Wednesday, September 23, 2015

Pengalaman melahirkan anak kedua di Denmark

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam Affan & Afeef dapat sepupu baru, sepupu pertama diorang, memandangkan Affan & Afeef ni cucu pertama dan kedua kat dua-dua belah keluarga saya dan suami. Bila tahu biras saya tu dah masuk hospital sebab pecah air ketuban, kami pun tertunggu-tunggu berita dari Malaysia. Kejap-kejap saya dan suami tanya, "Dah bersalin ke belum ek?". Saya tanya dia, dia tanya saya balik. Hehe. Sebab kami jauh kan, so hanya harapkan whatsapp & facebook je lah kalau nak tahu berita. Suami pun ada call abah jugak tanya perkembangan semasa. Dan alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 1 petang waktu Malaysia, bertambah cucu mak abah mertua saya kepada tiga orang. Alhamdulillah..

Masa tunggu berita semalam, macam-macam flashback masa saya nak bersalinkan anak-anak.  Hehe. Orang lain yang nak bersalin, orang lain plak yang sibuk nak throwback throwback kan. So insyaAllah harini saya nak kongsikan pengalaman saya melahirkan Afeef Fikri, anak kedua saya dan suami. Hopefully dapat ingat every single moment lah. Sebab nak masuk 9 bulan dah pun. Fuhh how time flies.. Rasa macam baru semalam je beranak. Hehe

Pengalaman bersalin Afeef ni mungkin pendek je tak macam pengalaman masa bersalinkan Affan dulu. Boleh check kat sini dan sini untuk story masa bersalinkan Affan Hafiy. :)




13 Januari 2015

4.00 pagi
Perut saya tiba-tiba sakit. Sakit macam cramp. Mild contraction. Saya jadi tak boleh nak tidur. Sampai kena berdiri, bertahan kat baby cot sebelah katil. Brixton hicks kot?

Mengadu kat suami. Tapi cakap kat suami, takkan nak bersalin dah kan. Due date ada lagi 2 minggu. EDD bersalinkan Afeef sebenarnya 29 Januari 2015. Disebabkan masa bersalinkan Affan dulu memang tepat on the expected date, jadi saya expect Afeef ni pun saya bersalin on the EDD lah kan. Hehe

But still, boleh tahan lagi. Takdelah sakit sangat-sangat, cuma sakit dia buat tak boleh tidur. Risau pun ada jugak sebenarnya. Sampai saya tak larat nak tahan, saya pun tertidur agaknya.

7.00 pagi
Pagi tu bila nak mandi, saya perasan ada spot. Wow. New experience ni, getus hati saya. Sebab masa Affan dulu saya pecah air ketuban. Kali ni ada spot pulak.

Memang tak boleh nak elak dari compare experience masa Affan dulu, sebab itu je lah source yang saya ada untuk be calm, and feel, "no worries, kau dah pernah hadapi benda ni dulu". Tapi kali ni, lain pulak. Ada spot. Terus teringat orang-orang cakap, yang kalau turun darah ni, you have to wait longer sebelum boleh bersalin. In other words, lagi sakit, lagi susah dari kalau pecah air ketuban.

8.00 pagi
Sakit masih terasa lagi. So this is it. Mild contraction. Boleh lagi layan Affan main, sambil jalan-jalan pusing keliling rumah. Makan kurma, makan apa yang boleh dimakan supaya ada tenaga nanti. Oh membuang siap-siap jugak. Supaya tragedi macam masa bersalinkan Affan tu tak berulang kembali. Hihihihi *tutup muka*.

Kalau kat Denmark ni, nak bersalin kena buat appointment tau. Haha. Sounds weird kan? Nak bersalin pun kena appointment ke? Yes. Memang kena. Kena call, bagitau nak bersalin sekian sekian. Then dia akan kata ok, kalau betul sakit nak bersalin baru datang hospital. Kalau korang pergi hospital saja-saja sebab sakit sikit, tapi sebenarnya belum nak bersalin lagi, memang diorang akan suruh korang balik rumah dulu. Huu

12 tengahari
Bagitahu keluarga di Malaysia yang saya mungkin dah nak bersalin. Minta maaf, dan minta mereka doakan semoga dipermudahkan.

Saya call midwife di hospital. Bagitahu keadaan saya masa tu. Dia tanya boleh tahan lagi tak? Saya kata boleh. Ok dia kata kalau boleh tahan, tahan dulu. Betul dah sakit, call dia semula. See? Rileks je diorang ni kan? Hee

Kitorang pun memang tak nak pergi hospital dulu. Sebabnya kitorang kat sini bukan ada kereta macam orang lain. Boleh pergi balik senang-senang. Kitorang kat sini naik bas je. Dah plan, kalau nak bersalin kitorang nak amik teksi. Sebab takut kalau naik bas lambat sampai sebab banyak stop kan. Mahal memang mahal lah teksi tu tak payah cakap lah. Huu. So takut kalau dah naik teksi bagai pi hospital, sekali midwife suruh kau balik, memang tak lah nak balik kan. Baik stay je kat lobby hospital. Tu yang kitorang pun tak nak pergi hospital awal-awal tu.

5.00 petang
Lebih kurang pukul 5 petang, sakit makin kuat. Mulanya, perancangan kami nak bawak je Affan pergi hospital. Biar suami jaga. Takpelah kalau tak dapat masuk tengok sekali. Bukan tak ada kawan kat sini, tapi entah.. macam tak nak susahkan orang. Lagi pulak kesian kalau nak tinggalkan Affan kat rumah orang sebab dia tak biasa.. macam-macam kitorang fikir.

Tapi lepas suami dah maklumkan yang saya mungkin nak bersalin dah kat group Facebook komuniti melayu kat Denmark ni, salah sorang kawan kami terus contact kami tanya pasal Affan. Dan offer nak jagakan Affan.

Saya tengah sakit-sakit tu setuju je terus, walaupun berat hati sebenarnya. Terus kitorang bersiap-siap nak hantar Affan dulu lepas tu baru ke hospital.

Saya call midwife, bagitahu nak datang lebih kurang pukul 6.00 petang.

5.30 petang
Nak hantar Affan ke rumah kawan kami kat Virum, kami jalan kaki 400m ke bus stop, dan naik bas kat situ. Ya Allah, masa tu dah terasa sakit sangat contraction yang kejap-kejap datang. Dengan keadaan sakit tu masa naik bas, memang tak terkata dah. Dengan suami pun tak bercakap. Sampai kat depan rumah kawan kami tu, saya suruh suami bawak Affan masuk dulu dalam rumah. Saya duduk sekejap menahan sakit kat bus stop. Mengalir air mata saya menahan sakit. Sayu jugak dalam keadaan sakit tu kena mengharung perjalanan naik bas. Memang sedih.

Bila sakit dah reda, saya naik ke rumah kawan, dengan mata berair tu. Peluk cium Affan sekejap, bagi dia leka dengan mainan, dan kami pun terus turun bawah. Suami dah call teksi masa tu. Sedih, masa nak tinggal Affan tu. Ummi nak pergi bersabung nyawa ni. Ummi harap ummi panjang umur nak jumpa Affan lagi.. macam tu lah lebih kurang perasaannya. (Bergenang pulak air mata masa menaip ni).

6.00 petang
Naik teksi lambang Mercedes. Walaupun Mercedes, terasa macam jauhnyaaa perjalanan. Jarak ke hospital lebih kurang 12 km, dalam 20 minit perjalanan. Saya terjenguk-jenguk ke luar.. dalam hati, bila nak sampai ni.. takut terberanak je dalam teksi ni. Huuu. Dah sampai hospital, bayar teksi lebih kurang DKK200 untuk 20 minit perjalanan yang panjang tu. Mental memang dah ready dengan harga gitu. Huhu

Oh by the way, kat sini memang teksi semua kereta mewah. Takde kereta kecik-kecik yang kau boleh request untuk 2 orang gitu. Bukan kitorang memilih okeh. Huu

6.30 petang
Sampai di Herlev Hospital, terus menuju ke wad bersalin. Muka saya maintain aje walaupun menahan sakit. Sorang pelatih midwife sambut kami. Bila dah bagitau keadaan camne, dia kata nak check bukaan di labour room.

Terkejut dia bila bukaan dah 8 cm. Dia kata dia tengok muka saya masa awal sampai tu dia ingat baru 3 cm ke. Terror jugak saya cover sakit ek? :P

Masa tu lah baru dia nak prepare apa semua peralatan. Tak ramai pun midwife yang datang attend masa tu. Ada 2 orang je, pelatih tu dengan supervisor dia, the real midwife lah yang saya boleh agak. Muda orangnya. Dan dia pun tengah pregnant jugak. Huu.. Yang lain tu macam cuma datang jenguk, tanya khabar je. Hehe

Sambil midwife pelatih tu siapkan barang, dia kata kalau rasa nak meneran bagitahu. Saya pun tak senang duduk dah dalam labour room tu.

Antara keadaan saya tengah menahan sakit.. 


7.30 malam
Suami suruh saya solat maghrib, sebab kami belum solat lagi. Saya solat sambil duduk atas katil, halfway je, sebab sakit datang yang amat sangat.

2-3 minit lepas tu, saya tiba-tiba cakap kat dia,

"I have the urge to push now !"

Dia terkejut. Ok dia terus suruh saya tukar baju, lepas tu naik katil.

Midwife tu sangat lah rileks ok. Dah lah dia pelatih kan. Dia suruh saya rileks. Huu dah habis rileks dah saya masa tu. Hee

Allahu, bila sakit datang, saya genggam tangan suami sekuat mungkin. Agaknya midwife tu tengok saya tak tahan sakit sangat, dia tanya nak gas tak? Saya ok je dah tak fikir apa. Ye lah tengah sakit kan. Hehe. Tapi sedut punya sedut gas tu macam tak de rasa beza pun. Sakit je jugak. Last-last malas sedut. Hehe. Midwife kata bila rasa nak push, push je. Dia tunggu kat bawah tu. Memang dia sorang je ada dalam labour room tu nak sambut baby. Power tak power midwife kat sini. Hehe

Berkali-kali jugak saya push. Tak dapat keluar lagi. Dah nampak kepala kata suami. Midwife duk puji-puji ok good job good job. Push more. Hehe. So push lah lagi. Sesekali datang real midwife tu tengak keadaan saya, bagi sokongan.

Midwife tu suruh saya hembus nafas pendek-pendek tanpa henti masa tengah push. Supaya baby tak masuk semula. Saya ikut teknik yang dia ajar tu dan usaha lagi push sekuat mungkin.

Push punya push,akhir sekali push, memang terasa kat bawah tu panas aje.. Alhamdulillah lebih kurang jam 8.15 malam, lahirlah putera kedua kami, Afeef Fikri bin Mohd Hafis. Midwife terus letak baby atas badan saya. Saya pun peluk baby sambil mulut tak berhenti, "Allah..Allah..Allah..". Hadiah pertama yang Afeef bagi kat ummi dia ni, dia kencing atas saya masa baru keluar tu. Lepas tu dia bersin. Hehehe. Sejuk ye nak.. Yelah, masa dia lahir ni musim sejuk. Dalam perut ummi panas je ye dak?

Ni lah dia midwife pelatih yang sambut Afeef. Gambar kiri tu dah bersiap-siap nak balik rumah.

Lepas dah selesai keluar uri semua, midwife tu bagitau baby keluar elok semua ok, & takde koyak. Tapi still, dia nak jahit 1 jahitan just untuk secure sikit luka. Saya masa tu dah tak berasa apa dah. Rasa overwhelmed sangat dengan baby. 

Tak lama tu, midwife serve kami dengan roti with butter, jam, & cheese, air ribena, & hot coffee. Siap ada bendera Denmark lagi. Gittew kekdahnya. Diorang mana ada nak pantang-pantang ni kan? Hehe

Hidangan lepas bersalin. Hehe


Malam tu jugak, lebih kurang pukul 10.30 malam, kami dibenarkan bawak baby balik rumah. Macam tercengang lah jugak. Hah, dah boleh balik? Yes, memang dah boleh balik sebab baby & ummi dia semuanya ok. Huu kalau kat Malaysia kan nak kena tunggu baby & ibu nya kencing or membuang dulu kan baru boleh balik. 

Malam tu terasa nak ambil Affan terus, tapi kawan kami bagitau Affan dah tidur. Dah lewat malam lagipun. Esoknya baru suami ambil Affan dari rumah kawan kami. 

------------------------------------------------

Syukur sangat-sangat. Masa lahirkan Afeef ni lah saya boleh rasa betul-betul how the process is going. Sebab masa lahirkan Affan dulu, dengan takde pengalamannya, memang kelam kelibut saya rasa. Masa tu fikir kau buatlah apa pun asal anak aku keluar. Dengan teknik menerannya yang entah ke mana.. Huu.

Alhamdulillah, banyak kemungkinan jugak yang sebabkan bersalinkan Afeef ni lebih mudah selain rezeki Allah nak bagi.. Antaranya mungkin sebab bersalin anak kedua, jadi dah ada laluan. Kedua, mungkin sebab saiz Afeef kecik je kalau nak banding dengan abang dia. Affan lahir 3.67kg, tapi Afeef cuma 2.7kg je. Ye lah, masa mengandungkan Affan tu, makin nak bersalin makin kuat selera makan saya. Bila turn Afeef ni, saya dah beringat-ingat tang makan tu. Hehe. Ketiga, mungkin sebab sejak datang Denmark ni, dengan takde kereta, saya banyak berjalan kaki nak kemana-mana pun. Mungkin itu jugak salah satu faktor mudah nak lahirkan Afeef.

Apapun, itu semua saya anggap rezeki Allah nak bagi.. dan tak semestinya orang lain yang susah bersalin tu, Allah tak nak bagi rezeki kat dia. Tapi mungkin, dia ada rezeki tang lain. Macam saya, ada je ujian Allah bagi. Tak semuanya lancar macam yang dirancang pun dalam kehidupan kami. Saya anggap ujian Allah tu sebab Dia sayang kat saya, dia nak saya ingat Dia, jadi Dia uji saya.

Begitulah resam kehidupan kan. Takkan nak senang aje setiap masa. Tak berencah lah kehidupan macam tu ye tak? Hehe.

Oklah, panjang jugak rupanya cerita pasal kelahiran Afeef ni. Ingatkan pendek je sebab sakit tak sampai sehari. Hehe.

Apapun, semoga post ni kalau tak banyak pun, sedikit dapatlah kiranya bermanfaat untuk korang, insyaAllah.

p/s: Salam Aidiladha ! :)

No comments: