Monday, October 19, 2015

Masjid Copenhagen

Assalamualaikum. Sejak setahun duduk di Denmark ni, baru beberapa kali saya & suami dapat jejak kaki di masjid Copenhagen ni. Kebetulan, ada majlis perpisahan rakan dekat rumah salah seorang Malaysian di sini, rumah dia betul-betul depan masjid ni. Alhamdulillah sampai jugak kami kat sini. Jarak dari rumah kami taklah jauh sangat kalau naik kereta, tapi dah pengangkutan rasmi kami kat sini adalah bas & train, kan.. jadi kalau naik kereta tu ambil masa 20 minit nak sampai, kami naik bas & train, lebih kurang sejam baru sampai. Hehe.

Seronok, kagum, macam-macam perasaan bila kami masuk ke masjid ni. Kebetulan, masa kami sampai tu nak masuk waktu Zuhur. Saya ingatkan bila masuk waktu tu, diorang setakat azan dalam masjid je.. Rupanya, diorang azan guna speaker. Saya yang bergilir menunggu anak-anak yang tidur dalam stroller kat luar masjid memang dapat dengar jelas suara azan berkumandang. Allah.. seronok sangat bila dengar azan kat sini.. Satu, mungkin sebab saya dah lama tak dengar azan live.. Keduanya, sebab saya rasa sangat seronok bila dengar azan di negara yang rakyatnya bukan majoriti Muslim.. Memang semacam rasa bila dapat dengar azan kat sini.. Alhamdulillah (':

Sedih kalau di negara kita, yang majoritinya Muslim tu dihalang guna speaker untuk azan. Amat menyedihkan kalau berita desas desus yang kami dengar tu betul. Tsk.

Yang ada kubah tu bangunan masjidnya. Di sebelahnya tu bangunan Hamad bin Khalifa Civilisation Centre. Kat situ banyak program-program agama dijalankan.





Azan berkumandang. Yang tua ada, anak-anak muda pun datang ke masjid.





Pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Apapun, kita semua bersaudara..
(ambil dari kamera telefon suami)




No comments: