Lama jugak tinggalkan blog ni. Actually hari-hari rasa nak update, tapi bila bukak blogger je rasa malas pulak nak menaip. Mungkin sebab nak selesaikan dulu kerja-kerja yang mesti kena siapkan dulu. Ouh, by the way, saya dah selamat present my master project a.k.a VIVA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baby pun 'behave' je duk diam masa ummi dia present kat depan panel, Prof Hanafi dari USM. Dan alhamdulillah, saya pass with minor correction. And today, lepas dah submit correction untuk thesis kat supervisor sebelum hantar kat internal examiner, baru hati ada rasa senang nak update blog. Hee
Alhamdulillah, hari ni kandungan dah berusia 30 minggu. Syukur alhamdulillah, saya masih sihat, dan harapnya baby dalam kandungan ni pun sihat walafiat jugak la ye. Hari tu check kat Mahsuri, Jitra, berat baby dah 1.47 kg. Alhamdulillah, berat baby normal kata doktor :). So far takde nausea atau pedih ulu hati. Kaki pun ok macam biasa, tak bengkak, walaupun kuat jugak saya dan suami berjalan-jalan hujung minggu. Hee. Cuma sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus, memang akan rasa sengkak ke dada & perut. Huu. Nak buat kerja rumah & masak sikit-sikit pun masih bertenaga, alhamdulillah. Dengan syarat, tak boleh nak berdiri lama-lama sangat. So kena duduk selang 15 minit buat kerja or masak.
Masa check up 28 minggu hari tu, berat dah cecah 63.2 kg. Pheww hampir 10 kg dah naik. Hb pun dah naik sikit from 9.8 to 10.1. Tapi masih rendah bacaan tu . Kena teruskan makan kerang, bayam, kacang, etc etc. Result untuk MGTT test pun dah dapat. Syukur lagi, saya takde diabetes semasa pregnancy ni. Huu cuak jugak actually sebab ummi saya dulu ada diabetes masa pregnantkan adik saya. Plus, saya memang suka makan & minum benda manis sepanjang pregnancy ni. Heee nasib baik lepas. :D