Monday, April 15, 2013

Pengalaman diseluk. Oops ;p

Sebelum bersalin hari tu duk google pengalaman orang kena seluk. Sekarang ni turn sendiri pulak nak cerita macam mana rasa kena seluk tu.

3 Mac 2013

Terjaga tengah-tengah malam. Perut rasa semacam. Mengeras. Bila pejam mata nak tidur memang tak boleh lelap langsung. Terkebil-kebil je lah sorang diri. Nak kejut suami kat sebelah tak sampai hati sebab suami baru sampai from KL petang tu.

Lebih kurang sejam jugaklah terjaga baru tergerak nak tengok jam. Ingatkan dah nak subuh, rupanya baru pukul 2.30 pagi! Tsk. Lambat lagi nak siang. Baby/perut still mengeras masa tu kerap sangat. Rasa sakit. Tapi still bearable. Terfikir jugak ni sakit dah nak bersalin ke apa ni. Ikutkan tarikh due, ada lagi 4 hari. Serius konfius dan cuak.Tapi tahan je sakit sebab dalam kepala fikir kalau nak bersalin mesti sakit sampai nak jerit-jerit kot(?). And kalau dah sakit sangat baru plan nak kejut satu rumah. Huhu.

Lepas tu entah pukul berapa saya terlelap..

Saturday, April 13, 2013

Our little caliph. ♡

Alhamdulillah dah sebulan bergelar ummi. I'm loving my new status. And still adapting to it.

Dah sebulan bersalin baru lah tergerak hati nak bukak blogger ni. So first and foremost, nak introduce our bundle of joy, Affan Hafiy b. Mohd Hafis!



Alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Kluang secara normal pada 7 Mac 2013, jam 5.30 pagi. Baby sihat dan semangat. Berat baby 3.66kg. Pheww. Ada kisah di sebalik kelahiran Affan Hafiy ni. Hihi. InsyaAllah akan dikongsikan nanti dalam next next next entry bila ada kekuatan nak ingat satu persatu detik cemas dalam labour room tu.

Apapun, syukur alhamdulillah semuanya selamat. :)


Thursday, December 27, 2012

30 weeks and counting ++.

Lama jugak tinggalkan blog ni. Actually hari-hari rasa nak update, tapi bila bukak blogger je rasa malas pulak nak menaip. Mungkin sebab nak selesaikan dulu kerja-kerja yang mesti kena siapkan dulu. Ouh, by the way, saya dah selamat present my master project a.k.a VIVA. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baby pun 'behave' je duk diam masa ummi dia present kat depan panel, Prof Hanafi dari USM. Dan alhamdulillah, saya pass with minor correction. And today, lepas dah submit correction untuk thesis kat supervisor sebelum hantar kat internal examiner, baru hati ada rasa senang nak update blog. Hee

Alhamdulillah, hari ni kandungan dah berusia 30 minggu. Syukur alhamdulillah, saya masih sihat, dan harapnya baby dalam kandungan ni pun sihat walafiat jugak la ye. Hari tu check kat Mahsuri, Jitra, berat baby dah 1.47 kg. Alhamdulillah, berat baby normal kata doktor :). So far takde nausea atau pedih ulu hati. Kaki pun ok macam biasa, tak bengkak, walaupun kuat jugak saya dan suami berjalan-jalan hujung minggu. Hee. Cuma sekarang ni tak boleh nak makan banyak-banyak sekaligus, memang akan rasa sengkak ke dada & perut. Huu. Nak buat kerja rumah & masak sikit-sikit pun masih bertenaga, alhamdulillah. Dengan syarat, tak boleh nak berdiri lama-lama sangat. So kena duduk selang 15 minit buat kerja or masak.

Masa check up 28 minggu hari tu, berat dah cecah 63.2 kg. Pheww hampir 10 kg dah naik. Hb pun dah naik sikit from 9.8 to 10.1. Tapi masih rendah bacaan tu . Kena teruskan makan kerang, bayam, kacang, etc etc. Result untuk MGTT test pun dah dapat. Syukur lagi, saya takde diabetes semasa pregnancy ni. Huu cuak jugak actually sebab ummi saya dulu ada diabetes masa pregnantkan adik saya. Plus, saya memang suka makan & minum benda manis sepanjang pregnancy ni. Heee nasib baik lepas. :D

Friday, December 14, 2012

Kurma Safawi from Jeddah

Ada rakan tempat kerja suami bagitau, masa dia pregnant dulu pun dia mengalami masalah low HB jugak. So dia makan kurma Mekah dan alhamdulillah HB dia dapat naik macam biasa. Saya pun berusaha lah jugak nak beli kurma kat pasaraya dekat dengan rumah. Tapi sedih sebab kurma semua macam stok lama-lama, dah berhabuk-habuk. Stok ramadhan hari tu lah kot. Tak jadi lah saya beli. Bila google, ada je yang buat jualan kurma online ni kat Malaysia.

Kebetulan sangat-sangat, saya baru teringat pakcik suami saya ke Jeddah atas urusan kerja. Dah alang-alang dia ada kat sana, kami pun kirim kurma dan air zam-zam dengan dia. Mula-mula ingat nak beli kurma Ajwa, tapi harga 1kg RM160. Agak mahal lah kan. So kami decide untuk beli kurma Safawi ni, harganya RM60 untuk 1kg. Air zam-zam pulak saya nak buat minum masa nak melahirkan nanti. Alhamdulillah, pakcik suami selamat tiba di tanah air dan dapatlah kami merasa kurma ni. Memang sedap. Puas hati sangat. Terima kasih, Pakteh !



Thursday, December 6, 2012

Roti jala + kuah durian.

Masa orang duk sibuk-sibuk dengan durian crepe, saya pulak dengan roti jala cicah kuah durian. Hihi. Bukan apa, bila memasing tunjuk gambar durian crepe kat FB, bukan kata tak teringin, tapi teguhkan hati sebab tau kat area sini susah nak jumpa kot. Maybe ada online, tapi kalau boleh nak tengok sendiri dulu, baru beli. So sabar aje lah, hai hati. Hihi. Dapat beli roti jala cicah kuah durian ni pun kiranya dah dapat mengubat hati yang lara. Cewah. :P


Sedap ! First time makan dengan kuah durian. Sebelum ni makan dengan kuah kari aje. Rasanya, maybe sebab musim durian, pakcik tu pun buat kuah durian sekali. Sebab sebelum ni saya beli di kedai yang sama ada kuah kari je. Hee. Ce try test jugak u olls ! ;)

Shopping barang baby: Part 3

Ok, final entry tentang 4th Maternity & Children expo hari tu. Hihi. Kemain 3 entry sebab 3 hari ke sana kaaan. ;p



Since 4 bulan pregnant hari tu memang dah start sapu bio oil ni kat perut untuk elak or kurangkan stretch mark. So expo ni memang tepat pada masanya lah, sebab bio oil yang sedia ada dah nak habis. So saya beli bio oil 125 ml ni for RM47. Normal price kalau di watsons RM48++. Tak de lah banyak beza sangat. Tapi dapat free gift baby wipes. I like ! :D