Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan di Copenhagen, Denmark.

Salam Ramadhan Kareem

Alhamdulillah kejap je dah nak masuk 10 Ramadhan kita berpuasa. Semoga segala ibadat & amalan kita diterima Allah swt. Amin. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah selamat sampai di bumi Copenhagen hari Ahad lepas. 

Alhamdulillah, dapat juga kami diberi peluang menjalani ibadah puasa di samping keluarga di Malaysia selama seminggu. Walaupun seminggu je, itu pun dah syukur sangat-sangat. Dapat bersahur & berbuka sama-sama & dapat beli kuih-muih 'rare' kat bazaar ramadhan. Mak ayah pun masak lauk sedap-sedap nak jamu kami makan sebelum balik Denmark. :')

Dan alhamdulillah, ini tahun kedua kami dapat pengalaman berpuasa di negara Denmark, antara negara yang mengalami puasa terpanjang selain Norway, Sweden, dan Iceland.

Macam tahun-tahun yang lepas, bulan Ramadhan jatuh pada musim panas, yang mana waktu siangnya panjang. Sekarang ni di Denmark, waktu Subuhnya lebih kurang pukul 2.30 pagi, dan Maghribnya pukul 10 malam. Jadi kurang lebih 21 jam kami berpuasa di sini. 

"Tak penat ke?"
"Macam mana boleh tahan? Hampir 24 jam tu puasa!"




Ini antara pertanyaan kawan-kawan bila diorang tahu yang Denmark puasa sampai 21 jam. Hehe

Jujurnya, tahun lepas kami pun cemas jugaklah bila pertama kali nak berpuasa kat Denmark ni. Hehe. So sebelum Ramadhan tu, saya ajak suami berlatih puasa dulu. Jadi tak lah perut tu terkejut sangat masa dah masuk Ramadhan kan. Alhamdulillah bila dah masuk bulan Ramadhan tu, baru kami rasa yang tak lah susah sangat berpuasa 21 jam ni kat sini. Pada kami, faktor cuaca tu mungkin antara sebab tak rasa penat sangat berpuasa 21 jam.

Kat Denmark ni, walaupun musim panas, tapi anginnya sejuk. Dan panas tu taklah panas mana pun. Sesekali je terasa terik matahari. Tapi bila ada angin kuat, sejuk jugak. Kalau di Malaysia tu, cuaca panas tu yang rasa buat kita jadi penat, lemah, letih, exhausted kan. Tapi tipulah kalau kata tak penat langsung puasa kat Denmark ni kan. Penat jugak. Kadang-kadang tu dahaga nyaaaa tak sabar nak berbuka. Hehe. Tapi alhamdulillah, tak lah seteruk mana pun sebenarnya. Ujian-ujian kecil tu biasalah..

"So, macam mana rutin korang masa bulan Ramadhan?"

Ahaa. Ni lagi satu soalan yang kerap ditanya. Tapi bab ni memang tricky jugaklah mula-mula dulu. Sebab nak susun semula jadual untuk bulan Ramadhan ni. Mujur kami kat sini kawan-kawan selalu share pendapat & pengalaman diorang macam mana diorang buat sepanjang Ramadhan di Denmark ni. 

Apa yang kami buat biasanya, lepas dah tidurkan anak-anak sekitar pukul 8.30 malam (kadang-kadang gagal tidurkan diorang awal. hee), para suami akan bertadarus melalui Skype dengan kawan-kawan sekitar Copenhagen & negara lain. Para isteri akan prepare hidangan berbuka. Kadang-kadang bila letih tu, kami curi masa tidur kejap sebelum berbuka. Lepas dah berbuka & solat Maghrib, pukul 10.30 malam, para isteri pulak akan bertadarus melalui Skype. Pukul 12 tengah malam biasanya kami habis tadarus, lepas tu  solat Isyak & solat sunat terawikh sebelum prepare untuk bersahur pulak. Sementara tunggu pukul 2 pagi tu, makan makanan ringan macam biskut & buah-buahan & minum air cukup-cukup. Oh ye, biasanya masa berbuka tu kami tak makan banyak, sebab nak 'simpan perut' untuk bersahur nanti. Ye lah, sebab waktu berbuka dengan sahur tu dekat je. So masa sahur lah kami sedaya upaya makan lebih sikit supaya cukup tenaga nak bertahan 21 jam. Hee. And the routine goes on sepanjang 30 hari dalam bulan Ramadhan di sini..

Ada jugak beberapa kejadian lawak masa bulan Ramadhan ni. Antaranya, tertidur sampai tak sedar waktu berbuka ! Hehe. Sebab kadang-kadang nak tidurkan anak-anak, kami akan tertidur sekali. Kalau nasib baik, terjaga sebelum waktu berbuka. Kalau nasib tak berapa nak baik, terjaga lewat. Macam semalam lah. Kami berbuka pukul 12.30 malam semalam. Fuhh. Itu kira nasib baik lah tu. Kalau terjaga lepas pukul 2.30 pagi? Pengsan... Hihihi. Pernah jugak tertidur lepas solat terawikh, lepas tu tinggal berapa minit je lagi nak Subuh baru terjaga. Masa tu sempat jamah kurma & minum air sebanyak-banyaknya. Air sangatlah penting bagi kami yang puasa panjang ni.. 

Memang berbeza sangat pengalaman berpuasa di sini. Juadah berbuka pun seadanya je. Kalau rajin, banyak lah hidangannya. Kalau tak rajin, apa yang ada je lah. Hee. Bazaar ramadhan jangan cakaplah. Memang tak ada langsung pun macam Malaysia. So, memang kena masak hari-hari. Kadang-kadang (atau selalunya), lauk tak habis, akan diulang buat juadah berbuka keesokan harinya. Kalau kat Malaysia tu, meriah juadah berbukanya! Itulah yang buat terasa rindu nak balik Malaysia. Hehe. Dan di Malaysia, selain berbuka dengan keluarga, kita boleh ajak berbuka dengan kawan-kawan. Kat sini, setakat ni kami tak pernah lagi berbuka beramai-ramai. Sebab waktu berbuka tu dah lewat kan. Anak-anak dah tidur. Rumah masing-masing pun bukannya dekat. Nak ke mana-mana pulak kalau tak naik basikal, nak kena naik public transport. Tak senang, tapi tak lah susah mana.. Syukur apa adanya.. Nama pun hidup di perantauan, mana boleh sama macam kat tanah air sendiri, ye tak? 

Apa pun, kat mana sekalipun, panjang ke pendek ke kita berpuasa, yang penting kita betul-betul ikhlas kerana Allah Taala, jalankan ibadat & amalan, semoga segala yang kita lakukan diterima olehNya. Amin..

No comments: