Friday, September 23, 2011

Submit borang nikah

Alhamdulillah, hari Isnin lepas saya dah selamat submit borang nikah. Pagi sebelum keluar rumah tu baru saya teringat pasal interview nikah kat Johor ni. Menggelabah lah saya dengan tak prepare mental ni apa-apa pun. Buku yang saya dapat masa kursus kahwin tu saya letak kat mana entah. Masa dicari ni lah tak jumpa. Huhu

So sebelum ke Pejabat Agama Kluang tu, saya sempat cuba google pasal interview nikah kat Johor ni. Ada B2B johor ni yang kena interview, ada yang terlepas interview. Dan rata-rata yang kena interview tu share yang diorang ditanya pasal doa qunut dan tanggungjawab suami isteri. So saya agak lega lah sekejap sebab kalau saya ditanya dua soalan ni, insyaAllah saya boleh jawab. Tapi kalau soalan lain yang ditanyaa? Sudahhh, memang nervous weh. ;p

Sampai dekat Pejabat Agama, saya terus masuk jumpa dengan pegawai kat situ. Dia check segala dokumen yang diperlukan. Ingat, kalau yang belah perempuan kena bawak dokumen bakal pengantin lelaki yang diluluskan sekali tawww. 

Okay lepas tu pegawai tu keluarkan satu borang ni. BORANG INTERVIEW koranggg ! Dia suruh tulis nama dan nombor IC dekat borang tu. Sempatlah saya tengok soalan-soalan interview tu. Ada 5 soalan. Pergh ada satu soalan tu macam saya fail je kalau ditanya. Haha! Saya mula cuak dah. Sempat saya tanya ayah saya jawapan soalan tu kat ayah masa pegawai tu pergi mana entah, tapi ayah saya tak dengar lah pulakkkk. Nak ulang soalan tu kat ayah, pegawai tu dah terpacak kat meja dia. Kecut perutttttt dibuatnye. Huhu

Lepas dah siap isi borang tu, pegawai tu tulis-tulis sikit atas borang tu. And then, dia bagi saya borang tu semula.

"Awak tengok soalan ni. Awak boleh jawab tak?"




Saya pun tengok (konon-konon baru nak baca soalan). And then saya nak jawab soalan pertama tu - Mengucap 2 Kalimah Syahadah. 

"Asyhadu..... "

Pegawai tu terus potong. Dia kata,

"Takpe takpe. Awak tengok soalan-soalan tu. Awak jawab dalam hati. Rasanya boleh jawab kan semua ni?"

Saya pun jawab,

"Aah aah. InsyaAllah boleh jawab semua ni" dengan yakinnya. Hihi

Sooooo, saya pun dah jadi salah sorang yang terlepas interview tu. Heee.

Antara soalan-soalan interview yang saya ingat kat dalam borang tu:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Doa qunut (ingat-ingat lupa ada ke tak soalan ni)
3. Taharah
4. Munakahat
5. Tanggungjawab suami isteri

Soalan yang buat saya gelabah tu soalan nombor 4. Munakahat. Haha. Tetiba saya tak sure munakahat tu apa. Saya nak tanya ayah, "Munakahat tu kawen-kawen kan, yah?" Dah ayah saya tak dengar pulak. Huuu saat-saat gelabah memang selalu camtu kan? Kekeke

So lepas sesi tu, saya kena key in kan data dalam sistem. Segala info basic pasal pengantin dan pasangan dan wali jugak.

Alhamdulillah selesai dah bab submit borang tu. Nanti diorang terus bagi je dokumen-dokumen saya kat kadi yang ayah saya dah book. 

Selesai. Dah boleh nikah dah oi ! Hihihi. Alhamdulillah :)

No comments: