Tuesday, September 6, 2011

Salam Raya yang agak terlambat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatanNya di dalam Syawal yang mulia ini.


:)


Alhamdulillah, raya tahun ni antara raya yang paling meriah dirasakan. Mungkin juga disebabkan cuti raya yang panjang, semua ahli keluarga dapat berkumpul. 


Tahun ni merupakan tahun pertama saya dapat ZERO duit raya. Hihi. Yang seronoknya, saya dah mampu nak bagi duit raya kepada anak buah dan sepupu. Tak lupa juga kepada ibu bapa dan nenek saya. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan ini.


Raya tahun ni kami kurang berjalan raya. Mungkin sebab di rumah nenek sendiri dah penuh dengan pakcik-pakcik, sepupu-sepupu dan anak saudara yang cukup buat rumah nenek riuh rendah. Ada yang duduk berborak sampai ke tengah malam bergelak ketawa bergurau senda. Masa tu saya dah surrender sebab keletihan tolong nenek dan ummi mengemas halaman rumah nenek di sebelah petang.





Raya tahun ni juga merupakan hari raya yang terakhir saya sebagai seorang anak dara. Bila mana ayah nampak saya makan kuih raya yang pakcik buat, bergurau senda dengan makcik-makcik, tolong nenek kemas dapur dan rumah, tak lekang dari mulut ayah mengatakan, 'Tahun ni lah last Anna dapat duduk lama macam ni kat kampung. Lepas-lepas ni belum tentu lagi.."


Hiba.


Tapi saya tahu inilah kehidupan. 


Umur semakin meningkat. Masa semakin berjalan. Satu masa setiap orang pasti menempuh saat seperti ini. Di sebalik kegembiraan saya menanti hari yang satu itu, tidak saya nafikan di sudut kecil hati saya ini berasa sedih. Bukan sahaja tanggungjawab menjaga saya berubah kepada bakal suami, saya juga bakal berpindah ke negeri yang lebih jauh dari keluarga. Sekarang ini pun duduk di KL kadangkala mengeluh bila memikirkan kos perjalanan pulang ke Johor, apatah lagi selepas berkahwin nanti saya bakal tinggal nun di utara.


Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 


Apapun, saya redha dengan ketentuan Dia. Malah saya bersyukur Dia telah aturkan segalanya seperti yang kami rancangkan. Syukur Alhamdulillah. Jarak bukan penghalang, bukan? Saya pasti semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Dia terus melimpahkan kasih sayangNya dan rahmat untuk kami sekeluarga.


Aku mengharap redhaMu, ya Allah.

No comments: