Thursday, December 27, 2012

30 weeks and counting ++.

Lama jugak tinggalkan blog ni. Actually hari-hari rasa nak update, tapi bila bukak blogger je rasa malas pulak nak menaip. Mungkin sebab nak selesaikan dulu kerja-kerja yang mesti kena siapkan dulu. Ouh, by the way, saya dah selamat present my master project a.k.a VIVA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baby pun 'behave' je duk diam masa ummi dia present kat depan panel, Prof Hanafi dari USM. Dan alhamdulillah, saya pass with minor correction. And today, lepas dah submit correction untuk thesis kat supervisor sebelum hantar kat internal examiner, baru hati ada rasa senang nak update blog. Hee

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah berusia 30 minggu. Syukur alhamdulillah, saya masih sihat, dan harapnya baby dalam kandungan ni pun sihat walafiat jugak la ye. Hari tu check kat Mahsuri, Jitra, berat baby dah 1.47 kg. Alhamdulillah, berat baby normal kata doktor :). So far takde nausea atau pedih ulu hati. Kaki pun ok macam biasa, tak bengkak, walaupun kuat jugak saya dan suami berjalan-jalan hujung minggu. Hee. Cuma sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus, memang akan rasa sengkak ke dada & perut. Huu. Nak buat kerja rumah & masak sikit-sikit pun masih bertenaga, alhamdulillah. Dengan syarat, tak boleh nak berdiri lama-lama sangat. So kena duduk selang 15 minit buat kerja or masak.

Masa check up 28 minggu hari tu, berat dah cecah 63.2 kg. Pheww hampir 10 kg dah naik. Hb pun dah naik sikit from 9.8 to 10.1. Tapi masih rendah bacaan tu . Kena teruskan makan kerang, bayam, kacang, etc etc. Result untuk MGTT test pun dah dapat. Syukur lagi, saya takde diabetes semasa pregnancy ni. Huu cuak jugak actually sebab ummi saya dulu ada diabetes masa pregnantkan adik saya. Plus, saya memang suka makan & minum benda manis sepanjang pregnancy ni. Heee nasib baik lepas. :D



So far barang baby rasanya dah cukup. Baju baby pun dah 14 pasang, ada macam-macam saiz. Dari newborn sampai lah 12 months. Hee. Memang sekarang ni pantang kalau keluar, ada je baju baby yang dirembat. Cuma kami dah stop beli yang newborn punya, sebab orang cakap baby ni cepat membesar, kan? So sekarang ni yang saya belum beli lagi macam tungku untuk baby & mommy, minyak urut, & other things keperluan masa berpantang nanti. Untuk set kesihatan, saya dah ambil Salindah sejak kandungan 3 bulan hari tu. Bengkung pulak insyaallah saya akan pakai PB je. 

So mommies out there ada cadangan lain tak on any keperluan lain untuk berpantang nanti?

Terfikir jugak, bila dah masuk 30 minggu ni, saya dah perlu cuci baju baby ke? Dah kena sterilize bottle dan pump ke? Atau masih awal lagi? Beg hospital pun saya belum sediakan lagi ni. Hee, insyaAllah akan start buat sikit-sikit mula hari ni, kalau rajin lah. Hehe. ;p


Me at 29 weeks++. :)

 10 weeks / 70 days to go. :)

4 comments:

Maryam said...

salam kenal..tahniah bakal menjadi ibu...

MAY said...

hi m2b..:) sy bli bj bb 9 psg je.ckup la kot.nnt bli lain plk.hihi ..

Hasnah said...

mommy naik berat pun tetap maintain cun!tips pantang: pki seluar legging lg senang pki drpd batik. klu org tua mrh kata apa2 ckp jer, pki legging lg angin susah nk masuk drpd pki kain batik. plus, legging buat kita rasa terbalut + slim skit drpd biasa kehkeh

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comelnya perut! take care dear. nak tengok ur baby :)

*salam perkenalan daripada saya