Thursday, July 21, 2016

Aidilfitri 1437H di Copenhagen - Part 1

Assalamualaikum.


Lambat sikit update kisah sambutan raya kami di Copenhagen 1 & 2 Syawal hari tu. Sebab raya keempat kami ‘beraya’ di Krakow Poland, lepas tu ‘beraya’ di Berlin, Germany pulak. (Raya lah sangat :P). Hehehe

So tahun ni pengalaman beraya kami unik sedikit. Sebabnya, kami raya ikut Turki, masjid yang dekat dengan rumah kami tu masjid Turki, so kami raya sehari awal dari di Malaysia. Ada jugak kawan-kawan lain di sini masjid nya ikut Arab Saudi, so diorang raya sama hari macam Malaysia. 

Jadinya, masa hari raya pertama kami tu, siapa yang sambut Syawal awal sehari tu, kami sama-sama berkumpul di rumah kawan kami di Frederiksberg. Tak ramai, sebab tak semua ada dan kami pun dah sama-sama plan akan berkumpul ramai-ramai semua Malaysian yang ada keesokan harinya.

So untuk hari raya pertama hari tu, saya masak rendang dan kuah kacang, rebus nasi impit & lemang instant Nona. Fikirnya anak-anak boleh makan sekali, tapi kuah kacang dan rendang tu terlebih pedas pulak. So pagi raya tu lah baru saya berkungfu kat dapur buat lontong untuk anak-anak. Tapi tak lengkap pun sebab tak semua bahan ada, terlupa nak beli awal-awal. So lontong perantauan lah jadinya untuk anak-anak sebab tak cukup bahan. Jadilah.... 

 Nasi impit, lemang dengan kuah kacang dan rendang daging.




Lontong perantauan. :P

Pagi tu suami bawak si abang, Affan sekali ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Adik duduk rumah dengan ummi. Kalau bawak sekali, tak menang tangan lah abahnya nak jaga di masjid nanti. Bawak abang sorang tu pun bukan main lagi dia explore masjid tu, sebab pertama kali abahnya bawak ke masjid. Sampai ke mimbar pun dia naik masa tok imam tengah bagi ceramah sebelum jamuan hari raya. Hehehe. Suami bagitahu, dia nak tahan Affan dari ke sini-sana menerawang dalam masjid tu, sekali suami pulak kena halang dengan pakcik-pakcik lain kat masjid tu. Kata diorang, biarkan je Affan nak main pun.. Hehehe. Nasib baik lah dapat pakcik baik kat masjid tu. Bukan apa, memang selalu risau takut orang marah tak jaga anak.. Kan..


Sebelum keluar rumah. 

Ke masjid naik kenderaan rasmi kami kat sini. Hehehe

Tengok tu dia, memang buat macam rumah sendiri dah. :P

 Jamuan hari raya selepas solat sunat Aidilfitri.

 Antara jemaah yang ada. 

Sementara tu kat rumah, Afeef baru siap mandi. :D

Tunggu bas nak ke Frederiksberg.

 Kenderaan kedua rasmi kami kat sini. Siap ada driver lagi. Jangan marah.. Hehehe


Pelik mat salleh tengok, siapalah yang pakai skirt kat luar seluar bling-bling tu. 

 Di metro station. Adik dah ketiduran sementara nak sampai. 

 Tuan rumah.

Juadah aidilfitri kami. Ala kadar je sebab tak ramai kan. Esoknya baru betul-betul meriah juadah hari raya kami.

Si cilik.

Wajah-wajah yang sambut raya awal sehari. Hehehe. 

Salam Aidilfitri dari kami !

No comments: