sebelum kami memulakan kehidupan kat Denmark ni. Sobs sedih pulak sebab diorang dah nak balik Malaysia dah hujung tahun ni. :')

Bergambar sikit dengan rumah yang famous kat belakang tu. Hehe

Penat kejar budak kecik ni sambil bawa perut. Hehe. Masa ni tengah mengandungkan Afeef 6 bulan. 

Our little family

OK, till next entry, insyaAllah.

Salam!

Wednesday, September 9, 2015

Sebelum terbang ke bumi Viking.

Sebelum boleh terbang ke Denmark, banyak urusan yang kena diselesaikan dulu. Antaranya memohon resident permit (RP) di kedutaan Denmark di Kuala Lumpur. Bukan tak boleh pos je ke sana, tapi kalau bagi dokumen-dokumen yang diorang perlukan tu by hand, boleh lah diorang check masa tu jugak kalau ada yang tak lengkap ke apa. Sebab nak menunggu permohonan tu diproses dan keputusan permohonan tu samada berjaya atau tak bukannya sekejap. Untung nasib baik bolehlah dapat sekejap. Tapi kalau nasib tak berapa baik, memang lama nak tunggu siap. Macam kes kami lah, tak sampai seminggu sebelum sepatutnya kami kena terbang sebab nak kejar tarikh husband daftar di universiti, baru lah permohonan RP kami siap. Mana tak nya kelam kabut masa tu lah nak book tiket flight, masa tu lah nak kemas barang, nak kosongkan rumah sewa, bertolak dari Perlis ke KL. Mujur jugak suami dapat mintak postpone seminggu untuk daftar di universiti. Dapatlah bertenang sikit, jumpa saudara-mara, tapi sedih jugak sebab tak sempat nak balik rumah parents di Kluang. Kami hanya berjumpa di kampung nenek di Negeri Sembilan je. Takpelah alhamdulillah ada jugak rezeki nak spend masa 2-3 hari dengan keluarga di sana.

Di Kedutaan Denmark di KL. Kecik je pejabat diorang ni. Sewa kat bangunan orang. Sebelum sampai sampai kitorang expect besarlah macam kedutaan negara lain. Hehe



Satu daripada berkotak-kotak yang kami pos ke Denmark lepas dah dapat rumah sewa di sana. 

Kalau tak silap kami mula pos barang-barang macam rempah-ratus, pakaian, dan barang-barang nak menyambut baby baru tu dua bulan sebelum kami terbang. Pos melalui kapal laut, jadi ambil masa 3 bulan ke atas untuk sampai. Banyak jugak kos kitorang pos barang ni. Tapi atas nasihat kawan-kawan yang ada di Denmark yang dah bagitau mana yang ada, mana yang tak ada di Denmark, kami pos jugaklah. Antaranya, ikan bilis, cili kering, belacan, kerisik, set gunting rambut (sebab kos gunting rambut kat Denmark mahal, untuk budak je boleh cecah 100DKK sorang, itu baru budak. Huu), dan lain-lain. Lagi satu, sebab kitorang pun tak pernah ke sana kan, jadi rasa macam semua benda pun nak pos. Hehehe. Tapi bila dah sampai Denmark ni, ada je barang yang kitorang rasa tak payah pos pun takpe. Sebab boleh dapat di kedai Asia. Walaupun harga memang mahal sikit (semua barang pun mahal sini), tapi mudah lagi rasanya beli je kat sini, dari pos berkoyan-koyan dari Malaysia, sudahnya tak dapat pakai sebab dah rosak, beli banyak sangat. Takpelah, lepas dah tahu ni tak payah lah susah payah nak import semua barang dari Malaysia lagi. Yang tak pernah jumpa lagi kat sini macam belacan, kerisik. Itu bolehlah import dari Malaysia. Hehe. Jangan tak tahu, petai, tempe, pun ada kat sini tau. Kalau sesekali teringin memang boleh je beli kat kedai Asia. Lagi mudah.

Oklah, till next post, insyaAllah.

Salam!

Tuesday, September 8, 2015

Setahun di bumi Viking.

Sekarang ni di Denmark dah masuk musim luruh / autumn. Maksudnya, sudah hampir genap setahun kami di bumi Viking ni. To be exact, 3 Oktober nanti genaplah setahun kami di sini. Pantas sungguh masa berlalu. Sungguh, rasa sekejapnyaaa dah setahun ! Rasa macam tak percaya. Saya dan suami of course lah nervous bila mengingatkan tuntutan perjalanan PhD kitorang. Eh apa aku dah buat dalam masa setahun ni? Macam takde pape je? Hehe. Begitulah dalam kotak fikiran kitorang. Memang cuak beb!

Teringat lagi masa awal kitorang sampai di airport Kastrup, Copenhagen, masa tengah beratur check kastam tu, rasa macam, "Eh panasnya! Kata negara sejuk?". Berpeluh-peluh kitorang dengan mengangkut hand luggage nya, melayan Affan yang masa tu umur 1 tahun 7 bulan. Tengah aktif sangat nak berlari ke sana sini. Padahal sebenarnya dalam airport tu diorang pasang heater. Mana lah kita nak tahu kan sebab tak pernah sampai negara orang kecuali Singapura. Hehe.

Kitorang disambut oleh supervisor suami kat airport. So bila dah perkenalkan diri kitorang pun terus menuju ke parking kereta. Masa tu barulah rasa sejuk. Masa tu suhu dalam 15 degree celcius kot. Syok je dingin. Dalam hati, "Best camni. Tak lah sejuk sangat'". Sekali bila angin bertiup, perghhhh sejuk gila ! Affan yang tengah tidur berdukung pun boleh terjaga sebab angin kuat sangat-sangat. Gigil-gigil sekejap. Hehe



Kat rumah sewa, sorang student Malaysia, Sham, dah standby tunggu kami untuk pass kunci dan tolong load barang. Alhamdulillah, kedatangan kitorang ke Denmark ni memang dapat banyak sangat pertolongan oleh student Malaysia kat sini. Tak lah terkontang-kanting kitorang bila sampai sini. Lepas dah load barang, kitorang terus ke rumah Sham & Kak Siti. Tumpang tinggal untuk beberapa hari sementara nak beli few basic furniture dan barang dapur.

Esoknya, terus join Malaysian sambut hari raya Aidiladha kat rumah Kak Zana & Arif di Rodovre. Meriah memang meriah. Masa tu lah kitorang perkenalkan diri kat Malaysian yang lain.. Gambar pun tak amik masa tu.. Almaklum lah, malu-malu kucing lagi. Hikhikhik. Penat toksah cakap lah, dengan jetlagged lagi after 17 hours journey with 3 hours transit kat Dubai. Lepas balik dari majlis hari raya tu, terus tergolek kitorang anak-beranak, tidur sampai esoknya. Hehe. Oh ya, sekarang ni beza waktu Malaysia dengan Denmark 6 jam. Denmark lewat 6 jam dari Malaysia.

Gambar kat bawah ni sekitar Denmark Technical Univ (DTU), masa first time kitorang sampai sini sebab suami nak jumpa SV dia. Thanks to Kak Sazuan & Kamarul bawak kitorang tour Lyngby & DTU. :)

Pokok-pokok hijau dah bertukar warna ke kuning / merah / coklat.

Sementara tunggu suami jumpa SV dia, kami stay kat pantri bangunan Mechanical Engineering.

Pantri dia macam wowww bestnya. Complete semua ada. Fridge, microwave, coffee maker, 3 in 1 hot chocolate, buah-buahan.

Nak micowave, kettle? Haa semua ada.

Sorang amik satu je okayyy. Kalau tak letak rules camni memang cepatlah habis agaknya, Hehe

Kalau nak cerita pasal currency pulak. Di Denmark ni guna currency diorang sendiri, which is Danish kroner (DKK). Masa kitorang sampai tu, 10DKK lebih kurang RM5 kita. Tapi sekarang ni of course lah dah lain sebab currency kita jatuh kan. So sekarang ni 10DKK sama dengan RM6.49. Kalau orang dengar ni still orang ingat duit kita besar kan? Memang besar, tapi real value 10DKK diorang tu macam 10sen kita je sebenarnya. Ok over, mungkin macam RM2 kita. Hehehe. Sebagai contoh nak bagi korang imagine dan mudah digest, antara harga barang kat sini; contoh bawah ni harga purata;

Ayam 1kg: 50DKK
Colgate: 30DKK
Aiskrim 1L: 40DKK
Mineral water: 20DKK

Haaa begitulah. Telan air liur kami nak membeli barang sebab awal-awal tu tak biasa lagi kan. Asal nak beli barang je, dalam kepala mesti duk kira-kira convert ke RM. Hehe. Sekarang ni dah imun dah. Pejam mata je beli barang. Itupun cari mana yang tengah ada diskaun atau offer. Huuu. Living cost diorang memang tinggi. Tax diorang pun kalau nak compare dengan GST kita yang 6% tu, diorang punya VAT 25%! Tapi diorang tak kisah pun sebab apa? Sebab gaji diorang tinggi, kebajikan diorang terjaga, infrastuktur kemudahan diorang lengkap from A to Z. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya akan ceritakan serba sedikit..
Oklah, till next entry, insyaAllah. Cuba juga curi masa sebelum terlupa satu-persatu. Hehe

Salam!